PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT .
Hingga setakat antara yang sudah mengesahkan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO 2018 ialah
Presiden 1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden 1. Datuk Seri Mohamad Hassan Naib Presiden (3 orang) 1. Khairy Jamaluddin
2. Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman
Ketua Pemuda
1. Khairul Azwan Harun
2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Naib Ketua Pemuda
1. Shahril Hamdan
Seperti kata YB KJ , pemilihan kali ini perlu dijadikan platform pertama untuk perubahan iaitu dengan memilih calon pilihan rakyat bukan lagi calon pilihan ahli parti sendiri .
Melihat kepada respon di media sosial ahli-ahli UMNO dilihat bersemangat mahu melakukan perubahan drastik di pucuk pimpinan parti . Mereka semakin sedar siapa yang perlu dipilih berdasarkan kepada pilihan dan kesukaan rakyat .
PEMILIHAN Umno yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini perlu menjadi platform pertama perubahan parti Melayu itu selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kata
Khairy Jamaluddin. Ketua pemuda Umno itu berkata, kelainan pemilihan kali ini adalah Umno perlu menampilkan calon pilihan rakyat dan bukan merebut jawatan kerana parti itu kini bukan lagi dalam kerajaan.
"Kita gunakan pemilihan ini platform pertama jadikan Umno baru, budaya baru, semangat baru dan kekuatan baru.
"Percayalah walaupun perjalanan kita mungkin jauh, tidak pasti lima, 10, atau15 tahun, apa pun jangka masa kita untuk kembali ke tampuk pemerintahan kerajaan, saya akan bersama anda semua supaya kita kembali," kata Khairy ketika majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Umno di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini. Khairy turut mengesahkan beliau telah menghantar pencalonan untuk bertanding merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan kali ini.
"Kita ada satu peluang beri isyarat pertama
Umno memahami pesanan rakyat. Umno bermula langkah membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan kita pilih pemimpin yang diterima rakyat.
"Dengan kita amalkan kempen yang sihat, tidak lagi dilihat parti yang dibelenggu tuduhan politik wang, rakus jawatan dan persepsi parti pilih pemimpun ditolak rakyat dan tanggapan Umno parti tidak dapat pilih pemimpin berwawasan dan membawa kesegaran untuk rakyat," kata ahli Parlimen Rembau itu lagi.
Pemilihan Umno dijadualkan bermula 23 Jun depan untuk sayap parti dan pemilihan peringkat kebangsaan dijadualkan pada 30 Jun.
"Yang penting kita mesti bersatu. Kita menang pun bukan jawatan kita memerintah tapi bangkai politik yang perlu kita hidupkan semula. "Hari ini kita bertanding dalam parti yang sudah kalah. Ini bukan pemilihan untuk jawatan tapi pejuang sebenar," kata Khairy lagi. – 1 Jun, 2018.
Sumber asal: PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT
Home » Generasi Pejuang Bangsa » PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT
PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 3 June 2018
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment