Gagal bayar hutang, 4 buah kereta Jamal Yunos kena rampas

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 17 October 2018

Gagal bayar hutang, 4 buah kereta Jamal Yunos kena rampas.
BERTINDAK atas arahan mahkamah, sebuah syarikat merampas empat kereta milik Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu gagal membayar hutang khidmat keselamatan diberikan kepadanya.

Empat buah kereta itu dirampas pada waktu tengah hari, hari Rabu (17 Oktober) dari sebuah kedai menjual kereta di Sungai Buloh, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik itu.


Seorang jurucakap syarikat Anirass Gaya Security Services, berkata, mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan Jamal pada masa lalu.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat tunggakkan bayaran sekitar RM56,000 sejak tahun 2014 yang tidak dibayar ketika dia menghentikan perkhidmatan dari syarikat itu.

"Satu surat tuntutan telah dikeluarkan, kemudian satu saman (oleh mahkamah). Kini masa 14 hari diperuntukkan untuknya menyelesaikan masalah berkenaan. Jika tidak, kami akan teruskan proses melelong (kereta-kereta yang telah dirampas)," kata jurucakap itu selepas rampasan.

Katanya lagi jumlah hutang terkini adalah sekitar RM200, 000 selepas faedah. salah seorang kakitangan di kedai menjual kenderaan yang Enggan namanya dikenali berkata, Jamal hanya merupakan pemegang saham kecil di syarikat tersebut.

Sumber asal: Gagal bayar hutang, 4 buah kereta Jamal Yunos kena rampas

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment