LANGSUNG: Adakah saksi penculikan Amri akan tampil?
Noel Achariam · Diterbitkan pada 25 Jan 2018 8:59AM
Norhayati Ariffin, isteri aktivis hilang, Amri Che Mat pada sesi pendengaran siasatan Suhakam semalam. Menurutnya, terdapat kereta dan motorsikal tidak dikenali berada di kawasan rumah mereka pada hari aktivis itu hilang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Januari, 2018
SIASATAN awam Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) semalam diberitahu yang dua saksi melihat penculikan aktivis Amri Che Mat yang hilang pada November 2016.
Pengerusi PKR Perlis Faisol Abdul Rahman yang juga merupakan saksi ketiga dalam siasatan kehilangan Amri, diminta panel membantu mengesan dua saksi berkenaan.
Faisol akan menyambung memberi keterangan hari ini dan dijangka memberitahu panel sekiranya dua saksi itu bersedia muncul dan memberi keterangan.
Tidak seperti penculikan Pastor Raymond Koh yang dirakam video, tiada maklumat mengenai kehilangan Amri.
Ketika prosiding semalam, panel juga mendengar keterangan rakan rapat Amri, Abdul Jamil Ahmad yang aktivis itu kelihatan risau sehari sebelum dia dilaporkan hilang.
Jamil memberitahu panel yang Amri selalu menyuarakan kebimbangan ahli politik Umno tidak gembira dengan kerja-kerja kebajikan dilakukannya menerusi Perlis Hope.
Katanya, mereka tidak gembira dengan tindakan Amri membantu orang miskin kerana ia memberi gambaran mereka yang berkuasa di kawasan itu tidak berbuat apa-apa.
Jamil berkata ada penglibatan politik, tetapi tidak menamakan nama ahli politik terlibat.
Amri diculik 550m dari rumahnya di Padang Behor, Kangar.
Keretanya dijumpai polis di Bukit Chabang.
Lelaki berusia 43 tahun itu adalah sebahagian anggota pasukan ekspedisi Malaysia ke Gunung Everest pada 1997, dilaporkan memberitahu anak perempuan sulungnya yang dia akan keluar malam itu. Dia mempunyai empat anak perempuan berusia antara 10 hingga 19 tahun.
Dalam laporan polis yang dibuat isteri Amri, Norhayati Ariffin mengatakan terdapat kereta dan motorsikal tidak dikenali berada berhampiran rumah mereka pada hari aktivis itu hilang.
Siasatan itu dipengerusikan Pesuruhjaya Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Panel itu bertujuan menentukan sama ada penculikan Koh dan Amri serta dua orang lagi - Joshua dan Ruth Hilmy- pada 2016 adalah kes kehilangan paksa melibatkan pihak berkuasa negara ini.
The Malaysian Insight membawakan kepada anda lintas langsung prosiding hari ini.
9.50am: Pegawai Suhakam bertanya Faisol jika Perlis Hope terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan.
Faisol berkata para sukarelawan dilarang berkongsi kepercayaan agama mereka.
"Terdapat sukarelawan Melayu, India dan Cina di sini, tidak ada penyebaran mana-mana agama."
Pegawai Suhakam bertanya Faisol mengenai surat dihantar Jabatan Agama Islam Perlis kepada Perlis Hope yang meminta mereka berhenti menyebarkan ajaran Syiah.
Faisol berkata tiada unsur ajaran Syiah di Perlis Hope.
9.40am: Pegawai Suhakam bertanya sama ada mereka melakukan sebarang program dengan agensi kerajaan.
Faisol berkata mereka pernah menjalankann program bubur lambuk dengan Jabatan Kesihatan Perlis.
"Apabila kami ingin menjalankan program kedua untuk memberi beg sekolah dan pakaian seragam, Jabatan Kesihatan meminta kami membatalkan program itu.
"Apabila saya bertanya kenapa, mereka kata awak mesti faham."
Bagaimanapun, Faisol berkata mereka meneruskan program.
"Ini kerana Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin telah membuat kenyataan mengenai Perlis Hope dan surat-surat yang memberitahu orang ramai agar berwaspada terhadap Perlis Hope yang tersebar."
9.30am: Siasatan Suhakam bersambung dengan Faisol memberi keterangan sebagai saksi.
Pegawai Suhakam bertanya Faisol mengenai laman sesawang Perlis Hope dan meminta menerangkannya lebih lanjut.
Faisol berkata Perlis Hope adalah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.
Pegawai Suhakam bertanya sama ada ini adalah misi Perlis Hope yang dia menjawab "ya". – 25 Januari, 2018.

Sumber asal: Andaian: Ada penglibatan politik di sebalik kehilangan Amri?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment