MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SEMENTARA HANYA MENGUNDANG HURU HARA DALAM NEGARA

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 30 December 2017

MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SEMENTARA HANYA MENGUNDANG HURU HARA DALAM NEGARA.
DALAM perlembagaan negara kita tidak ada jawatan Perdana Menteri sementara.  Dah jadi Perdana Menteri, jadi Perdana Menterilah, apa nak sementara-sementara pulak?  Sehingga si polan itu berundur dengan rela hati atau mati, hilang kepercayaan dalam parlimen dan disabitkan dengan kesalahan jenayah yang menghilangkan kelayakannya, selagi itu dia akan kekal dengan jawatan tersebut.

Melainkan undur dengan rela hati dan mati, selain dari itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita – bila bercakap tentang pengunduran sebagai Perdana Menteri.

Justeru, cadangan Pakatan untuk mewujudkan jawatan Perdana Menteri sementara ini hanyalah usaha untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negara kita, apatah lagi manusia yang dinamakan untuk memegang jawatan itu ialah Mahathir – manusia paling tidak boleh dipercayai dalam dunia.

Dulu dia nangis-nangis kata “dah lama dah”, sekarang dia nak jadi (Perdana Menteri) lagi “pulak dah”.

Apa berlaku kalau Mahathir enggan lepas jawatan?  Pakatan mungkin kata dia akan adakan undi tidak percaya di Parlimen untuk paksa Mahathir letak jawatan.  Tapi bagaimana kalau sebelum itu diumumkan darurat dan parlimen digantung seperti MAGERAN dulu?  Jangan kata mustahil sebab sekalipun Pakatan anggap ini jawatan Perdana Menteri sementara, dari segi perlembagaan, dia berkuasa penuh.

Lagipun ini Mahathir yang kita cakap, dia mungkin lahir di Alor Setar tapi keturunannya Kerala tau.  Macam macam belit pun dia boleh buat untuk pastikan hajatnya tercapai.

Mana-mana satu pun (undi tidak percaya di Parlimen atau darurat dan parlimen digantung) rakyat yang akan menerima akibat buruknya.  Kekacauan pasti berlaku seperti mana dilihat dari pemecatan Anwar dulu.  Tambahan pulak orang menyokong Mahathir kerana taksub bukan kerana fakta.  Ekonomi sudah pasti terjejas bila politik sudah tidak tenteram dan macam-macam lagi kemungkinan yang tak sanggup kita nak bayangkan.

Justeru, eloklah kita memilih parti politik yang paling stabil dan tentu arahnya di Malaysia ini, iaitu BN.  Macam mana masalah pun dengan pentadbiran sekarang, takkan sama keadaannya kalau keadaan yang disebutkan di atas berlaku jika memilih Pakatan dan seorang Perdana Menteri sementara dilantik.

Apatah lagi, banyak masalah yang dikaitkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, bukanlah masalah apa sangat pun.  Sama ada boleh selesai, sengaja diperbesarkan atau fitnah – yang fitnah itulah paling banyak kita nampak.

Sumber asal: MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SEMENTARA HANYA MENGUNDANG HURU HARA DALAM NEGARA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment