Memang tak laku dah Si Husam Musa ni rupanya sampai tahap pihak pengurusan sebuah Hotel pun terpaksa membatalkan program yang melibatkan bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu.
Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan saat-saat akhir kerana ia melibatkan Naib Presiden Amanah itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur program berkenaan setelah pihaknya diberitahu oleh pengurusan hotel yang menyebut pembatalan dilakukan kerana melibatkan Husam.
Program tersebut dianjurkan oleh laman Sokmo.net dan dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada jam 9 malam ini.
"Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel.
"(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam," kata pengarang Sokmo.net, Mohd Zuharman Mohammar Nor dalam kenyataan semalam.
Selain Husam, penganjur program turut menjemput Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu dan ADUN Pulai Chondong untuk turut sama menjadi panel program itu. Bagaimanapun kedua-dua pemimpin tempatan itu menolak jemputan berkenaan.
Sumber: HOTEL BATAL PROGRAM KERANA HUSAM!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment