UMNO SUDAH HANTAR PM NAMA PEMIMPIN UNTUK DILANTIK TPM

Posted by Kerah Lekung on Friday 6 March 2020

UMNO SUDAH HANTAR PM NAMA PEMIMPIN UNTUK DILANTIK TPM .




Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pihaknya mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak bagi mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

“Bagaimanapun, itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira beberapa pertimbangan mengikut senarai yang diputuskan oleh UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi, di sini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, dalam ucapan khas Perdana Menteri bertajuk ‘Rayuan Kepada Rakyat Malaysia’, Muhyiddin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
– BERNAMA
Sumber asal: UMNO SUDAH HANTAR PM NAMA PEMIMPIN UNTUK DILANTIK TPM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment