HASRAT PERANGI RASUAH DR. MAHATHIR TIDAK SELARI DENGAN KEKAYAAN ANAK

Posted by Kerah Lekung on Monday, 1 January 2018

HASRAT PERANGI RASUAH DR. MAHATHIR TIDAK SELARI DENGAN KEKAYAAN ANAK.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat memulihkan ekonomi negara sekiranya Pakatan Harapan memerintah dengan menghalang rasuah tidak selari dengan isu berkaitan kekayaan luar biasa yang dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.

Dalam ucapan dasarnya, Tun Mahathir berkata, kerajaan gabungan empat parti itu akan menghalang rasuah secara tegas dan perasuah pula akan dikenakan hukuman penjara secepat mungkin mengikut undang-undang.

“Tidak akan ada sesiapa yang dikecualikan atau kebal. Mereka yang tiba-tiba kaya akan diziarahi oleh pegawai-pegawai baru dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka dapat menjelaskan punca kekayaan mereka,” katanya di sini hari ini

Umum mengetahui anak-anak Dr. Mahathir memiliki kekayaan luar biasa sehingga ada di antara anaknya yang memiliki kira-kira 488 syarikat.

Syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih ber­operasi dengan tender-tender kerajaan.

Bagaimanapun, sehingga kini bekas Perdana Menteri itu tidak menafikan perkara tersebut, sebaliknya sekadar memilih untuk berdiam diri.-UTUSAN ONLINE

Sumber asal: HASRAT PERANGI RASUAH DR. MAHATHIR TIDAK SELARI DENGAN KEKAYAAN ANAK
More about → HASRAT PERANGI RASUAH DR. MAHATHIR TIDAK SELARI DENGAN KEKAYAAN ANAK

Takut tak dapat bertanding PRU, PPBM laksana AGM

Posted by Kerah Lekung

Takut tak dapat bertanding PRU, PPBM laksana AGM.
Akhirnya setelah 15 bulan ditubuhkan, PPBM mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) pertamanya di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Difahamkan perhimpunan agung itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya diumumkan pada 22 Disember lalu oleh Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebelum itu PPBM telah diberi amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bahawa parti itu mungkin tidak dapat bertanding pada pada PRU ke-14 akan datang kerana masih gagal mengadakan  mesyuarat agung pertama parti itu.

Tepat jam 10.30 pagi Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad melangkah masuk ke dewan perhimpunan diiringi oleh Muhyiddin dan Mukhriz.

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Pengerusi Tetap PPBM yang baru dilantik Datuk Shariff Omar (atas) pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam

Seramai 941 perwakilan PPBM telah hadir daripada 983 yang layak hadir pada perhimpunan itu.

Kemudian Ketua Bahagian PPBM Tasek Gelugor, Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah dipilih sebulat suara oleh perwakilan menjadi Pengerusi Tetap perhimpunan agung itu.

Proses pemilihan itu telah dikendalikan oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shaharuddin Md Salleh.

Sumber asal: Takut tak dapat bertanding PRU, PPBM laksana AGM
More about → Takut tak dapat bertanding PRU, PPBM laksana AGM

Ibarat menepuk dulang terpercik ke muka sendiri....Madey tabur janji lagi

Posted by Kerah Lekung

Ibarat menepuk dulang terpercik ke muka sendiri....Madey tabur janji lagi.
Itulah yang dapat disimpulkan dalam ucapan dasar Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Tahunan Pertama parti itu.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Peribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam

Dalam ucapan dasarnya, Dr Mahathir menabur pelbagai janji yang dilihat tidak pernah dilaksanakannya ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Katanya, jika Pakatan Harapan (PH) berjaya  memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke-14, kebebasan bersuara  individu dan media akan dikembalikan di Malaysia.

“Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin mereka atau media sosial supaya sesuatu yang tidak melanggar undang-undang dijadikan jenayah untuk polis menyiasat.

“Kita sedih kerana polis juga tidak patuh undang-undang dan aturan peraturan,” katanya.

Ironinya, ketika zaman beliau berkuasa menjadi Perdana Menteri, D Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa tindakan Dr Mahathir akan menggunakan segala peruntukkan undang-undang yang ada untuk memberi tekanan terhadap siapa sahaja yang mengkritik cara pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

Beberapa pemimpin pembangkang, malah pemimpin BN yang tidak sehaluan dengannya pasti tidak  terlepas menerima hukuman dan Mahathir akan mengeksploitasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghumban mereka ke dalam penjara.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak kononnya Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah menyenarai hitam individu dan syarikat yang condong kepada pembangkang malah  pelbagai alasan digunakan bagi mengenakan cukai yang tinggi kepada penentang kerajaan.

“Amalan menyenarai hitam orang-orang dan syarikat-syarikat yang tidak bersalah akan dihentikan oleh pemerintahan PH, insyaallah,” katanya di Shah Alam, Sabtu.

Sumber asal: Ibarat menepuk dulang terpercik ke muka sendiri....Madey tabur janji lagi
More about → Ibarat menepuk dulang terpercik ke muka sendiri....Madey tabur janji lagi

“Kasihan.. Kasihan.. Kasihan… Dari Jawatan PM Hingga Jawatan TPM Pun Muhyiddin Terlepas”

Posted by Kerah Lekung

“Kasihan.. Kasihan.. Kasihan… Dari Jawatan PM Hingga Jawatan TPM Pun Muhyiddin Terlepas”.
KUALA LUMPUR, 29 Dis – “Kasihan. Kasihan. Kasihan”…. itulah perasaan yang ingin dikongsikan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor apabila mengenang nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara di ambang PRU14.

Jelasnya daripada menduduki kerusi TPM tidak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM.

“Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun disi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Justeru tambah beliau buat rakyat, renung-renungkanlah nasib negara ini jika pembangkang mendapat undi mereka pada PRU14, siapa nak jadi PM pun susah hendak tentukan, apatah lagi untuk menguruskan negara.

“Sebelum menang, memang pembangkang boleh janjikan bulan dan bintang, tetapi jika dok sibuk berebut sapa nak jadi PM, siapa pula akan uruskan hal ehwal dalamam dan luaran negara, belum masuk lagi bab ekonomi yang cukup mencabar”, ujarnya. –MediaUMNO

Sumber asal: “Kasihan.. Kasihan.. Kasihan… Dari Jawatan PM Hingga Jawatan TPM Pun Muhyiddin Terlepas”
More about → “Kasihan.. Kasihan.. Kasihan… Dari Jawatan PM Hingga Jawatan TPM Pun Muhyiddin Terlepas”

"Digugur calon PRU": Pemimpin DAP kunci mulut

Posted by Kerah Lekung

"Digugur calon PRU": Pemimpin DAP kunci mulut.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung desas desus kemungkinan namanya tidak disenaraikan oleh DAP sebagai calon untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

"Saya tiada komen," katanya berkali-kali kepada Antarapos.

Tan terdahulu ditanya mengenai laporan sebuah portal yang memetik sumber dalaman DAP, yang mendedahkan kemungkinan dirinya tidak lagi dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Kepong pada pilihan raya akan datang.

Sumber portal itu berkata, tempat beliau akan digantikan dengan bekas exco Selangor, Ronnie Liu atau Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.

Liu, bekas ADUN Pandamaran, merupakan antara pemimpin yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pemilihan semula parti yang berlangsung November lalu. Liu menduduki tempat ke-17 apabila memperoleh 688 undi.

Sementara itu, Ong yang juga ahli Parlimen Serdang pula disebut-sebut akan diturunkan di Kepong sebagai persediaan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan syor persempadanan semula, yang mana kerusi Serdang mungkin dinamakan Bangi dan menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu.

Malah sumber itu berkata, zaman Tan kini sudah berakhir.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mahu mempertahankan kerusi Kepong, ini jawapan beliau.

"Saya tak tahu lagi. Saya masih aktif (di Kepong)," katanya ringkas.

Tan, 75, mewakili kerusi Kepong sejak empat dekad lalu. Pada PRU13, Tan memperoleh 47,837 undi menewaskan calon BN dan Bebas, sekaligus memperoleh majoriti terbesar sejak kemenangan pertamanya pada 1978, dengan 40,307 majoriti undi. 

Sejak kebelakangan ini, beliau dilihat lantang mempersoalkan kepimpinan DAP.

Antaranya, beliau mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana mengabaikan isu alam sekitar dalam meluluskan projek pembangunan

Jun lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pendedahan mengejutkan mengenai Tan yang dakwanya tidak menghubungi pemimpin parti sejak awal tahun ini.

Pada pemilihan semula CEC bulan lalu, bekas Naib Pengerusi DAP itu hanya memperoleh 174 undi. 

Sumber asal: "Digugur calon PRU": Pemimpin DAP kunci mulut
More about → "Digugur calon PRU": Pemimpin DAP kunci mulut

Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS.....

Posted by Kerah Lekung

Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS......
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mufti-mufti kerana  gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.

“Saya ingin bertanya kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada raja, apabila PAS mendakwa bahawa orang yang tidak sertai PAS tu kafir, kenapa mufti-mufti tak betulkan kenyataan itu?

"Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir," katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung PPBM hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir.

"Orang yang dinasihati mufti kita juga kafir tapi tiada yang berani cakap (tegur) diam seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.

"Apa yang kita lihat adalah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya membunuh 4 orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir.

"Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan ahli politik yang tak ditangkis oleh mufti-mufti. Saya fikir mufti-mufti patut bertanggungjawab kenapa berlaku peristiwa Memali? Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti-mufti mencabar kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka,” ujar Dr Mahathir. 

Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

PAS sebelum ini mengkritik Dr Mahathir kerana menyebabkan perpecahan orang Melayu serta meminggirkan isu-isu kepentingan Islam. 

PAS menafikan ia mengkafir orang Melayu yang tidak menyokong perjuangannya dan menuduh Dr Mahathir sebagai menyebarkan fitnah.  

Sumber asal: Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS.....
More about → Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS.....

Mukhriz selar PAS parti tidak berprinsip

Posted by Kerah Lekung

Mukhriz selar PAS parti tidak berprinsip.
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menyelar sikap kepimpinan tertinggi PAS yang dianggapnya sebagai tidak berprinsip dan berpendirian.

Katanya, hasrat PAS yang hanya mahu memenangi sekurang-kurangnya 40 buah kerusi parlimen daripada 100 kerusi yang ingin ditandingi jelas menunjukkan parti itu sekadar mahu menjadi kuasa penentu di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dan bukannya serius mahu membentuk sebuah kerajaan

"Sebagai pengerusi jawatankuasa rundingan kerusi PPBM, saya berpeluang untuk berunding awal-awal dulu termasuklah parti PAS.

"Rundingan PPBM dengan PAS gagal untuk mencapai kata sepakat kerana PAS menolak kita bakerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Pemimpin tertinggi PAS nampaknya kebelakangan ni agak mesra Umno, mereka nyatakan mereka tanding 100 kerusi parlimen tetapi suka kalau boleh menang 40 kerusi parlimen, maksudnya dengan hanya 40 buah kerusi itu PAS tidak mampu untuk membentuk kerajaan , mereka hanya nak jadi kuasa penentu apabila keputusan pilihan raya nanti berbelah bahagi diantara Pakatan (PH) dan Barisan Nasional.

"Ini menampakkan bahawa kepimpinan tertinggi PAS ini tidak berprinsip dan berpendirian," katanya pada ucapan penggulungan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam petang tadi.

Untuk rekod, PAS sebelum ini mensasarkan untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selepas tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera (GAGASAN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, meraka dijangka akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen.

Umum mengetahui, dengan hanya memenangi jumlah 40 kerusi di parlimen, parti itu tidak mungkin akan berjaya membentuk kerajaan selepas tidak berjaya meraih 2/3 majoriti undi.

Namun terbaru, PAS menerusi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti pimpinannya itu akan bertanding di 130 buah kerusi pada PRU14 nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai calon perdana menteri bagi PH yang sedang hangat diperkatakan, Mukhriz optimis bahawa rakyat mahukan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya nanti.

Mukhriz turut menganggap pengalaman yang ada pada mantan perdana menteri selama 22 tahun itu cukup penting dalam mentadbir negara selain daripada manifesto-manifesto yang dijanjikan PH sebelum ini.

"Negara memerlukan orang yang berpengalaman, orang yang mempunyai rekod yg cemerlang menyelesaikan krisis-krisis berat, orang yang mempunyai keikhlasan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat, dan bukan kepentingan peribadinya.

"PPBM bukannya mahukan jawatan perdana menteri untuk glamour atau untuk berseronok, tetapi PPBM menuntut jawatan perdana menteri kerana pengerusi kita Tun Mahathir dilihat yang paling layak untuk mengeluarkan Malaysia dari belenggu yang sedang dialami.

"Rakyat tentu akan suka dengan manifesto yang dikeluarkan PH tetapi rakyat juga mahu tahu siapa yang akan melaksanakannya, siapa yang akan mengepalai kerajaan PH dan tentunya rakyat mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya lagi.

Konvensyen PH yang pertama kali diadakan tahun 2018, dikatakan bakal menamatkan tanda tanya berkenaan siapakah calon perdana menteri mewakili gabungan itu memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan pada bila-bila masa.

Ia sebagai alternatif bagi menggantikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.

Perkara itu sebelum ini disahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkata, pihaknya sudah mempunyai pilihan lain yang akan menggantikan Anwar yang sebelum ini diletakkan sebagai calon perdana menteri jika PH memenangi PRU14 kelak.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang sepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika PH berjaya menguasai Malaysia.

Namun baru-baru ini, nama Tun Dr Mahathir Mohamad disebut-sebut menjadi calon perdana menteri interim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PH) sekadar dilantik sebagai calon timbalannya.

Cadangan itu dibuat sewaktu permukiman PH selama dua hari di Putrajaya baru-baru ini, namun dikatakan beberapa pemimpin PH tidak merestui cadangan berkenaan.

Sumber asal: Mukhriz selar PAS parti tidak berprinsip
More about → Mukhriz selar PAS parti tidak berprinsip

Goodbye...2017...

Posted by Kerah Lekung

Goodbye...2017...
Related image

2017-malaysia
2017 - Tahun yang penuh tak tersangka...

Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi calon perdana menteri oleh musuh-musuhnya dahulu?

Siapa sangka Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja dapat menyelamatkan diri daripada dibenam skandal 1MDB malah mengukuhkan kedudukannya dan BN untuk memenangi 2/3 majoriti di pilihan raya umum ke-14?

Siapa sangka isu 1MDB yang sebegitu panas dapat dihambarkan sebegitu rupa sedangkan di awal 2017 kita dikejutkan dengan pertelingkahan antara 1MDB dan IPIC?

Siapa sangka tamatnya isu 1MDB timbul pula isu Felda kehilangan tanahnya yang jauh lebih menyengat daripada 1MDB di penghujung 2017?

Siapa sangka mulai tahun ini Proton dikendali oleh syarikat milik China iaitu Geely?

Siapa sangka tahun ini artis tempatan turut tampil meluahkan mengenai kenaikan kos hidup di media sosial?

Pada 2017, dunia politik sangat terasa kehilangan Datuk Ahmad Maslan yang kini sunyi sepi. Dalam ketegangan politik negara yang penuh dengan cacian dan maki hamun, kebolehan Ahmad dalam memberikan kenyataan yang bersifat jenaka politik sekali sekala sangat dirasai.

Di dalam dunia politik yang penuh merapu tahun ini, negara terasa sangat dengan kehilangan seorang pemimpin politik yang efektif dan serius – Tan Sri Adenan Satem bekas ketua menteri Sarawak.

Keberanian dan kelantangan beliau dalam memimpin isu Sarawak begitu menyemat hati. Bilakah rakyat Malaysia boleh mendapat lagi seorang pemimpin sedemikian? Kalau separuh menteri kabinet kita memiliki separuh kewibawaan Allahyarham, sudah tentu rakyat Malaysia akan terasa aman hati dengan pentadbiran negara.

Selain itu, 2017 juga penuh dengan peristiwa yang menyayat hati...

Kehilangan Pastor Raymond Koh bersama 4 individu lain yang sehingga kini tiada jawapan angkara siapa, diikuti oleh pembunuhan tragis 21 pelajar tahfiz dan 2 orang dewasa yang dibakar hidup-hidup akibat kerja khianat, dan ribut bersejarah yang membawa banjir menenggelamkan Pulau Pinang serta mendedahkan betapa botaknya sebilangan bukit-bukit di Pulau Pinang, sehingga ketua menterinya terpaksa mengalirkan air mata meminta bantuan daripada timbalan perdana menteri.

Tahun ini juga merupakan tahun kontroversi yang banyak melibatkan isu kesensitifan agama dan kaum. Dobi Muslim, larangan bertudung pekerja hotel dan festival arak. Selain isu 1MDB, Malaysia sekali lagi menjadi fokus antarabangsa ekoran insiden Kim Jong Nam dibunuh di klia2.

Tahun 2017 juga menyaksikan pertarungan baharu antara Dr Mahathir dan para Sultan ekoran kenyataannya mengenai lanun Bugis.

Selain itu, rakyat disajikan dengan rentetan sejarah skandal forex di zaman Dr Mahathir melalui Suruhanjaya Diraja yang bersidang pada Ogos lalu yang hasil siasatannya menuding kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap skandal itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula kelihatan semakin garang di 2017 apabila ia menahan beberapa nama besar seperti Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk disoal siasat untuk beberapa hari lamanya. Cuma setakat ini, masih tiada pendakwaan yang dilakukan. Menariknya di sebalik kecekapan SPRM ini, pesuruhjaya SPRM terpaksa menghadapi serangan peribadi yang mengaibkan.

Semalam, 2017 hampir mencatat sejarah lagi apabila Dr Mahathir mengambil keputusan untuk memohon maaf atas dosa beliau yang lalu. Namun selepas beberapa jam, rupa-rupanya Dr Mahathir berkata permohonan maaf beliau hanyalah sekadar budaya orang Melayu.

Barangkali maksud Dr Mahathir ialah permohonan maaf beliau sekadar seperti ucapan maaf zahir dan batin sempena sambutan Hari Raya.

Begitulah memori saya terhadap 2017. Bagaimana pula dengan 2018?

Ramai menjangka PAS akan kalah teruk di PRU14, apakah ia akan menjadi kenyataan? Ramai berharap Najib dan BN dapat ditewaskan, apakah ia akan menjadi kenyataan? Ramai yang menjangka Dr Mahathir mampu menarik undi untuk membantu Pakatan Harapan mengalahkan BN dalam perang tiga penjuru, apakah ia akan menjadi kenyataan? Rakyat diberitahu GST tidak akan dinaikkan sekiranya BN menang, apakah ia akan menjadi kenyataan? Tahun 2017 mengalahkan sangkaan ramai dengan teruk sekali. 

Apakah ia berulang di 2018? Tunggu dan lihat.- fmt

If we keep quiet, we are part of the problem...

It was a memorable 2017... with so many ups and downs. It was all good in the end... even though it started with a mysterious lady's shoe in my room then losing a major court case with the government, getting hauled up by police and MCMC for exercising my freedom of speech, daughters being upset with me till today for exercising freedom of speech.... yes many challenges. 

What I got from all this is knowing first hand how screwed up the police and judiciary actually are under the current administration and knowing how fragile and unforgiving our children can be. 

But I am my own person, I think I have the right to express myself in ways that is in harmony with what I know is right and wrong. In the pursuit of that, carp happens and we have to deal with it the best way we can. 

It is never about me, it's not about popularity as my kids think. There is no thrill in being locked up for the sake of popularity. We live in a community that needs to be protected from unprincipled politicians, we cannot keep quite. If we keep quiet, we are part of the problem. 

The country has lost its democracy, it has lost a decent police force, we have lost a credible judiciary, we have lost a fair Election Commission, our constitution remains an insignificant piece of paper, our country has been overtaken by greedy politicians and cronies who have bought all these agency with "cash is king" attitude. 

Our country's assets are being sold as of it's the crime minister's personal property. What are the silent observers waiting for? Are we waiting for our children and grandchildren to become maids and construction workers in neighbouring countries? 

Look at the new tallest building coming up ...TRX it has something i can't read written up high as if announcing China is taking over. There are Chinese boundaries within Malaysian where Malaysians are not allowed in. Is this the NEP they talk about? Is this the 'Malay pride' UMNO frequently uses to justify their screwed up policies?

UMNO/BN and their cronies is a physical and psychological enemy to us decent citizens. Their greed has no bounds, their plan is to enslave us forever with the burden of paying for their extravagant lifestyles for generations to come. Wake up people, wake up.

So enough is enough, these people are willing to kill to stay in power and hide their misdeeds. So I repeat.... if you remain quiet, you are party to what they do...rob, kill and lie. 

2018 is an election year, the least we could do is to vote these bastards out and then it will be a happy new year. It all up to you. God bless Malaysia. - Peter Terence D'Cruz

What stops Anwar from becoming PM...

Anwar Ibrahim is unable to become prime minister even if he is released early from prison, unless a constitutional provision that disqualifies him from contesting in elections is removed by the Yang Di-Pertuan Agong.

Under Article 48 of the Federal Constitution, an MP is disqualified if he or she is convicted of an offence and is sentenced to jail for no less than a year, or to a fine not less than RM2,000, and has not received a pardon.

A person's disqualification from Parliament may be removed by the Yang di-Pertuan Agong. If not, the disqualification will cease at the end of five years, starting from the date of the person's release from custody

As such, regardless of how early Anwar may be released from prison, he is still disqualified from running in elections for five years from the day of his release.

PKR has been pressing for Anwar, its de facto leader, to be installed as prime minister within a year if the opposition coalition Pakatan Harapan seizes federal power in the 14th general election.

The polls must be held by August next year. Anwar could be released in June under a one-third remission of his prison sentence, at the discretion of the Prisons Department director-general.

Installing him as prime minister was one of three conditions PKR has placed before PH and its chairman Dr Mahathir Mohamed. The other two are that PKR be allocated the bulk of federal seats in Peninsular Malaysia and that Dr Mahathir agree to reform key institutions in the country.

The conditions, which have not been denied by the party’s leadership, were set forth as PH dithers over a formal announcement of its prime minister candidate. Except for PKR, other component parties Bersatu, DAP and Amanah have agreed to name Dr Mahathir.

Some political analysts have said naming Dr Mahathir as the candidate was a winning strategy to convince Malay voters.

Anwar was sentenced to five years’ jail on February 10, 2015, for sodomising his former assistant Mohd Saiful Bukhari Azlan.  

Talk of his early release was revived when Prime Minister Najib Razak, his deputy Ahmad Zahid Hamidi and cabinet minister Mohamed Nazri Aziz paid him separate visits in November while he was recuperating from surgery in hospital.

All prisoners are automatically entitled to the one-third remission, lawyer Baljit Singh Sidhu said.

This means Anwar could be out in June next year, 20 months early from the end of his five-year prison term.Prisoners could be granted remission for displaying good behaviour during the imprisonment. Continue reading...

Walau bebas awal belum tentu Anwar jadi PM

Image may contain: 1 person
Pasti ada maksud tersirat.
Tak nak gaduh dengan sape?
Lanun sama lanun dah nak perang ke? 

Nak undi UMNO/BN lagi ke...

Mama  Rosmah fur coat cost rm700,000.00. 
1kg cooking oil selling at hyper is rm2.50/pkt. 
You can buy 280,000 packets with rm700k.


cheers.
Credit: http://ift.tt/2lq866H
More about → Goodbye...2017...