Walau tak dapat bantu kempen Anwar di PD, saya akan terus sokong beliau — Nazri Aziz

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 10 October 2018

Walau tak dapat bantu kempen Anwar di PD, saya akan terus sokong beliau — Nazri Aziz.

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilapor meluahkan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Meskipun tidak dapat membantu Presiden Parti Keadilan Rakyat itu dalam kempennya, Nazri dilaporkan sebagai berkata pengundi-pengundi Port Dickson patut memilih Anwar sebagai ahli parlimen mereka, di dalam usaha beliau untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

"Saya tak dapat bantu Anwar dalam kempen beliau kerana perlu hadir persidangan di Geneva dari 12 Oktober hingga 15 Oktober.

"Namun saya akan terus menyokong beliau dan Insya-Allah,  Port Dickson akan dapat seorang calon Perdana Menteri," katanya seperti dipetik oleh NSTP.


Nazri sebelum ini bukan sahaja mengumumkan sokongannya terhadap Anwar, malah memberitahu beliau akan membantu kempen Anwar dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang disifatkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno sebagai "meraikan perbezaan pendapat,"


Sumber asal: Walau tak dapat bantu kempen Anwar di PD, saya akan terus sokong beliau — Nazri Aziz

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment