ZALIM ! AKAUN BANK CICIT TUN RAZAK PUN DIBEKU

Posted by Kerah Lekung on Thursday 5 July 2018

ZALIM ! AKAUN BANK CICIT TUN RAZAK PUN DIBEKU . Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.

"Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.

Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.


"(Ia adalah) duit 'raya’ pertamanya tahun ini," katanya.

Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.

"Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?" tambahnya.



Sumber asal: ZALIM ! AKAUN BANK CICIT TUN RAZAK PUN DIBEKU

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment