Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi

Posted by Kerah Lekung on Monday, 1 January 2018

Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi.
KUALA LUMPUR: PAS mempertahankan tindakan berdiam diri mufti dalam isu kafir-mengkafir sekitar tahun 1980-an dahulu kerana disebabkan oleh campur tangan politik dalam urusan pentadbiran negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian menjawab kritikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan mufti yang gagal menegur PAS dalam isu mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti itu.

"Sepatutnya dalam sistem pemerintahan demokrasi, sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.. apa yang berlaku adalah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbiran.

"Menyebabkan hakim dipecat, ketua polis negara bertindak dengan cara yang tidak tepat, mufti pun hendak dipaksa. Daripada mereka bercakap lebih baik mereka diam di masa itu, lebih selamat. Itu suasana ketika itu, itu dari segi pemerintahan negara yang perlu kita jelaskan," katanya di sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli PAS 'Pilihanku 2.0', di ibu pejabatnya, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir pada semalam mempersoal mengapa tiada golongan mufti tidak memperbetulkan kenyataan PAS, yang didakwa mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti berkenaan.

Berucap di pentas perhimpunan agung PPBM, Dr Mahathir berkata: "Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir."

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada Amanat Hadi yang mencetuskan peristiwa Memali pada 19 November 1985, yang menyebabkan pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.

"Dr Mahathir pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak. Oleh kerana perkara itu berkait dengan hukum syarak dan agama, dia tak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu syariat untuk ikut beri fatwa mengikut kemahuannya. Saya rasa langkah mufti mengambil sikap yang begitu di zaman itu, zaman yang tidak ada pemisahan kuasa," selar Hadi.

Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

PAS sebelum ini mengkritik Dr Mahathir kerana menyebabkan perpecahan orang Melayu serta meminggirkan isu-isu kepentingan Islam. 

PAS menafikan ia mengkafir orang Melayu yang tidak menyokong perjuangannya dan menuduh Dr Mahathir sebagai menyebarkan fitnah. 

Sumber asal: Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi
More about → Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi

PPBM ambil kesempatan krisis PH namakan Tun M calon PM, dakwa penganalisis

Posted by Kerah Lekung

PPBM ambil kesempatan krisis PH namakan Tun M calon PM, dakwa penganalisis.
SHAH ALAM: Penganalisis politik melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sedang mengambil kesempatan di atas krisis yang sedang melanda Pakatan Harapan (PH), bersabit jawatan calon Perdana Menteri yang akan diumumkan pada 7 Januari depan.

Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ini terjadi ekoran Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai tonggak pemimpin yang boleh disandarkan untuk memegang jawatan itu, jika dibandingkan pengalaman Dr Mahathir yang telah memerintah negara selama 22 tahun.

Apatah lagi semalam, PPBM terus menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat jawatan itu jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kalau kita lihat Bersatu ketika ini mengambil kesempatan terhadap konflik yang berlaku dalam PH, terutama dalam PKR sendiri yang kita tahu Wan Azizah bukanlah seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan sepenuhnya dalam PH.

"Kita tahu juga Anwar pada ketika ini, tidak lagi punya pengaruh yang besar dalam PH. Jadi nagi saya, sebagai seorang PM yang memerintah lebih 22 tahun, maka sebenarnya Tun M mempunyai pengaruh yang besar dalam PH. Jadi sebab itulah Bersatu tidak merasakan dengan meletak Tun M sebagai calon akan mendapat banyak tentangan dikalangan PH," katanya kepada Antarapos.

Semalam pada perhimpunan agung (AGM) PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan keperluan Dr Mahathir diberi mandat penuh menjadi calon Perdana Menteri, berbanding hanya memegang sementara kerusi itu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz juga menyatakan perkara yang sama, bahawa rakyat mahukan bapanya menjadi perdana menteri berdasarkan pengalaman selama 22 tahun mentadbir negara.

Mengulas lanjut, pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini berkata, sehingga kini PH masih belum mencapai kata sepakat berhubung calon perdana menteri mereka kerana masih ada pemimpin yang tak bersetuju dengan cadangan nama Dr Mahathir.

"Kalau kita tengok isu ini ia (sebenarnya) belum selesai, kita lihat PKR sendiri tidak bersetuju dengan peletakan nama Tun sebagai calon PM.

"Kerana mereka pada awal lagi telah mendapatkan persetujuan dikalangan penyokong PH bahawa Anwar adalah merupakan calon tunggal  PM jika PH menang. Jadi isu nak meletak nama Tun itu bukan dipersetujui oleh semua gabungan dalam PH," ujar beliau.

Konvensyen PH yang pertama kali diadakan tahun 2018, dikatakan bakal menamatkan tanda tanya berkenaan siapakah calon perdana menteri mewakili gabungan itu memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan pada bila-bila masa.

Nama Dr Mahathir disebut-sebut menjadi calon perdana menteri interim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PH) sekadar dilantik sebagai calon timbalannya.

Cadangan itu dibuat sewaktu permukiman PH selama dua hari di Putrajaya baru-baru ini, namun dikatakan beberapa pemimpin PH tidak merestui cadangan berkenaan.

Sumber asal: PPBM ambil kesempatan krisis PH namakan Tun M calon PM, dakwa penganalisis
More about → PPBM ambil kesempatan krisis PH namakan Tun M calon PM, dakwa penganalisis

Hadiah 2018 Yang Rakyat Wajib Tahu!

Posted by Kerah Lekung

Hadiah 2018 Yang Rakyat Wajib Tahu!.
 

Jangan lupa tentang hadiah-hadiah yang telah dijanjikan oleh YAB PM ketika pembentangan Bajet 2018. Kita bukan umum benda yang dah buat tapi claim dalam Bajet Negeri.








Sumber asal: Hadiah 2018 Yang Rakyat Wajib Tahu!
More about → Hadiah 2018 Yang Rakyat Wajib Tahu!

Hadi: Tun M tetap tak mengaku salah walau minta maaf....Hanya Orang Tahu Saja Dekat Dekat PRU MADEY Boleh Buat Apa Saja

Posted by Kerah Lekung

Hadi: Tun M tetap tak mengaku salah walau minta maaf....Hanya Orang Tahu Saja Dekat Dekat PRU MADEY Boleh Buat Apa Saja.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengakui kesalahannya, meskipun telah membuat permohonan maaf, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya dengar sedikit di dalam televisyen mengatakan meminta maaf mengikut adab Melayu. Sedangkan meminta maaf bukan adab Melayu, ia adalah salah satu konsep di dalam Islam.

"Saya dengar katanya ada kenyataan lain pula selepas itu. Bukan mengaku salah, bukan bermakna salah... meminta maaf sahaja," katanya di sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli PAS 'Pilihanku 2.0' di ibu pejabat parti, hari ini.

Dr Mahathir, ketika berucap di perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam memohon maaf di atas segala kesalahan lampau beliau, termasuk semasa menerajui negara selama 22 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak memerinci atau menyatakan permohonan maaf itu ditujukan kepada siapa, justeru menimbulkan tanda tanya mengenai keikhlasannya berbuat demikian.

Pengerusi PPBM itu kerap didesak untuk memohon maaf di atas rekod pemerintahannya yang dicalar dengan penangkapan musuh-musuh politik termasuk pemimpin PKR dan DAP di bawah Ops Lalang.

Beliau juga dituduh bertanggungjawab di atas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 selepas memecatnya daripada kerajaan dan Umno.

Beliau berkali-kali didesak oleh penyokong pembangkang untuk akur dan memohon maaf di atas tindakan-tindakannya sebelum ini yang mengekang kebebasan kehakiman, hak asasi manusia serta pembaziran, pemborosan dan politik wang  semasa pemerintahannya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata PAS tidak mengambil sikap untuk membalas dendam terhadap kekejaman Dr Mahathir, terutama ketika pemimpin itu menjadi perdana menteri.

"Sehingga kini memang... Bahkan ketika kita memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah, kita tak balas dendam melalui kuasa yang ada pada kita, menandakan kita maafkan secara praktikal, bukan secara bercakap sahaja," ujarnya.

Sementara itu mengulas isu calon perdana menteri, Hadi berkata PAS hanya menamakan mereka yang layak hanya selepas tiba masanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan calon-calon perdana menteri dan timbalannya.

"PAS ada pendekatan sendiri. Kita diajar oleh Islam, kita tak meminta jawatan, kita minta perubahan berlaku. Masalah siapa yang menjadi nakhoda, bila tiba masanya kita akan tentukan," ujarnya.

Malah diajukan sama ada Dr Mahathir masih layak menjadi perdana menteri, Hadi berkata;

"Rakyat yang menentukan, biar dia bertanding dulu," katanya ringkas.

Dr Mahathir sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri jika PH menang dalam PRU14, sementara Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dicalonkan sebagai timbalannya.

Semalam Dr Mahathir mengumumkan kesediaannya bertanding di antara tiga kawasan iaitu Putrajaya, Langkawi dan Kubang Pasu dalam pilihan raya akan datang. 

Sumber asal: Hadi: Tun M tetap tak mengaku salah walau minta maaf....Hanya Orang Tahu Saja Dekat Dekat PRU MADEY Boleh Buat Apa Saja
More about → Hadi: Tun M tetap tak mengaku salah walau minta maaf....Hanya Orang Tahu Saja Dekat Dekat PRU MADEY Boleh Buat Apa Saja

Ku Nan tidak ada masalah jika Tun M bertanding di Putrajaya

Posted by Kerah Lekung

Ku Nan tidak ada masalah jika Tun M bertanding di Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada masalah jika Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat untuk bertanding di tempatnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Ramai juga orang yang bertanding sebagai calon Bebas, jadi tiada masalah," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Jom Kembali ke Sekolah dan Jom Potong Rambut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di Putrajaya, hari ini.

Ujarnya Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi maka sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan termasuklah mereka yang tidak mewakili parti politik.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada semalam mengesahkan dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Mantan perdana menteri itu memberitahu, dirinya akan bertanding sama ada di Langkawi, Kubang Pasu ataupun Putrajaya, selepas parti merasakan peluang beliau untuk menang di kawasan-kawasan berkenaan adalah cerah.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di kerusi Langkawi atau Putrajaya, jika diminta Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun beliau masih belum memberikan keputusan muktamad terhadap perkara itu.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas sebahagian ucapan Dr Mahathir yang berkata rakyat akan diberikan kebebasan untuk bersuara sekiranya PH menang dalam pilihan raya kelak.

"Dia sendiri pun bersuara setiap hari. Kita tahu pembangkang menggunakan sentimen ini untuk meracuni pemikiran rakyat," katanya.

Tengku Adnan juga berkata PPBM harus membuktikan bahawa perjuangan yang dibawanya benar-benar untuk membela nasib rakyat dan bukan ditubuhkan atas dasar tidak puas hati seperti parti-parti serpihan  lain.

"Saya yakin rakyat akan sedar bahawa mereka ini seperti parti-parti serpihan yang ditubuhkan oleh kerana sakit hati, ego, dendam dan barangkali untuk mencapai matlamat yang tidak kesampaian," kata

Sumber asal: Ku Nan tidak ada masalah jika Tun M bertanding di Putrajaya
More about → Ku Nan tidak ada masalah jika Tun M bertanding di Putrajaya

Apa DS Najib Cakap Pasal 2018? #KN

Posted by Kerah Lekung

Apa DS Najib Cakap Pasal 2018? #KN.


YAB PM NAJIB RAZAK:-
31 Dis 2017

Tajuk: Perutusan Tahun Baru 2018 Perdana Menteri

1. Tahun 2017 ini, kita menyambut 60 tahun sejak laungan “Merdeka!” bergema di Kuala Lumpur. Meskipun hari ini kita hidup di dunia yang jauh berbeza, serta mengharungi cabaran yang juga berbeza, saya percaya Bapa-bapa Kemerdekaan kita akan berbangga melihat apa yang telah rakyat Malaysia kecapi di dekad-dekad sejak kemerdekaan.

2. Bagi Malaysia, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian.

3. Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan, tahun ini Bank Dunia menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan kita bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali - kepada 5.8 peratus. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan banyak institusi global yang dihormati telah memuji pengurusan ekonomi berhemat oleh Kerajaan, selain mengakui bahawa daya tahan dan daya saing ekonomi telah dikuatkan, demi kebaikan rakyat Malaysia. Sentimen ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan yang ditunjukkan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang tahun lalu.

4. Pada bulan Februari misalnya, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor – menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi. HSBC melaburkan lebih RM1 bilion bagi membina ibu pejabat serantau baharu di Tun Razak Exchange. Dan banyak lagi syarikat multinasional turut ikut serta melabur dan membina nama mereka di Malaysia.

5. Kenapa? Seperti yang dinyatakan oleh pengasas Alibaba, Jack Ma, beliau memilih Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama di luar China pada tahun 2017 kerana persekitaran cekap dan mesra perniagaan yang telah diwujudkan Kerajaan.

6. Pelaburan-pelaburan ini, bangunan, perniagaan dan projek infrastruktur baharu – daripada Lebuhraya Pan Borneo hinggalah kepada pengangkutan awam seperti MRT di Lembah Kelang – telah dan akan membawa perubahan yang nyata buat rakyat Malaysia. Lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ; manakala, dua fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baru – 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

7. Lebih membanggakan lagi, projek ini siap lebih awal daripada jadual, dan menjimatkan RM2 bilion daripada kos yang diperuntukkan – menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan mengendalikan projek berskala besar di masa hadapan, seperti Laluan Rel Pantai Timur yang akan membawa begitu banyak manfaat kepada penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan selain meningkatkan ekonomi tempatan mereka.

8. Saya sedar ada di antara kita masih menghadapi cabaran dan kesusahan, tetapi langkah-langkah yang telah dan akan terus kita ambil bagi memastikan pertumbuhan negara kita mampan dan inklusif, meluas serta memanfaatkan setiap segmen masyarakat.

9. Ini adalah kerana saya ingin semua mendapat nikmat dari kemajuan negara yang sedang kita bina, dan agar tiada seorang pun rakyat Malaysia yang ketinggalan.

10. Inilah sebabnya dalam bajet baru-baru ini, saya telah mengumumkan pengurangan cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat para pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmatan awam, dan banyak lagi langkah-langkah lain untuk membantu meringankan beban rakyat dan memudahkan penyertaan penuh mereka ke dalam masyarakat.

11. Di samping kemajuan yang kita kecapi di peringkat tempatan, kita juga terus mengambil pendirian berprinsip di peringkat global, meningkatkan lagi kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

12. Usaha kita membela nasib masyarakat Rohingya telah berjaya mengubah pandangan global. Antaranya, para pegawai kanan Amerika kini mengambil pendirian yang lebih tegas selepas saya mengutarakan perkara ini semasa lawatan ke White House pada bulan September. Kita tidak boleh berdiam diri dan tidak gentar untuk menegaskan bahawa dasar konsensus ASEAN tidak boleh diterima dalam menangani malapetaka yang berlaku ini, dan hasil daripadanya kita dapat lihat pada sidang kemuncak pada bulan November apabila Myanmar membuat komitmen baharu untuk menyelesaikan krisis ini.

13. Kita juga terus bertegas di peringkat antarabangsa bahawa Jerusalem tidak boleh diiktiraf sebagai ibu negara Israel. Solidariti Kerajaan Malaysia dengan rakyat Palestin diketahui di seluruh dunia, dan tiada apa yang dapat menghalang kita daripada menyuarakannya dan menggesa keadilan buat mereka.

14. Status kita sebagai negara majoriti Muslim sederhana yang berpandangan jauh telah diiktiraf apabila Penjaga Dua Masjid Suci memilih Malaysia sebagai tempat untuk menubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang akan menjadi institusi penting bagi memerangi ekstremisme dan mempromosikan Islam sebenar, di mana Malaysia adalah contoh yang baik.

15. Kepimpinan Malaysia juga diiktiraf di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila resolusi Gerakan Kesederhanaan Global kita untuk memerangi pelampau dan radikalisasi telah diterima melalui undian di Perhimpunan Agung. Selain itu, sambutan cukup baik yang diberikan kepada delegasi Kerajaan Malaysia pada tahun 2017, dari Washington DC ke London, dari Riyadh ke New Delhi, menunjukkan betapa Malaysia dipandang tinggi oleh semua.

16. Mengimbau kembali pencapaian kita di bumi Malaysia, tiada cara yang lebih baik untuk kita meraikan ulang tahun ke-60 Merdeka, iaitu dengan kejayaan kita memenangi Sukan SEA dengan prestasi terbaik dalam sejarah negara. Hati kita begitu teruja melihat atlet Malaysia merangkul 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa, tahap kecemerlangan tinggi yang juga menjadi tanda pencapaian golongan muda Malaysia yang banyak menyumbang buat negara.

17. Pada masa sama, 2017 juga mencatat cabaran dan tragedi yang tidak mudah untuk kita lupakan.

18. Seramai 23 pelajar dan guru telah kehilangan nyawa dalam kebakaran di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada bulan September. Banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Pinang. Pembunuhan Kim Jong Nam di bumi Malaysia pada bulan Februari. Kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mencatat sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dalam hidup Baginda, dan pemergian Tan Sri Haji Adenan bin Satem, Ketua Menteri Sarawak. Kedua-duanya mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati rakyat, dan kita begitu merasai kehilangan mereka.

19. Tahun 2017 juga menandakan pencapaian berbeza, kerana ia adalah tahun di mana kita telah menggandakan usaha untuk memastikan tadbir urus yang baik dalam semua sektor - termasuk tidak membenarkan kesilapan masa lampau berlalu pergi begitu sahaja. Beberapa ahli politik seperti Lim Kit Siang telah lama menuntut ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian mata wang asing antara tahun 1992 dan 1994. Tahun lepas kita memenuhi permintaan itu dengan menubuhkan panel yang dianggotai ahli berwibawa untuk membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion ketika itu, yang mereka katakan, mempunyai "kesan negatif signifikan terhadap ekonomi negara, telah merosakkan peluang pembangunan negara."

20. Adalah wajar dan menjadi hak rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang telah berlaku, sepertimana wajar untuk SPRM menunjukkan bahawa mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan, dan saya telah mengumumkan pada Julai lalu bahawa Kerajaan sedang menghapuskan budaya kapitalisme kroni yang diwujudkan pada masa seorang bekas pemimpin. Rakyat Malaysia telah membayar harga yang tinggi hanya supaya beberapa orang rakan bekas pemimpin itu boleh mengaut keuntungan, tanpa memikirkan kesan buruknya kepada rakyat.

21. Kita bertegas menyatakan bahawa amalan ini perlu berakhir. Kelemahan tadbir urus, sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam, tidak boleh diterima. Ia mesti disiasat dan diperbetulkan - bukan hanya kerana ia perlu dilakukan untuk Malaysia terus melangkah menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi kerana ia adalah tuntutan akyat.

22. Rakyat Malaysia juga berhak menerima yang lebih baik daripada ahli politik mereka. Parti pembangkang mempunyai peranan yang mulia untuk meneliti undang-undang dan memastikan Kerajaan melaksanakan tanggungjawab. Mereka boleh dan sepatutnya memainkan peranan dalam pembangunan negara dengan penuh tanggungjawab, berprinsip dan beretika.

23. Walau bagaimanapun, cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia dengan membuat tuduhan liar dan palsu yang boleh menjejaskan kebajikan dan kehidupan rakyat adalah satu perbuatan yang hina dan amat tidak bertanggungjawab. Berbohong mengenai negara mereka sendiri untuk kepentingan politik peribadi adalah perbuatan terkutuk dan tidak bermoral - mereka ini mengkhianati Malaysia.

24. Selain itu, usaha seorang bekas pemimpin cuba menggulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik untuk merealisasi cita-citanya untuk anaknya, tidak dapat diterima sama sekali. Dalam demokrasi, yang paling penting adalah keinginan dan kehendak rakyat teramai seperti yang tercatat dalam peti undi, bukan kehendak peribadi seseorang untuk mewujudkan dinasti.

25. Juga, amatlah tidak bertanggungjawab bagi ahli politik untuk menentang sesuatu semata-mata demi membangkang Kerajaan – meskipun secara peribadi mereka bersetuju bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan itu adalah tepat. Kita lihat ia berlaku berulang kali, sama ada dalam isu GST - yang dipuji hampir setiap ahli ekonomi terkemuka di seluruh dunia, dan satu dasar yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara lain termasuk India dan Arab Saudi – mahupun mengenai 1Malaysia. Tokoh pembangkang mengakui secara senyap-senyap bahawa mereka menyokong konsep ini untuk menggalakkan perpaduan negara – sesuatu yang semua rakyat Malaysia bersifat patriotik perlu sokong - tetapi mereka menentangnya atas dasar kepentingan politik peribadi. Ini amat memalukan.

26. Kita boleh mempunyai perbezaan pendapat, tetapi kita masih perlu bersikap baik dan sopan. Ia tidak sepatutnya dianggap pelik, sebagai contoh, untuk melawat seteru lama di hospital untuk menyatakan simpati dan harapan melihat mereka segera pulih. Perkara sebegini harus diterima dan difahami dalam masyarakat yang bertamadun, kerana kita tidak percaya, dan juga tidak mahu kembali, kepada cara buruk yang diamalkan di bawah seorang bekas pemimpin.

27. Cara yang lebih baik telah ditunjukkan oleh PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang. Meskipun kami berada di pihak yang berlainan, tetapi kami menolak ke tepi segala perbezaan apabila ia berkaitan kepentingan bersama, seperti dalam isu Rohingya dan Palestin.

28. Inilah politik lebih matang yang membina negara kita, bukan cuba merobohkannya; ia membantu menyatukan kita, bukan memecahkan kita; dan ia menumpukan kepada apa yang kita ada bersama, dan bukannya menjadikan kepelbagaian kita sebaga suatu kelemahan – bagi Kerajaan, kepelbagaian kita adalah kekuatan kita, dan kita tidak akan berhenti mempertahankannya.

29. Ini adalah pilihan yang dihadapi rakyat Malaysia pada tahun 2018, sebuah Kerajaan yang akan berterusan bekerja demi kebaikan rakyat, dengan halatuju dan polisi jelas untuk membawa Malaysia ke hadapan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang – atau parti yang hanya berkempen secara negatif, dengan harapan untuk menyebabkan kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat untuk memenangi undi, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia kecuali angan-angan populis yang hanya akan merosakkan negara.

30. Memilih Kerajaan adalah perkara yang serius, dan kita yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Kita yakin bahawa mereka akan dapat melihat janji-janji palsu pihak-pihak tertentu, dan mengetahui siapa yang bekerja untuk kepentingan sebenar semua rakyat Malaysia, selain mengiktiraf siapa yang sebenarnya mempunyai rekod prestasi terbukti dan yang telah ‘deliver’ dan terus ‘deliver’.

31. Untuk tahun 2018, tatkala kita mula memandang ke pertengahan abad ini melalui program Transformasi Nasional 2050 serta Malaysia di masa hadapan, terdapat banyak perkara untuk kita terus kekal optimistik.

32. Bank Dunia melaporkan bahawa “Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh”, dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat tahun hadapan dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.

33. Kita berharap semua akan memberikan sokongan teguh dalam usaha melaksanakan tugasan hebat ini. Ianya satu tugasan yang dimulakan oleh nenek moyang kita, yang diteruskan oleh Allahyarham Ayahanda saya, dan tugasan yang saya - secara peribadi - berasa bertanggungjawab untuk laksanakan.

34. Kita telah dapat lihat semangat yang diimpikan Bapa-bapa Malaysia semasa seluruh negara bersama-sama bersatu hati menyambut kejayaan Sukan SEA. Inilah Malaysia yang sedang dan akan terus Kerajaan perjuangkan. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan etnik, yang kaya dengan pelbagai adat, bahasa dan makanan, tetapi Malaysia yang bersama di bawah lembayung 1Malaysia dan dipandang seluruh dunia sebagai model keharmonian dan kepelbagaian, sebagai contoh bukan sahaja kepada negara-negara membangun, malah juga buat negara-negara maju.

35. Inilah Malaysia yang patut kita banggakan, dan dengan itu saya menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama, mengalu-alukan ketibaan 2018 dengan kegembiraan dan semangat perpaduan di dalam hati kita.

36. Selamat tahun baru buat semua.


K7L : Kredit pada NajibRazak.com

Sumber asal: Apa DS Najib Cakap Pasal 2018? #KN
More about → Apa DS Najib Cakap Pasal 2018? #KN

PRU-14: Mahathir dakwa peluang menang cerah...Jangan Mimpilah Madey...Takut Takut PH Lagi Kalah Teruk

Posted by Kerah Lekung

PRU-14: Mahathir dakwa peluang menang cerah...Jangan Mimpilah Madey...Takut Takut PH Lagi Kalah Teruk.
Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14.

“Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa sidang media selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan parti di Shah Alam

“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu.

Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”.

Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi ketua negara selepas PRU-14.

Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tidak akan melakukan perbincangan dan rundingan dengan PAS mengenai kerusi pada PRU ke-14 ini.

Malah katanya, PPBM dan PH sudah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

“Siapa peduli dengan PAS,” katanya lagi.

Sumber asal: PRU-14: Mahathir dakwa peluang menang cerah...Jangan Mimpilah Madey...Takut Takut PH Lagi Kalah Teruk
More about → PRU-14: Mahathir dakwa peluang menang cerah...Jangan Mimpilah Madey...Takut Takut PH Lagi Kalah Teruk

BILA ‘PENGKHIANAT’ MENGUTUK ‘PENGKHIANAT’…

Posted by Kerah Lekung

BILA ‘PENGKHIANAT’ MENGUTUK ‘PENGKHIANAT’….
Seperti yang dijangka, AGM parti ‘cap bunga’ menyaksikan ia menjadi medan untuk mereka terus berhikayat mengenai dongeng-dongeng moden semata-mata untuk menjejaskan nama UMNO dan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Itu normal.

Namun begitu, agak simpati juga menyaksikan ribuan bekas ahli parti ‘cap bunga’ yang bertindak keluar parti itu sebelum ini juga menjadi ‘bahan’ kecaman. Kononnya mereka keluar parti itu ‘pengkhianat’ dan mempunyai agenda mendapatkan jawatan dalam parti?

Agak menarik untuk diulas tentang tuduhan ‘negarawan maksum’ dan ‘macai-macai’nya itu. Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang, tapi dia yang lebih!

Ketika PAS dilanda masalah dalaman di mana Presidennya disanggah dan cuba dijatuhkan, ramai akar umbi PAS yang tidak menyangka bekas Timbalan Presidennya tergamak ‘jadi gila’ keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama ‘konco-konco’nya.

Setelah tertubuhnya PAN, maka PAS melabel parti serpihan itu sebagai pengkhianat perjuangan parti. Asasnya adalah kerana setelah tewas bertanding, mereka tidak dapat menerimanya, tubuhkan parti baru, bersekongkol dengan musuh parti dan berikrar mahu memusnahkan PAS.

Ia hampir sama dengan apa yang berlaku di dalam UMNO. Setelah gagal menjatuhkan Najib dari dalam parti, maka dia keluar parti. Anaknya dan bekas Timbalan Presiden UMNO pula sengaja cari jalan supaya dipecat dari parti dan akhirnya dipecat.

Pada pandangan penulis, nampak sangat niatnya yang tidak betul dan tidak ikhlas. Sengaja cari ‘pasal’, keluar parti, tubuh parti baru, lantik diri sendiri ke jawatan tertinggi parti, bersekutu dengan musuh parti dan berikrar untuk musnahkan bekas parti.

Modus operandinya hampir sama walaupun plotnya agak tidak serupa. Namun ‘ending’nya mereka khianat pada bekas parti, bukan? Motif mereka sama dan bagai terdapat elemen ‘dendam’ akibat kehilangan sesuatu yang mereka tidak dapat daripada bekas parti.

Jadi, siapa sebenarnya yang khianat? Mereka gelar bekas ahli ‘cap bunga’ sebagai pengkhianat, tapi sedarkah mereka bahawa mereka lebih awal bergelar pengkhianat, bukan? Mereka lupa? Mereka nyanyuk? Atau mereka menghidap alzheimer?

Tidak perlulah retorik dan poyo sangat mengutuk orang. Patutnya mereka ‘cermin diri sendiri’ terlebih dahulu sebelum mengecam orang yang mereka ajar untuk jadi khianat pada perjuangan. Tapi mustahil sangatlah untuk mereka sedar kerana mungkin mereka menyangka mereka itu ‘maksum’…

Pada penulis, pelbagai fakta dan perkara sebenar telah didedahkan oleh bekas-bekas ahli parti ‘cap bunga’ itu. Majoritinya itulah yang ‘dia’ hidupkan dulu di dalam UMNO. 22 tahun lamanya, bukan mudah untuk kikis budaya itu dalam parti UMNO sebelum ini.

Syukurlah ‘virus’ seperti itu sudah hampir pupus dalam UMNO. ‘Bapa virus’ itu sudah keluar dari UMNO dan menjadi ‘parasit’ dalam parti baru yang ditubuhkannya. Kita lihat nanti berapa lama ‘cap bunga’ itu boleh ‘hidup’. Sekarang pun sudah ‘layu’ hampir lunyai tak laku, kan?

Sumber asal: BILA ‘PENGKHIANAT’ MENGUTUK ‘PENGKHIANAT’…
More about → BILA ‘PENGKHIANAT’ MENGUTUK ‘PENGKHIANAT’…