Selepas disoal siasat, Rosmah lari dari wartawan. DATIN Seri Rosmah Mansor, dan anak-anaknya dilaporkan lari dari wartawan dengan cara menyelinap keluar melalui satu lagi laluan di Menara KPJ, yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah komersial Bukit Aman.
Mereka dilapor meninggalkan ibu pejabat Siasatan Jenayah komersial itu selepas disoal siasat selama tiga jam oleh pegawai penyiasat berhubung penyelewangan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, dilihat memakai baju kurung berwarna putih dengan corak hitam, berlalu pergi sekitar jam 1 petang dalam sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam dan sebuah kereta BMW dengan dua orang anaknya Najib dan Riza Aziz.
"Setakat ini, pegawai penyiasat telah selesai menyoal siasat Rosmah dan anak-anaknya,"
"Mereka tak perlu datang semula selepas solat Jumaat," kata sumber yang dipetik oleh The Star.
Terdahulu, Rosmah dilaporkan kekal dalam keadaan tenang dihurung ramai wartawan yang cuba mengambil gambar dan video personaliti terkenal namun kontroversi itu.
Rosmah pada Awalnya dijadualkan untuk hadir ke menara JPJ yang terletak di Jalan Tun Razak, pada hari Khamis (25 Oktober) namun pertemuan itu ditangguhkan kepada jam 10 pagi hari Jumaat.
Difahamkan Rosmah dipanggil untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat Amlatfa untuk siasatan berkaitan dengan kes 1MDB.
"Penyiasat akan bertanya lanjut kepadanya tentang pelbagai Isu berkaitan 1MDB, termasuklah barangan yang dirampas dari premis-premis yang ada kaitan dengan suaminya (Najib).
"Ia merupakan sebahagian dari tugas jabatan itu terhadap pelbagai aspek berkaitan dana kekayaan," kata sumber yang dipetik oleh The Star.
Beberapa premis yang ada kaitan dengan Najib telah diserbu oleh pihak polis sejak penghujung bulan May, dimana polis telah merampas wang tunai, barangan kemas, dan barangan mewah lain termasuk dokumen.
Bahagian Amlatfa telah melakukan satu serbuan dalam sebuah rumah di Presint 10 Putrajaya, yang dimiliki oleh Bahagian Pengurusan Harta, di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Premis itu dilaporkan terletak sekitar 200 meter dari Seri Perdana, rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, dan pencarian itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
Pegawai penyiasat dilaporkan menggeledah ke seluruh kawasan rumah untuk mengesan dokumen-dokumen berkaitan dengan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana.
Sumber asal: Selepas disoal siasat, Rosmah lari dari wartawan
Home » ReJaM© » Selepas disoal siasat, Rosmah lari dari wartawan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment