1. Kelmarin rakyat meraikan Hari Keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agong.
2. Buat pertama kali dalam sejarah negara tidak ada sebarang pengurniaan anugerah kebesaran diberikan kepada sesiapa pun atau dalam erti kata lain tidak ada sebarang Bintang dan Pingat pun diberi pada tahun ini.
3. Sebenarnya anugerah sedemikian bolehlah disamakan seperti Sijil Pelajaran, ia hanya diberi kepada mereka yang telah lulus peperiksaan saja.
4. Mereka yang telah berkhidmat dengan baik dan berjasa kepada negara dan negeri sahaja yang sepatutnya diberi penghormatan menerima anugerah sedemikian.
5. Amalan memberi anugerah secara sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja tanpa menggambil kira latar belakang sesaorang penerima seharusnya diberhentikan serta merta mulai sekarang.
6. Cukuplah dengan cakap - cakap kononnya ada seorang Sultan dan keluarga beliau dari Pantai Timur yang menjual Pingat Datuk dan Datuk Seri kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar pada harga yang ditetapkan.
7. Difahamkan amalan itu telah dilakukan sejak sekian lama setiap kali menyambut Hari Kelahiran Sultan tersebut.
8. Hasil dari perbuatan tersebut, kita sering kedengaran bagaimana segala jenis manusia termasuk kaki busuk seperti samseng, penipu dan perompak dengan mudah menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri di merata-rata.
9. Perbuatan sebegini sudah tentu mengguris perasaan mereka yang benar - benar layak sama ada yang telah dianugerahkan atau yang masih menunggu untuk diberikan sesuatu anugerah.
10. Ada juga pingat diberi lagi kepada orang yang sama beberapa kali seolah-olah jasanya sangat besar, sedangkan biasanya orang berkenaan selalunya hanyalah ‘kaki mengampu’ saja.
11. Sebagai perbezaan, di England misalnya, pingat HANYA diberi kepada beberapa orang sahaja dari sekian ramai yang layak menerimanya.
12. Cliff Richard , penyanyi terkemuka dunia dan Paul Mac Cartney dari kumpulan The Beatles sebagai contoh, mereka hanya menerima gelaran 'Sir' dari Ratu Elizabeth selepas berpuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, tidak seperti di sini bersepah-sepah artis diberikan gelaran Datuk dan Datuk Seri.
13. Sebagai makluman, gelaran 'Sir' adalah lebih kurang sama gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara kita.
14. Amalan memberi dan menjual gelaran-gelaran tersebut seperti ‘kacang putih’ perlu dihentikan serta merta.
15. Allahyarham bapa saya, Tun Abdul Ghafar Baba hanya bersetuju menerima Anugerah Negara selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, itu pun setelah beberapa kali dipujuk rayu oleh kerajaan dan ahli keluarga - ALFATIHAH !!
16. Pendirian Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri berhubung pemberian sebarang pingat dan anugerah seharusnya dijadikan panduan setiap negeri terutama negeri - negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menteri Besar dan Ketua Menteri MESTI BERTEGAS memaklumkan pendirian ini kepada Raja dan Gabenor mereka; lagi pun Raja-Raja hanyalah manusia biasa, bukan Tuhan atau malaikat yang perlu ditakuti.
17. Malaysia sudah Merdeka selama 61 tahun dan kini negara pula di ketuai oleh Agong yang ke 15, maka sudah sampai masanya perubahan segera dilakukan.
18. Rakyat kini mahu tahu apakah sejumlah wang yang besar hasil titik peluh mereka berbaloi dibelanjakan demi kesenangan dan kemewahan Raja - Raja dan keluarga mereka?
19. Saya amat terharu melihat bagaimana petani dan pesawah membanting tulang , bagaimana nelayan menyabung nyawa menempuh ombak gelora, bagaimana pemandu teksi dan pengangkutan lain menyengkang mata dan bagaimana geladangan tidur di kaki-kaki lima kerana kesusahan hidup mencari rezeki - ini semua dilakukan mereka demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga mereka, sedangkan pada masa yang sama ada segelintir manusia yang tidak cukup - cukup melayani nafsu mereka dan keluarga dengan kemewahan hidup seolah-olah itulah syurga mereka.
20. Jika sekiranya Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir tidak mahu dituduh sekali lagi sebagai tidak sensitif terhadap Istana, maka saya kini mencadangkan Pungutan Suara atau Referendum harus diadakan dalam masa terdekat ini bagi mengetahui sama ada rakyat setuju atau tidak setiap sen yang dibelanjakan kepada Agong dan Raja - Raja hendaklah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri, ATAU mereka tidak peduli sebanyak mana wang rakyat diperuntukan kepada setiap Istana?
21. Di England dan Negara - Negara Eropah yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan seperti Malaysia, setiap sen yang di diperuntukkan kepada Raja mereka MESTI terlebih dahulu mendapat persetujuan Parlimen.
22. Semoga cadangan Pungutan Suara atau Referendum ini akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap Raja - Raja sebagai payung kepada rakyat.
23. Sila kongsikan padangan ikhlas saya ini dengan seluas-luasnya. - Tamrin Tun Ghafar
Tentang bangsawan yang bermain politik...
Kospirasi, plot, komplot dan intrig perkara biasa dalam politik. Semua ini juga biasa dalam dunia risikan yang gelap.
Ia memang wujud tetapi boleh juga jadi teori semata-mata. Zaman sekarang ada banyak teori konspirasi dan kita di Malaysia tidak kebal daripadanya.
Baru-baru ini seorang putera diraja dilaporkan secara meluas mengatakan beliau mengesyaki kegiatan media sosial dirinya dan bapanya dipantau.
Polis nampaknya memandang serius dakwaan itu sehingga Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tiada pantauan terhadap akaun media sosial keluarga diraja Johor. Beliau begitu serius menafikannya sehingga berkata akan memohon mengadap Sultan.
Bagi saya, yang telah menjadi penulis selama 49 tahun dan menjadikan medium digital sebagai salah satu platform - ketika saya memulakan blog ini pada 2006 - saya tidak terlalu kisah tentang sesiapa memantau saya.
Malah, kerana ego, saya suka orang memantau saya. Ini bermakna mereka membaca tulisan saya. Jadi, nasihat saya kepada mereka yang aktif di atas talian adalah untuk mula menerima hakikat bahawa "anda dipantau".
Anda mungkin tidak dipantau polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tetapi bergantung kepada siapa anda, anda mungkin juga dipantau oleh agensi risikan dalam dan luar negara.
Anda mungkin diperhati kerajaan asing yang merasakan posting anda mencerminkan pandangan kerajaan atau organisasi besar tertentu.
Atau, lebih penting, kerana anda boleh digunakan sebagai alat tawar-menawar dalam rundingan dan risikan antarabangsa.
Perlu sedia dikritik
Ketika Perang Dingin, menjadi amalan lazim agensi risikan untuk menggoda tokoh politik penting dengan wanita cantik, wain dan wang.
Sebaik sahaja politik bernafsu kuat ini dirakam, mereka akan digunakan sebagai double agent dan boneka untuk menumbangkan atau melemahkan kerajaan mereka sendiri.
Tetapi dalam kes putera raja dan bapanya, kerisauan yang lebih utama adalah bukan tentang pemantauan kegiatan media sosial mereka. Ia adalah tentang mereka memasuki arena politik di mana mereka akan dihentam, kekebalan mereka dipersoal dan status mereka direndahkan.
Sesiapa yang bermain politik perlu sedia untuk dilayan sebagai ahli politik termasuk ketika mereka menggunakan media - media sosial atau rasmi - untuk memberikan pandangan berpihak.
Misalnya, New Straits Times memetik seorang Tengku Mahkota sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu yang berkata, rakyat perlu membuka mata dan tidak terpedaya dengan individu berusia 93 tahun yang mahu menjadi perdana menteri. Orang tahu siapa individu berusia 93 tahun yang dirujuk putera itu.
Beliau meminta rakyat menggunakan kebijaksanaan, dan berkata beliau tahu perkara yang mereka tidak tahu.
"Inilah masanya untuk restore the order dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi perdana menteri sekarang ini," katanya seperti dilapor NST.
Jadi saya tidak terkejut jika orang kini mula "memantau" kegiatan media sosial putera mahkota ini dan bapanya untuk melihat jika mereka terus menyuarakan pandangan berpihak berbanding menjadi royal dan regal. - A.Kadir Jasin
Stray Into Political Arena and You Get Clobbered
Najib and his 'evidence'...
It’s better to be late than never. But sometimes, procrastination on issues and taking time to put matters right would convey the wrong message.
After months of silence when one source after another insinuates on impropriety, the inability to rebut instantaneously can only be read that that subsequent and delayed responses become indefensible.
In early July 2015, the Wall Street Journal (WSJ) broke the story that almost US$700mil (RM2.6bil) belonging to the 1MDB, flowed into the then prime minister Najib Abdul Razak’s personal accounts before the 13th general election.
The 1MDB refuted the claim, while Najib denied taking any funds for his personal gains, and accused (current) premier Dr Mahathir Mohamad for being responsible over the latest “lie”.
The Star then quoted an unnamed Najib’s political secretary saying that the prime minister would sue WSJ, describing the accusation thrown against him as a “criminal defamation” and would sue the US-based publication.
Najib’s lawyer Mohd Hafarizam Harun sent a letter to Dow Jones, the publisher of the WSJ to clarify its stand in a bid “to provide better legal advice to the prime minister in future”.
“The article is not clear on whether they are alleging that the money is from 1MDB or not. We want the WSJ to tell us what their position is. Once that position has been taken, then it is easier for me to advise my client,” he was quoted as saying.
Dow Jones & Company, the publisher of WSJ confirmed responding to the request for clarification from Najib’s lawyers said that it will continue to stand by the accuracy of its reports.
Meanwhile, Najib’s then deputy, Ahmad Zahid Hamidi (photo) claimed he had met the wealthy Arab family who had donated the RM2.6 billion.
He said the “king and prince”, whom he did not name, had donated the money because of Malaysia’s commitment to fighting terrorism, and being a moderate Muslim country with a plural society.
“Those were the answers given to me when I asked them the reason for their donation. They have also helped other Islamic countries,” he was quoted as saying.
Months and years went by but Najib did not sue nor was there any explanation from his lawyers as to why they not proceeding with the defamation suit.
With such solid information, Najib should have sued WSJ as there was ample evidence and Zahid could have testified on his behalf. He would have been vindicated and perhaps remained as the prime minister.
Instead, Najib went into a cocoon refusing to address the issue. The media was asked to black out news on the issue and the cyber troopers went into overdrive “leaking” supposed letters from the Saudi royal family.
Anything said about the WSJ report and the donation was termed “fake news” by his handlers and watchdogs. He made things much worse by blocking websites, sacking his then deputy Muhyiddin Yassin.
He also dispensed with the services of the attorney-general and the head of the MACC. To prevent further damage, the Anti-Fake News Bill was promulgated hastily pushed through Parliament.
Yesterday, Najib came out with Facebook posting, complete with documents to claim that money in his account did come from the Saudis.
But the letter looks somewhat familiar. Didn’t a similar letter surface in 2016? But something positive should come out for Najib from the latest documents.
The first thing Najib should do is to ask his lawyers to issue a letter of demand to the US Department of Justice (DoJ) which implicated him in a voluminous report. He was not named, but by insinuation and confirmation by his one-time ally, Abdul Rahman Dahlan that MO1 and Najib are one and the same person.
Perhaps, now with all the “new” evidence, he should appoint an attorney in the US to take on the DoJ and the WSJ – two birds with one stone.
On the local front, he should go after Mahathir who has called him a thief, and Tony Pua, who has explicitly and openly said that Najib received money from 1MDB.
Najib should not forget The Edge which over a period of time provided the timelines and the methodology on how the funds ended up in his account. Also on the line are journalists and news portals which had commented on this issue.
Laymen cannot comment on the authenticity of the bank documents. He would have to subpoena the bank officials. As for the letter, Prince Saud Abdulaziz Al-Saud of Saudi Arabia will have to make an appearance in court and affirm that he wrote and signed the letter for it to be adduced as an exhibit, failing which, it will not be admitted as evidence.
But is Najib up to it?
Footnote: Was it not Najib who attempted to silence the media with a gag order when criminal charges were proffered against him last month?
Is he not exposing his defence (and ignoring the subjudice rule which his lawyers argued for? But judging from posts on the social media, very few, believe in the latest round of documents on the internet. - R.Nadeswaran.mk
Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'
Too little, too late for Najib to produce 'weak evidence'
The whole truth?
Alahai Najib,,hanya org UMNO,PAS,BN yg tolol jer yg percaya klentong kamu tu - Zam Bin Zom
Mengapa perlu dedahkan di media sosial jika dokumen itu boleh dijadikan bukti pembelaan di mahkamah? Apakah motifnya dan apakah dokumen itu boleh disahkan keasliannya? - Nazriaziz Alsheikh
Najib think everybody stupid like him .moneyfrom saudi came in 2011,But money for $2.6b came ini 2013.DOJ have follow the money trail and confirm the come from Tenor Finance and the money from 1MDB goes to Tennor Finance.The money from Saudi come in $20m$30m And $100mIn 2011.The money for $2,6m in his account come in one transaction.If the money donated by Saudi King Why you send back the balance of unused money $2.1m to Singapore. You should credit the money to UMNO account.Najib , you are caught pan down. - Getyourmarbleback
cheers.
Credit: https://ift.tt/2N5Vxxi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment