Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu tidak mengundang implikasi yang diharap - harapkan oleh mereka.
Sebaliknya, keputusan pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan pengumuman yang dibuat sebelum ini lebih banyak mencetuskan konflik didalam parti gabungan pembangkang itu sendiri.
Khususnya buat PKR yang memang semua orang sedia maklum sedang berhadapan dengan konfik kepimpinan sejak wujudnya dua kem yang berkepentingan peribadi didalam parti itu.
Dalam masa yang sama, kebanyakkan Otai Reformasi 1998 masih lagi mengekalkan pendirian mereka yang hanya mahukan Si Ketua Penipu itu sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Tun M.
Tetapi, buat masa ini, mereka terpaksa "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" diatas keputusan yang dibuat sementara menunggu Si Ketua Penipu itu dari penjara sebelum diangkat menjadi PM.
Namun jika dilihat dari satu sudut, semua orang seolah - olah sudah tertipu. Pernahkah Pakatan mengumumkan sebarang perjanjian bertulis untuk mengesahkan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai PM?
Ada ke tidak puak Pakatan Haprak tu mengumumkan tempoh masa untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Sementara? Berapa lama tempoh yang diberikan kepadanya untuk pegang jawatan tersebut?
Sebulan? 2 bulan? Setahun? Dua Tahun? Atau sehingga habis penggal yang akan datang? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutama buat pengikut PKR itu sendiri.
Kerana bagi mereka, Tun Mahathir ni seorang yang pemimpin Politik yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Maka tidak mustahil sekiranya Si Ketua Penipu dan pengikut - pengikut tegarkan akan dikencing oleh bekas Perdana Menteri itu buat sekian kalinya!!!
Sumber asal: BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment