Pelakon, Iqram Dinzly menjadi perhatian netizen apabila sering memuatnaik gambar dan video yang kelihatan 'tidak waras'di laman Instagramnya.
Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dilihat semakin berperangai pelik kerana tekanan perasaan, kemurungan, masalah kerjaya yang dihadapinya serta di atas pemergian bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said tercinta pada Oktober lalu.
Perangai Iqram turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusia Facebooknya yang menjemput Iqram untuk datang ke pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan dan perbincangan tentang keadaan semasa yang dialami Iqram.
Jemputan menerusi surat terbuka yang dikeluarkan Zulkifli dalam Facebooknya hari ini susulan tindakan 'aneh' yang dilakukan Iqram menerusi muat naik dan video langsung (live video) di Instagram.
"Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.
"Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan," katanya.
Malah, Zulkifli turut menasihati Iqram untuk mendekati Al-Quran selain memuji beliau yang seringkali berzikir.
"Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati Al-Quran, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa live video saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.
"Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.
"Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.
"Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya.

Sumber asal: Ada apa dengan Iqram Dinzly...?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment