Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua sekolah

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 24 October 2018

Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua sekolah. DUA orang pelajar dilaporkan membuat satu laporan polis pada hari Selasa (23 Oktober) mendakwa mereka telah diliwat oleh seorang pengetua sekolah menengah berusia 55 tahun.

Kedua-dua pelajar lelaki berkenaan, yang berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan selepas memberitahu keluarga masing-masing berhubung kejadian berkenaan.

Memetik sumber polis, Bernama melaporkan, pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.



Terdapat kesan cedera dilaporkan di bahagian sulit mereka.

"Kedua-dua pelajar berkenaan mendakwa mereka telah diliwat oleh pengetua tersebut ketika menghadiri satu program pendidikan di sekolah berkenaan baru-baru ini,"

"lelaki berkenaan akan dipanggil untuk dirakam percakapannya," kata sumber berkenaan.

Selain dua pelajar berkenaan, beberapa orang lagi mangsa turut mendakwa telah diliwat oleh pengetua yang sama dan dijangka akan membuat laporan polis pada hari rabu (24 Oktober).

Ketua polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi Bernama mengesahkan ada menerima satu laporan berhubung insiden berkenaan dan menurutnya siasatan sedang dijalankan.
Sumber asal: Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua sekolah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment