Seronok melihat perebutan jawatan Perdana Menteri dikalangan parti PKR - PPBM .
Tapi tak boleh salah mereka juga sebab parti ini memang tujuan ditubuhkan semata-mata nak rebut jawatan Perdana Menteri bukannya nak selamatkan Malaysia atau rakyat pun .
Apa ingat puak-puak peduli ka kos sara hidup rakyat, rumah mahal , seluruh keluarga anak cucu mereka sudah senang kaya raya pun.
Bila PKR letak syarat tak masuk akal iaitu PM sementara dan ada juga masih berdolak dalik , ternyata ia bukan saja jadi troll di media sosial sejak semalam tetapi juga luahan ketidakpuasan hati puak PPBM .
Dalam soal calon PM dair HARAPAN ini, Muhyiddin la paling malang . Sepatutnya beliau lah patut diangkat sebagai calon PM HARAPAN berdasarkan kepada pengalaman sebagai TPM .
Tapi nampaknya beliau pun tidak puas hati dengan sikap PKR yang masih main tarik tali dalam soal calon PM
Tidak ada pelan B, (yang ada) pelan A satu saja iaitu mesti umum (calon perdana menteri) dan mesti diumumkan sebelum pilihan raya," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight menjelang perhimpunan agung pertama parti itu esok.
Muhyiddin juga berkata gabungan pembangkang itu sudah berjanji kepada rakyat mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding BN.
"Yang ditanyakan oleh orang ramai, kalau ya kamu mahu jadi kerajaan, siapakah perdana menteri kamu?".
"Suara rakyat ini tidak boleh kita pendamkan atau kita abaikan. Bagi saya yang penting bukan parti kita, yang penting apa rakyat mahu," tambah nya.
Menarik lagi , Rais Hussein MT PPBM dengan lantang desak PAKATAN HARAPAN lupakan saja ANWAR IBRAHIM sebagai bukan keutamaan !!
Tindakan itu mengundang kemarahan kumpulan Anwar yang menuduh Rais Hussein Ahli MT PPBM ini ibarat BELANDA DAPAT TANAH .
Nampak tak soal siapa nak jadi PM Malaysia pun masih kelam .. parti ini nak diharapkan ambil alih kerajaan ???
Sumber asal: DULU SOKONG BEBAS ANWAR , BILA ISU CALON PM TERUS LUPA DIRI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment