MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 1 August 2018

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul.
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’.

Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka.

Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu.

Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya .

Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat.

“Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang kata-kata. Dan saya menghalusi perdebatan YB Jelutong. Tetapi perkataan yang ditutur yang kurang sopan itu saya minta perkataan kepala bapak itu ditarik balik.

“Yang saya buat ruling di mana YB Jelutong, mana-mana perkataan yang diturutkan tidak senonoh dengan kemuliaan Dewan ini wajib kita elakkan. Hari ini saya maafkan, jangan ulang lagi. Jangan paksa saya guna kuasa saya di bawah perkara 44,” ujar Nga.

Sumber asal: MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment