Lagi…kenyataan Iskandar Samad pasal isu dakwaan ADUN PAS Selangor nak lompat parti

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 30 December 2017

Lagi…kenyataan Iskandar Samad pasal isu dakwaan ADUN PAS Selangor nak lompat parti.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mengulangi penegasan tentang dakwaan kononnya ada ADUN PAS Selangor yang mahu menyertai PKR.

Beliau yang  menyelar pihak itu berkata  ADUN yang didakwa itu adalah individu yang berdiri teguh di belakang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun keadaan menjadu buruk apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan.

“Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.

“ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).

“Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak,” katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti tersebut terutama sekali dengan pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit ‘melompat kapal’ itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan – dan berpotensi lebih besar untuk menang – dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iskandar.

Sebaliknya Iskandar mendakwa, perkara itu adalah khabar angin yang ‘sengaja dicipta’ untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya.

Kata Iskandar, jika faktor jawatan didakwa menjadi punca ADUN PAS mahu keluar parti, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang.

Ketika itu katanya 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada kerajaan negeri.

“Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak ADUN Hulu Kelang dan Morib. Tetapi mereka tidak.

“Mereka terus kekal menyokong keputusan presiden,” katanya.

Sumber asal: Lagi…kenyataan Iskandar Samad pasal isu dakwaan ADUN PAS Selangor nak lompat parti

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment