Tun M marah laungan “Umno lillahi taala”....

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 30 December 2017

Tun M marah laungan “Umno lillahi taala”.....
Top Dog Pakatan Tun M telah viralkan video ceramah Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa di Kelantan yang terkandung laungan “Umno lillahi taala” (kerana Allah Taala). Dia sindir Annuar kata Umno sudah curi “lillahi taala”.

Mungkin Tun M tidak tahu kebanyakan orang Islam yang melakukan kerja politik dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara kerana Allah SWT. Apa salahnya melaungkan “lilahi taala” jika niat berpolitik memang untuk menegakkan syiar agama?

Mungkin Tun M tidak biasa melakukan usaha untuk Allah SWT? Mungkin agaknya dahulu Tun M berjuang dalam UMNO untuk kayakan kroninya atau untuk anak-anaknya jadi billionaire. Atau pun Tun M menyangka laungan “lilahi taala” adalah proses “Arabisation” yang selalu dikritik oleh anaknya Marina? Wallahu’alam.

Sumber asal: Tun M marah laungan “Umno lillahi taala”....

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment