Nampak gayanya, semakin hari semakin panas perang mulut diantara pemimpin PKR dan PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir berhubung isu jawatan Perdana Menteri Pakatan..
Terbaharu seorang ahli politik PKR secara terbuka menegur sifat Tamak yang dipamerkan oleh Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
Dalam kenyataan tersebut, pemimpin PPBM itu mendakwa isu berkaitan pembebasan Ketua Umum PKR bukan merupakan satu keutamaan Pakatan untuk dijadikan syarat perjanjian.
Tidak senang dengan kenyataan itu, bekas ahli parlimen Balik Pulau PKR, Yusmadi Yusoff tampil memberi peringatan kepada PPBM supaya tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’.
“Pepatah Melayu sering mengingatkan adab orang Melayu agar tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’ yang bukan sahaja lupa budi orang memberi ruang tanah tersebut malah menjajah pemilik asal tanah tersebut,” beliau dipetik berkata.
Yusmadi juga menyindir pemimpin PPBM itu dengan mengatakan mungkin kerana baharu dalam perjuangan rakyat menyebabkan beliau gagal memahami isu melibatkan pembebasan Anwar.
“Mungkin Rais gagal memahami isu ini kerana baru bersama-sama menyertai perjuangan rakyat yang mungkin asing kepada beliau.
“Mungkin yang membezakan perjuangan PKR dan apa yang difahami oleh Rais ialah perubahan demokratik di bawah pimpinan Anwar dan perjuangan semata-mata untuk menggantikan PM sekarang,” ujarnya lagi.
Sebagai rekod, kemelut kepimpinan yang kian berpanjangan dikalangan puak Pakatan Haprak itu dilihat tidak mencapai kata sepakat berhubung isu pemilihan calon Perdana Menteri.
Laporan terbaru mendedahkan, PKR meletakkan syarat yang ketat ke atas pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan, termasuk isu pembebasan Si Ketua Penipu tu.
Terdahulu, satu mesyuarat tertutup dikalangan pemimpin tertinggi Pakatan telah sebulat suara mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, manakala Wan Azizah sebagai Timbalannya.
Namun cadangan itu tidak dipersetujui oleh beberapa orang pemimpin Pakatan yang tidak dijemput hadir ke mesyuarat tertutup tersebut, terutama dikalangan pemimpin PKR yang masih menolak pencalonan yang telah dibuat.
Sumber asal: PKR DAKWA PPBM "TAMAK MACAM BELANDA"!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment