KHALID SAMAD JANGAN TUNJUK SANGAT MUNAFIK TU!!!

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 24 January 2018

KHALID SAMAD JANGAN TUNJUK SANGAT MUNAFIK TU!!!.
Apa masalahnya? Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak - puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan dan memburukkan Tun Mahathir sewaktu dia masih lagi bersama dengan UMNO.

Macam - macam tohmahan dilontarkan terhadap Tun Mahathir. Malah diorang juga yang sibuk nak heret Tun Mahathir ke muka pengadilan diatas tindakan yang dilakukannya sebelum ini.

Antara lain, puak Pakatan Haprak tu menuduh Tun Mahathir terlibat dalam aktiviti penyelewengan kuasa, mengamalkan Politik berdasarkan Kronisme dan Nepotisme secara terbuka.

Bahkan diorang juga mendakwa Tun Mahathir terlibat dengan korupsi sepanjang menjadat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Maka, diorang kata Tun Mahathir mesti bertanggungjawab.

Tapi, bila bekas Perdana Menteri tu tampil meminta maaf dan mengakui kegagalan dia semasa memegang jawatan, boleh pulak puak Pakatan Haprak tu terima pengakuan yang dibuat.

Dan tambah memalukan, puak Pakatan Haprak macam Si Khalid Samad tu pulak yang mengagung - agungkan Tun Mahathir dan mencalonkan dia untuk jawatan Perdana Menteri.

Secara tidak lansung, tindakan yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak seperti Si Khalid Samad ni bukan sahaja memaparkan Politik Retorik yang menjadi amalan mereka selama ini.

Tapi dalam masa yang sama, tindakan Si Khalid Samad ni juga turut menampilkan sifat MUNAFIK yang memang sebati dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri secara terbuka dan hanya mengutamakan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

Sumber asal: KHALID SAMAD JANGAN TUNJUK SANGAT MUNAFIK TU!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment