“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

Posted by Kerah Lekung on Saturday 16 June 2018

“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah.
Anggota Majlis Tertinggi Umno (dilantik) Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menegaskan beliau tetap anggota parti yang setia.

“Sebagai ahli Umno yang setia, saya tetap menyokong perjuangan Umno dulu, kini dan selamanya,” kata bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Perjuangan Umno dan BN sejak dahulu harus sentiasa dikenang dalam proses pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.”

Penegasan itu dibuat selepas Malaysiakini malam tadi melaporkan beliau sebagai berkata Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ‘dijenamakan’ semula dengan mengeluarkan perkataan Umno, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa.

Dalam kenyataan awal pagi ini, Ibrahim berkata beliau hanya memaklumkan keputusan mesyuarat agung tahunan kelab itu yang beliau sendiri tidak hadir.

“Saya tegaskan bahawa saya hanya memaklumkan perkara ini dan keputusan ini adalah keputusan yang dibuat melalui AGM,” katanya.

Sumber asal: “Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment