Air Mata Boleh Kurangkan Berat Badan

Posted by Kerah Lekung on Friday 31 May 2019

Satu kajian mengatakan Air Mata Boleh Kurangkan Berat Badan. Dari kajian mendapati bahawa jenis air mata tertentu boleh membantu mengurangkan berat badan.

Air Mata Boleh Kurangkan Berat Badan

Menurut Dr Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group, terdapat tiga jenis air mata yang dikenali sebagai Basal, Reflex, dan Psychic.

  • Air mata Basal menjaga mata kita dengan melembap.
  • Air mata Reflex adalah akibat iritasi.
  • Air mata Psychic berlaku daripada tekanan perasaan dan emosi.

Air mata Psychic yang kita menangis dari emosi membantu menggalakkan penurunan berat badan kerana ia mengurangkan tahap kortisol, hormon stres yang dikaitkan dengan lemak perut.

Kajian ini diperkuatkan lagi oleh kajian dari ahli kimia William Frey yang melaporkan bahawa menangis dapat membantu menghilangkan bahan-bahan toksik dalam tubuh yang membangkitkan tekanan. Perbuatan menangis juga boleh menjadi tindakan proses pembersihan.

Dinyatakan juga satu nasihat penting untuk amalan Air Mata Boleh Kurangkan Berat Badan ialah supaya seseorang menangis dari pukul 7 petang hingga 10 malam, kerana ini adalah masa puncak untuk mengoptimumkan kesan pembebasan kortison (kortison ialah contoh hormon dalam kumpulan steroid. Steroid ini dibebaskan oleh korteks di kalenjar adrenal).

Dr Aaron Neufeld: losaltoseyes.com/team/dr-aaron-neufeld/
William Frey: frey-demographer.org/

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment