25 peratus anggota polis salah guna dadah

Posted by Kerah Lekung on Friday, 29 December 2017

25 peratus anggota polis salah guna dadah.
SERAMAI 25 peratus anggota polis dilapor menyalah gunakan dadah, dan mereka telah mengambil dadah sejak sebelum menyertai pasukan polis lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, Pengarah jabatan integriti dan pematuhan standard di mana kajian itu telah dijalankan oleh pejabatnya.

Abd Rahim Hanafi

Susulan itu difahamkan pihak polis akan membuat ujian sampel rambut kepada bakal polis yang direkrut bagi mengelakkan individu menyalah gunakan dadah diterima masuk sebagai anggota.

Tindakan itu kata Abd Rahim bagi memastikan tiada Lagi penagih dadah diterima ke dalam pasukan polis di masa hadapan.

Katanya lagi, ujian sampel rambut akan mendedahkan garis masa bilakah anggota polis terlibat dengan dadah.

"Sejak 2010, 2,738 anggota polis didapati terlibat dengan dadah, sebab itulah kita perlu untuk menjalankan kaedah ujian terbaru ini," katanya.

Selain menyalah gunakan dadah, kata Abd Rahim kajian juga menunjukkan bahawa lebih 10,000 anggota polis terperangkap dalam hutang yang serius.

Kata beliau, secara purata 60 peratus daripada gaji anggota polis ini terpaksa membayar hutang-hutang mereka.

"Mulai tahun hadapan, kita akan mengarahkan anggota polis untuk mengambil pinjaman hanya daripada koperasi kami," katanya.

Sumber asal: 25 peratus anggota polis salah guna dadah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment