Pelakon Ellie Suriati mengaku kemurungan seminggu sebab Umno jatuh

Posted by Kerah Lekung on Thursday 25 October 2018

Pelakon Ellie Suriati mengaku kemurungan seminggu sebab Umno jatuh. PENGARAH dan pelakon Ellie Suriati Omar dilapor mengakui dirinya dilanda kemurungan selepas kekalahan BN pada 9 Mei 2018 dalam pilihan raya umum ke-14.

"Saya kemurungan selama seminggu. Sebelum ini saya tidak terlibat dalam politik dan saya tak pernah hadir majlis-majlis Umno, namun saya sangat terkesan apabila Umno jatuh," katanya.

Namun Ellie tidak terkesan dengan tindak balas orang ramai terhadapnya selepas dia menunjukkan sokongan berapi-api kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ellie, 48 merupakan antara individu yang sering dilihat membuat ucapan menyokong Najib di kompleks mahkamah setiap kali bekas perdana menteri itu menghadiri perbicaraan.



Ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, menurut Ellie artis juga mempunyai hak yang sama untuk mempertahankan pandangan politik mereka.

"Apabila artis meluahkan pandangan politik mereka, orang ramai nampaknya terkejut. Sebagai seorang artis saya juga ada tanggungjawab," katanya.

"Walaupun mungkin nampak seperti saya melakukan pengorbanan di sini, saya fikir ia tidak memberi apa-apa kesan kepada saya. Saya masih lagi aktif dalam industri."

"Saya merasakan ada sebab Tuhan letakkan saya di jalan ini," katanya.

Pelakon Paloh itu menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang dinamik.

"Bagi saya beliau tidak boleh ditukar ganti. Malah bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengatakan Najib cemerlang,"

"Tetapi rakyat gagal untuk menghargai beliau dan mereka telah terpengaruh dengan perang persepsi," katanya.
Sumber asal: Pelakon Ellie Suriati mengaku kemurungan seminggu sebab Umno jatuh

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment