KUALA LUMPUR: Syarat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang didakwa ditetapkan PKR untuk bersetuju dengan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara, disifatkan episod malang kepada sistem kenegaraan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata jika PKR dan gabungan pakatan pembangkang bersetuju dengan syarat berkenaan, ia satu cubaan memanipulasi perlembagaan dan perundangan negara mengikut kepentingan peribadi.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berkata, jika laporan portal berita berkenaan betul, adalah tidak wajar dari segi moralnya seseorang yang disabitkan kesalahan jenayah dilantik menjadi Perdana Menteri.
Katanya, jika gabungan pakatan pembangkang atau lebih dikenali pakatan harapan (PH) bersetuju dengan pelan peralihan jawatan PM dicadangkan PKR, ia jelas membelakangkan perundangan negara yang menetapkan seseorang banduan tidak boleh bertanding sejurus dibebaskan.
"Selain itu, adalah tidak beradab, malah sangat menjengkelkan jika PH dan PKR dengan mudah dan sesuka hati memanipulasi proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agung sebagai satu daripada kaedah melepaskan Anwar.
"Seandainya inilah pelan peralihan mereka, ketara sekali PH dan PKR sebuah parti yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
"Jika mereka memerintah, negara akan jadi tunggang langgang. Saya yakin sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir akan keberatan menunaikan hasrat tidak rasional PKR itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beberapa portal berita hari ini yang memetik sumber melaporkan PKR menetapkan tiga syarat untuk bersetuju Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Syarat itu ialah sebaik saja membentuk kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir hendaklah mengusahakan Anwar dibebaskan segera dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik Perdana Menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
Syarat kedua, PKR bertanding kerusi Parlimen paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan syarat ketiga, Dr Mahathir setuju melaksanakan reformasi ke atas institusi negara.

Sumber asal: Syarat PKR perlekeh perundangan negara
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment