Undang-undang baru kawal tembakau, vape dan shisha.

Posted by Kerah Lekung on Saturday 20 October 2018

Undang-undang baru kawal tembakau, vape dan shisha..
UNDANG-UNDANG baru untuk mengawal tembakau, vape dan shisha akan digubal tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Katanya meskipun telah ada undang-undang untuk mengawal produk tembakau di bawah Akta Makanan, dan produk vape bernikotin di bawah Akta Racun, belum ada peraturan untuk mengawal produk-produk vape tidak bernikotin.

"Oleh itu, ada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengawal, vape dan shisha," katanya kepada wartawan selepas melancarkan sidang kardiovaskular di sebuah hotel.

Menurut Dr Lee, satu draf undang-undang telah dihantar kepada Peguam Negara.


"Langkah seterusnya ialah untuk mengadakan satu sesi bersama ahli-ahli parlimen dan pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas mereka, sebelum ia dibentangkan di parlimen," katanya.

Kata Dr Lee, larangan merokok di tempat-tempat awam dan tempat makan tidak akan dikenakan kepada penghisap vape.

Beliau menerangkan bahawa di bawah undang-undang sedia ada, pihak berkuasa hanya dibenarkan untuk bertindak terhadap produk-produk vape yang mengandungi nikotin.

Sumber asal: Undang-undang baru kawal tembakau, vape dan shisha.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment