JASA DS NAJIB BAB 38: #CENTRAL_SPINE_ROAD_DESTINASIKU

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 30 December 2017

JASA DS NAJIB BAB 38: #CENTRAL_SPINE_ROAD_DESTINASIKU.
Lebuhraya CSR atau Central Spine Road ini adalah lebuhraya pertengahan Semenanjung yang bermula dari Simpang Pelangai, Pahang (mungkin ia juga bermula di Kuala Pilah) hingga ke Kota Bahru, Kelantan (Initially,Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bahru adalah lebuhraya lain namun disebabkan ia bersambung di Kuala Krai, baik sekali jalan kan?) Lebuhraya yang sepanjang 390 km ini akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020( atau lebih awal). Lebuhraya ini adalah perancangan kerajaan Malaysia pada tahun 2008 dan ia mula dibina sekitar tahun 2013 macam tuh. Lebuhraya ini dikatakan akan menjimatkan masa 3-4 jam berbanding perjalanan menggunakan jalan lama.

Lebuhraya ini dikatakan lurus dan sedikit berbengkang-bengkok perjalanannya kerana demi keselamatan memandu untuk kurang sikit memandu laju dan lebih mematuhi had laju. Dikatakan juga ia akan dibina berberapa RnR sepanjang lebuhraya ini, ia mempunyai 4 lorong, 2 lorong each side. Dikatakan juga lebuhraya jalannya akan dibina konkrit yang bermutu tinggi supaya jalan tidak berlopak atau mudah berlubang. Tiada lorong motor di lebuhraya ini by the way. Apa yang uniknya lebuhraya ini, sepanjang lebih kurang 50 km/100 km di lebuhraya ini akan dibina eco-viaduct. Pekebenda eco-viaduct ni murid-murid sekalian? Eco Viaduct ni adalah dimana lebuhraya ini akan dibina seperti jambatan panjang untuk memelihara alam sekitar dan mengelakkan binatang liar untuk melintas lebuhraya ini dan mengelakkan haiwan liar dari dilanggar kereta. Eco viaduct ini dianggarkan akan menyelamatkan banyak haiwan liar yang majoritinya di Pahang dari sebarang kemalangan jalan raya. Prihatin kan kerajaan murid-murid sekalian?

Lebuhraya ini ada 6 pakej atau fasa dan kerajaan ingin memulakan pembinaan di pakej atau fasa ke tiga iaitu dari Gua Musang ke Sungai Relong yang panjang lebuhraya ini lebih kurang 103 km. Mengapa kerajaan memilih pakej ke tiga dibina dulu? Kerana dikatakan pakej 3 ini mempunyai Eco-Viaduct yang panjang dan menjaga keselamatan haiwan liar di sana untuk mengelakkan "roadkill" dan kemalangan jalan raya pengguna. Selepas pakej 3 siap, pakej 5 iaitu Raub ke Bentong pula akan dibina, ini kerana kawasan lebuhraya ini dianggarkan mempunyai paling ramai pengguna akan mengambil jalan ini kerana ia ber "interchange" dengan Lebuhraya LPT dan Lebuhraya Karak. Kedua-dua jalan ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat Insyaallah. Good news is sebahagian kecil lebuhraya ini sudah siap iaitu Kg. Kechur ke Kg. Seberang Jelai sudah dibuka untuk pengguna pada 15 Disember 2016. Jadi kita tunggulah lebuhraya ini siap dan akan memudahkan perjalanan rakyat nak balik kampung atau ke Kelantan untuk melancong. Prihatinkan kerajaan? Zaman dulu negeri Kelantan di anak tiri kan dan royalti mereka ditarik atas sebab mereka sokong belah sana. DS Najib pula, beliau memberikan rakyat Kelantan dengan pembangunan baru dan lebuhraya kepada warga Kelantan, malah, warga Kelantan juga akan dapat keretapi laju ECRL suatu hari nanti. Murid-murid boleh rujuk ECRL di link ini:

http://ift.tt/2Cc8EHC

Kesimpulannya, lebuhraya Central Spine Road ini akan menjadi nafas baru kepada warga Kelantan dan pertengahan Semenanjung untuk menjimatkan masa dan minyak jika mereka pulang ke kampung ataupun melancong. Bayangkan dulu hampir 6 atau 7 jam dari KL ke Kota Bahru dan lebuhraya ini mampu menjimatkan perjalanan KL ke Kota Bahru hanya 3-4 jam sahaja. Awesome kan? Sebelum cikgu menamatkan bab ini ada apa-apa soalan (sorang murid angkat tangan) Ha, Ahmad (Adakah Lebuhraya CSR ini ada tol?) Bagus soalan kamu Ahmad. Ahmda tanya cikgu sama ada lebuhraya ini ada tol ke tidak? Jawapannya, dari Kuala Pilah/ Simpang Pelangai hingga ke Kota Bahru ataupun sepanjang 390 km di lebuhraya ini TIADA TOL. Ya, ia percuma dan menjadi hadiah kepada warga Pertengahan Semenanjung jadi kamu semua tidak perlu risau bab touch and go dan tol lagi. Ia tiada tol. Jadi itu sahaja dari cikgu kita jumpa lagi esok. Sekian Assalamualaikum murid-murid. 

Sumber asal: JASA DS NAJIB BAB 38: #CENTRAL_SPINE_ROAD_DESTINASIKU

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment