Kerajaan Johor tidak akan beri lesen anjur Oktoberfest — MB

Posted by Kerah Lekung on Sunday 14 October 2018

Kerajaan Johor tidak akan beri lesen anjur Oktoberfest — MB.
KERAJAAN negeri tidak akan memberi sebarang lesen untuk menganjurkan sebarang perayaan yang bertemakan alkohol termasuklah oktoberfest di Johor, kata Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

The Star memetik kenyataan Menteri Besar yang memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak boleh menghalang individu dari meminum arak, Namun untuk menganjurkan perayaan seperti itu di negeri ini adalah tidak dibenarkan.

Jika seorang individu bukan muslim mahu minum arak di tempat-tempat biasa kita tidak akan menghalang mereka, kerana terdapat premis-premis berlesen untuk menjual minuman beralkohol.


"Tapi untuk menganjurkan perayaan seperti itu (Oktoberfest), perlukan lesen, dan kami di pihak kerajaan negeri tidak akan mengeluarkannya," kata beliau dipetik selepas melancarkan karnival hari kantin SJKC Tampoi pada hari Ahad, (14 Oktober 2018).

Sumber asal: Kerajaan Johor tidak akan beri lesen anjur Oktoberfest — MB

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment