UMNO Permatang Pauh terus menunjukkan kesungguhan dan kegigihan memastikan kebajikan rakyat di Parlimen ini terbela menerusi program Jom Jumpa Rakyat hari ini di 3 DUN iaitu Penanti , Seberang Jaya dan Permatang Pasir. Dalam program ini , Penanti diwakili oleh Suhaimi Sabudin , Seberang Jaya oleh Abu Bakar Sidekh Zainal Abidin dan Permatang Pasir diwakili Anuar Faisal Yahya .
Kebajikan rakyat merupakan salah satu aspek yang paling penting dan menjadi keutamaan kepada UMNO Pmtg Pauh tersebut selepas melihat ia tidak terbela sepenuhnya di bawah PKR .
Ini jelas membuktikan bahawa UMNO dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terus komited meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama.
UMNO Permatang Pauh di bawah pimpinan Ketua Bahagian Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said dilihat akan terus berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga dan akan membantu pada bila-bila masa , bukan sahaja apabila menghampiri pilihanraya
Ini dapat dilihat bantuan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira idelogogi politik dan tempat seperti bantuan banjir baru-baru ini kepada 4300 orang mangsa banjir .
n
Selain program Jom Jumpa Rakyat , setiap minggu juga di hari Jumaat iaitu 3 buah masjid akan dijamu nasi kenduri kepada jemaah yang hadir .
Momentum ini harus dikekalkan hingga PRU14 bagi membuktikan BN adalah pilihan rakyat yang terbaik !!
Sumber asal: PRU14 : UMNO TERUS GERAK KERJA CAKNA BERSAMA PENGUNDI DI PMTG PAUH






{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment