Insiden baling kerusi Pemilihan PKR 2018

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 23 September 2018

Insiden baling kerusi Pemilihan PKR 2018. MALAM tadi kecoh dengan kejadian baling kerusi terkait Pemilihan Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN 2018 di Pulau Pinang.

Video kejadian berkenaan tersebar di WhatsApp, Twitter dan Facebook. Pemilihan KEADILAN dan kejadian baling kerusi nampaknya begitu sinonim. Kalau tak baling kerusi macam tak sah.



Apa pun alasannya, kejadian baling kerusi ini tidak sepatutnya berlaku, masih banyak lagi jalan damai, jalan perbincangan yang boleh diambil berbanding tindakan kasar main baling-baling kerusi macam tu.

Tapi kejadian kasar dan ganas seperti ini sebenarnya memang sudah dijangka sedari awal lagi.

KEADILAN satu-satunya parti politik yang memberikan hak mengundi dan memilih pemimpin dari peringkat cabang hingga ke pusat kepada setiap ahlinya (satu ahli satu undi).

Seramai hampir 900,000 ahli KEADILAN diberi hak mengundi dan memilih pakatan pimpinan parti, maka akan ada hampir 900,000 jugalah individu yang mempunyai pelbagai perangai, dan ragam. What can u expect?

Keberanian KEADILAN menggunakan sistem satu ahli satu undi wajar dipuji, ia selain melaksanakan demokrasi dalam erti kata sebenar turut merendahkan risiko politik wang.

Namun kelebihan itu tetap datang dengan kelemahan-kelemahan tersendiri termasuklah main baling-baling kerusi seperti ini. Ia memerlukan masa yang panjang untuk mendisiplinkan ahli-ahli parti supaya berkelakuan dengan kelakuan yang sewajarnya.

Sumber asal: Insiden baling kerusi Pemilihan PKR 2018

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment