Alamat Bangunan Yayasan Akal Budi Zahid Hamidi cuma tapak kosong

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 23 October 2018

Alamat Bangunan Yayasan Akal Budi Zahid Hamidi cuma tapak kosong. KECOH dan heboh sejak tiga hari lalu apabila pemeriksaan di alamat bangunan Yayasan Akal Budi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi (No 69E-4 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru) oleh wartawan The Malaysian Insight membawa kepada sebuah tapak kosong.

Yayasan Akal Budi itu difahamkan telah didaftar sejak Mac 1997 lagi. Pelik bin hairan bin Ajaib apabila sebuah yayasan yang sudah didaftarkan sejak lebih 20 tahun lalu baru terbongkar bahawa alamat bangunannya adalah sebuah tanah kosong.

Aku ada juga ada buat carian di Google Maps, dengan memasukkan alamat No 69E-4 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, apa yang aku jumpa ialah tapak kosong yang penuh dengan bendera Barisan Nasional (maknanya pihak Google baru sahaja ambil gambar ketika musim PRU14 tempoh hari).



Puas aku cari bangunan Yayasan Akalbudi di internet, gagal jumpa. Akhirnya aku jumpa juga sebuah bangunan yang nama hampir sama, iaitu Pusat Tuisyen Akal Budi hehehe...



Zahid dituduh di mahkamah dengan 45 tuduhan menyeleweng melibatkan wang berjumlah RM114 juta, antaranya dia didakwa sebagai ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akal Budi melakukan pecah amanah wang berjumlah RM20,833,128 milik yayasan itu.

Zahid didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus No 133 Jalan Bunus off Jalan Masjid India, antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Bagi perbuatan itu Zahid didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sumber asal: Alamat Bangunan Yayasan Akal Budi Zahid Hamidi cuma tapak kosong

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment