PRESIDEN PAS: JANGAN UNDI DAP KERANA AKAN HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 31 December 2017

PRESIDEN PAS: JANGAN UNDI DAP KERANA AKAN HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU.
Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme jika DAP yang dominasi Pakatan Harapan menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Konsep sekularisme ‘Malaysia Malaysian‘ DAP termasuk membolehkan bukan Islam menjadi ketua negara yang bercanggah dengan ketetapan Islam iaitu negara Islam mesti diperintah oleh golongan muslim.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda sekularisme itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang jika menang sudah pasti pemimpin Melayu Muslim yang akan menjadi ketua Kerajaan Pusat dan negeri.

“PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan di dalam Perlembagaan Negara yang sudah merdeka.

“PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sahaja sekadar simbol, maka mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS tidak semestinya perlu menjadi ketua kerajaan, bahkan boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang menerima Islam dan melakukan perubahan positif untuk agama Islam.

Kata beliau, Sirah Nabawiyyah menunjukkan Raja Habsyah bergelar Najasyi menerima Islam dan menjadi penganutnya dan Rasulullah S.A.W mengekalkan takhtanya.

Tambah beliau, begitu juga kedudukan Raja Oman dan Raja Bahrain yang menganut Islam setelah menerima surat Rasulullah S.A.W, semuanya tidak dipecat atau dijatuhkan takhtanya.
Justeru, katanya, PAS boleh menerima DAP jika menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan sistem serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya. 

Sumber asal: PRESIDEN PAS: JANGAN UNDI DAP KERANA AKAN HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU
More about → PRESIDEN PAS: JANGAN UNDI DAP KERANA AKAN HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU

Macam ni level pembangkang?Madey berucap dah 30 minit asik sebut Najib je.

Posted by Kerah Lekung

Macam ni level pembangkang?Madey berucap dah 30 minit asik sebut Najib je..
Nak jatuhkan Najib atau BN?Langsung tkde sebut hala tuju parti.

Ucapan dasar presiden parti selalunya lebih pada hala tuju perjuangan,perkuatkan parti bukan hanya tuju keburukan lawan.

Dalam PAU tkde pulak pemimpin atau perwakilan UMNO sebut pembangkang lebih dari 5 ayat.Lebih pada perjuangan parti.

Mengata orang sendiri lebih.

Sumber asal: Macam ni level pembangkang?Madey berucap dah 30 minit asik sebut Najib je.
More about → Macam ni level pembangkang?Madey berucap dah 30 minit asik sebut Najib je.

Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC

Posted by Kerah Lekung

Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC.
KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Sri Dr. Alex Ong berkata, kepimpinan Najib menyaksikan syarikat perniagaan kecil dan sederhana tempatan kini berkembang dengan amat positif.

Datuk Sri Dr. Alex Ong
PRESIDEN DEWAN PERNIAGAAN MALAYSIA GLOBAL (MGCC), DATUK SRI DR. ALEX ONG.

“Syarikat perniagaan ini juga bukan sahaja mengembangkan perniagaan di dalam negara tetapi kini mampu memperluaskan perniagaan ke luar negara.

“Inisiatif ekonomi Perdana Menteri terbukti membuahkan hasil cemerlang dalam merancakkan pelaburan dan perdagangan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pendirian MGCC itu sekali gus menyanggah salah tanggapan yang disebarkan pembangkang. untuk memberi gambaran buruk tentang sektor perniagaan di Malaysia.

Alex berkata, MGCC banyak terlibat dalam usaha-usaha membantu banyak syarikat Malaysia yang ingin meluaskan perniagaaan di peringkat global.

Justeru, kata beliau, MGCC perlu menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara-negara luar terutama China, Indonesia India dan beberapa lagi negara Asean.

Jelas beliau, hubungan baik yang terjalin Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara luar membantu meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

“Inilah yang dikatakan Perdana Menteri untuk rakyat, disamping menjalinkan hubungan diplomatik, bijak menarik pelabur-pelabur asing ke Malaysia.

“Ia secara tidak langsung memudahkan jalinan usahasama perniagaan diadakan dengan syarikat-syarikat di luar negara,” katanya.

Selain itu, kata beliau, MGCC menyokong inisiatif baru kerajaan pimpinan Najib yang merangkumi program latihan dan skim kepada usahawan-usahawan tempatan. 

Sumber asal: Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC
More about → Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Posted by Kerah Lekung

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!! .
Muka tak tahu maluuuuuu......

HAKIKATNYA...
.
Perjuangan Memansuhkan Tol Telah Dimulakan Oleh UMNO Shah Alam Sejak Tahun 2008 lagi.
.
Beberapa Siri Pertemuan Bersama LLM Dan PLUS Telah Berjalan Hingga Beberapa Memorandum Turut Dihantar Kepada Kementerian Kerja Raya Dan Pejabat Perdana Menteri.
.
KEMUNCAKNYA Adalah Pada Bulan Ogos Yang Lalu Apabila Perdana Menteri Berkenan Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Shah Alam Di Seksyen 18.
.
UMNO Shah Alam Telah Mengusulkan Sendiri Kepada Perdana Menteri Pada Mesyuarat Itu Dan Mendapat Sokongan Sebulat Suara Daripada Perwakilan Yang Hadir.
.
Akhirnya Berita Gembira Tentang Pemansuhan Tol Diumum Sendiri Oleh Perdana Menteri Pada Pembentangan Bajet 2018 Yang Lalu.
.
Terima Kasih Perdana Menteri Dan UMNO Shah Alam Yang Berjuang Demi Kami Semua...

Sumber asal: MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!
More about → MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Posted by Kerah Lekung

Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong.
Riuh rendah siapa hendak jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa menimbulkan rasa tidak selesa parti pembangkang terkuat PAS.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, jika benar PH mahu meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara ia menunjukkan pembangkang mengamalkan demokrasi tidak baik.

Jelasnya tindakan tersebut tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat apabila sanggup mengadaikan prinsip demokrasi demi kepentingan seorang individu.

“Apa pun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri locum bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan stabil dan kuat,” kata beliau.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga mengingatkan blok pembangkang, pelantikan jawatan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di Pertuan Agong dan faktor itu tidak boleh diabaikan kerana baginda memiliki kuasa prerogatif untuk memilih individu yang layak memegang jawatan penting itu.

“Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah bahawa selepas PRU14, Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang ahli parlimen Malaysia yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen,” katanya.

Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggotanya.

Mengikut perkara 40 fasal 2 iaitu kuasa prerogatif Yang di Pertuan Agong dalam hal melibatkan pelantikan perdana menteri tanpa perlu mengikut nasihat mana-mana pihak.

Sumber asal: Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong
More about → Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

2017 tahun pemulihan bagi Ringgit...Alhamdulilah

Posted by Kerah Lekung

2017 tahun pemulihan bagi Ringgit...Alhamdulilah.
2017 sememangnya merupakan tahun pemulihan bagi ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan disokong oleh pembangunan domestik positif dengan langkah-langkah berhemat yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengawal mata wang tempatan itu.

Berbanding tempoh kelam pada 2016, dagangan tahun ini agak cergas yang menyaksikan mata wang tempatan itu melantun semula dengan kukuh daripada paras terendahnya dalam tempoh 19 tahun mencatatkan pemulihan 10 peratus.


Ringgit memulakan dagangan tahun ini rendah dibuka pada 4.4900/4950 berbanding dolar AS pada 3 Jan, meneruskan momentum lemah 2016 disebabkan oleh spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir, dolar AS yang lebih kukuh serta keadaan geopolitik yang tidak menentu.

Prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pemegang asing bon Malaysia mengimbangi semula portfolio mereka yang membawa kepada aliran keluar modal, ditambah dengan permintaan kukuh terhadap dolar AS telah menyebabkan ringgit ditutup di paras terendahnya bagi 2017 pada 4.4960/4990 keesokan harinya.

Bagaimanapun, sejak daripada itu ringgit telah melantun semula apabila pemulihan harga minyak mentah, angka data eksport November 2016 Malaysia yang lebih baik daripada dijangkakan telah meyakinkan peniaga untuk membeli ringgit.

Menelusuri pergerakan mata wang itu, ringgit menjadi semakin stabil dalam suku pertama tahun ini berbanding suku akhir 2016, hasil daripada pelaksanaan langkah-langkah Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) BNM yang mengurangkan turun naik mata wang itu dalam pasaran pertukaran asing.

Hasilnya, mata wang tempatan itu meningkat sebanyak 1.3 peratus dalam Suku Pertama.

Aliran meningkat itu berterusan pada suku kedua, melonjak sebanyak 3.1 peratus, menjadikan ringgit sebagai mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di rantau ini semasa tempoh tersebut.

Sokongan datang daripada kelemahan berterusan dolar AS yang terjejas akibat daripada dasar tidak menentu negara itu serta aliran masuk bukan residen yang bertambah baik ke pasaran kewangan Malaysia dirangsang oleh keadaan makroekonomi domestik yang menggalakkan termasuk pertumbuhan kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan prestasi baik eksport.

Perkembangan ekonomi yang positif di China membawa kepada prospek yang lebih baik bagi pertumbuhan eksport Malaysia, memberi harapan yang ekonomi dunia telah mencecah paras terendahnya dan mula pulih semula seiring dengan kestabilan harga minyak, telah mengekalkan minat risiko pelabur terhadap ringgit pada paras yang baik

Bagaimanapun, keadaan pasaran yang kembali tidak menentu dalam separuh kedua, iaitu, suku ketiga, peningkatan ketegangan geopolitik antara AS dan Korea Utara, telah menyebabkan ringgit menyusut semula, apabila mata wang selamat lebih menarik perhatian.

Mujurlah, dengan prospek positif terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh pertumbuhan bulis KDNK pada suku kedua dan prestasi kukuh eksport telah meningkatkan semula minat pelabur terhadap aset kewangan domestik.

Ringgit meningkat sebanyak 1.6 peratus dalam suku ketiga dan diniagakan di bawah paras 4.30.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata pengukuhan ringgit itu mencerminkan aktiviti ekonomi sebenar dan ia tidak lagi dipengaruhi oleh spekulasi.

Susulan pelaksanaan siri ketiga inisiatif FMC, antara lainnya, untuk melancarkan mudah tunai antara bank-bank berlesen dalam negara, terdapat petanda penambahbaikan menggalakkan dalam imbangan permintaan dan penawaran mata wang asing, yang membawa kepada pasaran pertukaran asing lebih cekap.

BNM berkata mudah tunai telah meningkat dalam pasaran dalam negara dan dapat memenuhi keperluan lindung nilai kedua-dua pemastautin dan bukan pemastautin.

Pada November, pendirian menyokong kadar faedah tinggi BNM bagi kadar dasar semalaman (OPR) susulan keputusan suku ketiga yang positif telah memberikan lagi sokongan kepada ringgit dan membantu mengimbangi kesan dolar AS tinggi.

Bank pusat pada 9 Nov mengekalkan OPR pada tiga peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya terakhirnya bagi tahun ini, membayangkan kenaikan kadar akan dilaksanakan pada 2018, yang mana kebanyakan pakar ekonomi dan penganalisis percaya akan berlaku pada suku pertama.

Muhammad berkata bank pusat mungkin menimbang menyemak semula tahap akomodasi monetari ketika ini memandangkan kekuatan keadaan makroekonomi global dan domestik.

Bank pusat telah mengekalkan OPR pada tiga peratus sejak Julai 2016.

Semasa bulan terakhir 2017, ringgit bergerak dalan jajaran paras 4.00, mendapat rangsangan daripada unjuran eksport Oktober yang kukuh, kekukuhan harga minyak mentah dan jangkaan OPR tinggi.

Ringgit meneruskan aliran meningkatkan dan ditutup pada paras kedua terbaiknya tahun ini pada 4.0600/0650 pada 4 Dis, dalam keadaan belian asing tinggi dalam pasaran tempatan dan penurunan dolar AS selepas Rizab Persekutuan AS mengekalkan unjurannya mengetatkan monetari tahun depan.

Momentum meningkat itu mengukuh susulan prospek positif daripada agensi penarafan antarabangsa dan firma penyelidikan termasuk World Bank Group dan Moody\'s Investors Service, yang mengunjurkan ekonomi Malaysia mengakhiri 2017 dengan catatan positif dan menjangkakan prestasi kukuh bagi 2018.

Kenaikan itu, bagaimanapun, dijangka diimbangi oleh kekukuhan dolar AS disebabkan oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS.

Ia memberikan cabaran kepada ringgit untuk mengakhiri tahun ini dengan catatan yang kukuh.

Bagaimanapun, penurunan dolar AS semasa minggu akhir dagangan bagi tahun ini ditambah dengan pemulihan harga komoditi terutamanya minyak mentah, minyak sawit mentah dan tembaga, serta peningkatan aliran masuk dana asing ke Malaysia dan prestasi kukuj pasaran ekuiti telah mengembalikan semula minat risiko terhadap ringgit.

Pada 29 Dis, unit tempatan mengakhiri hari akhir dagangan 2017 pada paras tertingginya bagi tahun ini pada 4.0440/0500 berbanding dolar AS daripada 4.4845/4875 pada 30 Dis, 2016.

Berbanding mata wang lain, unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0323 daripada 3.1043/1085 pada 30 Dis tahun lepas, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.5912/5968 daripada 3.8375/8411 dan naik berbanding pound British kepada 5.4602/4687 daripada 5.5213/5259.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding euro kepada 4.8451/8535 tahun ke tahun daripada 4.7482/7523 sebelumnya.

Mengenai prospek bagi ringgit, para peniaga percaya mata wang tempatan itu berpotensi besar untuk terus meningkat daripada paras semasa memandangkan asas pendasar negara yang teguh, KDNK kukuh, paras fiskal yang bertambah baik, prospek kenaikan OPR dan pertumbuhan eksport yang memberangsangkan.

Mereka berpendapat unit tempatan itu akan bangkit kembali dan mencecah semula ke paras 3.00 berbanding dolar AS tahun depan.

Aliran masuk modal yang besar ke Malaysia susulan inisiatif Belt and Road China ditambah dengan jangkaan persekitaran ekonomi global yang bertambah baik serta harga minyak mentah stabil akan juga menjadi pemacu utama pada tahun depan.

Firma penyelidikan RHB Research Institute dan AmBank Research kedua-duanya menjangkakan bank pusat menimbang menyemak semula OPR dengan menaikkan sebanyak 25 mata asas pada Januari tahun depan daripada kadar tiga peratus sekarang dengan kadar-kadar dijangka normal pada 3.5 peratus.

UBS Investment Bank berpandangan OPR akan disemak semula dua kali tahun depan, pada Januari dan juga pada separuh kedua 2018.

Bagaimanapun, risiko-risiko seperti kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS boleh menjejaskan sentimen.

Mengenai perkembangan lain dalam industri kewangan/perbankan, tahun ini nampaknya tidak lari daripada kontroversi.

Sistem kewangan Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid, pada Januari mendedahkan bank pusat mengalami kerugian urus niaga mata wang asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an.

Satu pasukan tugas khas untuk menyiasat perkara itu telah ditubuhkan pada Februari dan pada April Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk membantu mendedahkan dengan lebih terperinci kerugian urus niaga mata wang asing pada era 1980-an dan 1990-an itu.

Tribunal lima orang yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Petronas telah memanggil 25 saksi untuk memberi penerangan dan sejumlah 42 dokumen diterima dalam tempoh sembilan hari siasatan itu yang berakhir pada 19 Sept.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua bekas menteri kewangan ? Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, serta bekas menteri kewangan kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, merupakan antara saksi yang memberi keterangan semasa siasatan itu.

Nor Mohamed yang pernah menjadi penasihat BNM berkata kerugian itu merupakan ?kesilapan yang memberi pengajaran pahit kepada bank pusat.?

Pengajaran itu terbukti penting dalam membantu merangka dasar untuk mempertahankan negara daripada serangan mata wang semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98, menyelamatkan negara daripada mengalami kerugian beratus-ratus bilion ringgit, katanya.

Beliau menjelaskan tidak seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan, Malaysia dapat menangani krisis itu tanpa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan pihak-pihak luar lain.

Laporan penuh RCI itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 13 Okt.

Pada 30 Nov, suruhanjaya tersebut membentangkan laporan sebanyak 524 muka surat itu di Parlimen, mendedahkan bahawa terdapat elemen-elemen fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan dengan kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami bank pusat itu 30 tahun lalu serta kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.

Laporan itu mendapati BNM mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam urus niaga antara tahun 1992 dan 1994 dan mengesahkan bahawa Nor Mohamed bertanggungjawab ke atas operasi urus niaga pertukaran wang asing bank pusat pada masa itu.

RCI mencadangkan siasatan menyeluruh harus dijalankan oleh pihak polis, antara lainnya, menentukan sama ada Dr Mahathir mengizinkan tindakan menteri kewangan pada masa itu, Anwar, yang membawa kepada kerugian yang ditanggung bank pusat, dan mengesyorkan kedua-duanya disiasat atas kesalahan pecah amanah dan penipuan.

Suruhanjaya itu percaya Dr Mahathir "mungkin mengetahui lebih banyak lagi mengenai kerugian sebenar".

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu telah memfailkan saman untuk mengisytiharkan laporan RCI sebagai tidak sah kerana ia menyalahi undang-undang, tidak lengkap dan lemah kerana laporan itu tidak memasukkan nota prosiding dan dokumen undang-undang saksi.

Mengenai perkembangan lain dalam industri perbankan, BNM bersama-sama dengan Bank Indonesia dan Bank of Thailand telah melancarkan tiga rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan yang bertujuan menggalakkan penggunaan meluas mata wang tempatan, termasuk ringgit, bagi memudahkan dan meningkatkan perdagangan di negara-negara ini.

BNM pada 14 Dis telah mengeluarkan draf pendedahan mengenai tuntutan kewajipan pelaporan mata wang digital atau mata wang kripto, urus niaga pertukaran di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, satu langkah untuk menjadikannya telus di Malaysia

Sumber asal: 2017 tahun pemulihan bagi Ringgit...Alhamdulilah
More about → 2017 tahun pemulihan bagi Ringgit...Alhamdulilah

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Posted by Kerah Lekung

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!! .
Kami Geleng Kepala Apabila Menerima Berita Bahawa YB Rodziah, PKR Shah Alam Dengan Muka Tebal Mengaku Kononnya Pemansuhan Tol Adalah Usaha Dia...(Semoga Penduduk Yang Ditipu YB PKR Ini Mendapat Hidayah Allah.)
.
HAKIKATNYA...
.
Perjuangan Memansuhkan Tol Telah Dimulakan Oleh UMNO Shah Alam Sejak Tahun 2008 lagi.
.
Beberapa Siri Pertemuan Bersama LLM Dan PLUS Telah Berjalan Hingga Beberapa Memorandum Turut Dihantar Kepada Kementerian Kerja Raya Dan Pejabat Perdana Menteri.
.
KEMUNCAKNYA Adalah Pada Bulan Ogos Yang Lalu Apabila Perdana Menteri Berkenan Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Shah Alam Di Seksyen 18.
.
UMNO Shah Alam Telah Mengusulkan Sendiri Kepada Perdana Menteri Pada Mesyuarat Itu Dan Mendapat Sokongan Sebulat Suara Daripada Perwakilan Yang Hadir.
.
Akhirnya Berita Gembira Tentang Pemansuhan Tol Diumum Sendiri Oleh Perdana Menteri Pada Pembentangan Bajet 2018 Yang Lalu.
.
Terima Kasih Perdana Menteri Dan UMNO Shah Alam Yang Berjuang Demi Kami Semua...

Sumber asal: MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!
More about → MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya...

Posted by Kerah Lekung

Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya...
Maafkan saya atas dosa dolu2...
Story kat SINI SINI dan SINI  

Sesiapa yang biasa hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum parti itu tercemar dengan imej skandal dan kleptokrasi yang dibawa oleh Najib Razak, pasti dapat merasakan ia seolah-olah telah menjelma semula dalam Perhimpunan Agung Tahunan atau PAT Bersatu kali pertama yang diadakan di IDCC, Shah Alam hari ini.

Dengan kehadiran hampir 100 peratus perwakilan daripada 137 bahagian yang sudah diwujudkan, ditambah ribuan pemerhati yang turut hadir dan sebahagiannya tidak dapat memasuki dewan kerana tempat duduk yang terhad, disertai dengan semangat perjuangan membara untuk menyelamatkan negara bersama-sama Pakatan Harapan, PAT ini adalah satu lagi simbol kejayaan kepada Bersatu sebenarnya.

Jika sebelum ini ramai yang memperlekeh impian Bersatu untuk menyelamatkan negara sambil mengaitkannya dengan ketiadaan PAT sejak parti itu diluluskan oleh ROS lebih setahun yang lalu, segala kata-kata cemuhan itu kini terpadam dengan sendirinya.



Bukan saja kehadiran ribuan pewakilan dan pemerhati yang menjadi kebanggaan, lebih daripada itu ialah semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang menghadirinya dengan tanggungan sendiri.

Dari wajah dan cara berbual sesama sendiri yang didengari di beberapa sudut di dalam dan di luar dewan, jelas terpancar keinginan yang tinggi di kalangan mereka untuk menyelamatkan negara ini daripada kerosakan yang diakibatkan oleh Najib, UMNO dan BN. 

Dalam UMNO, semangat untuk menyelamatkan negara dan bangsa sudah tidak kedengaran lagi dalam PAU yang mereka adakan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. 

Kali terakhir semangat itu ada ialah ketika UMNO masih dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad dahulu. PAU sekarang sudah diganti dengan pujian dan ampuan untuk menyelamatkan Najib dengan harapan sesiapa yang berbuat demikian akan beroleh jawatan, kedudukan, kontrak atau dedak daripada pemegang kuasa di Perdana Putra.



Lantaran itu, tidak menghairankan jika UMNO sebenarnya amat bimbang dan takut dengan kemunculan Bersatu ini. Jika dalam PAT mereka sudah menunjukkan semangat dan keinginan yang tinggi untuk menyelamatkan negara, sudah pasti ia akan turut dijelmakan dalam kerja-kerja pilihanraya nanti.

Kata-kata semangat yang yang disampaikan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dalam ucapan masing-masing pula cukup membanggakan dan dapat memberi suntikan semangat yang tinggi kepada ahli-ahli Bersatu di semua peringkat.

Jika dulu kata-kata semangat seperti itu biasa kedengaran dalam UMNO, tetapi kini sudah tiada lagi dan kini ia muncul kembali dalam Bersatu. Baca seterusnya... 


At the Pribumi Bersatu AGM...

I was at the Pribumi Bersatu AGM in Shah Alam today. It was pleasant meeting my friends there. Haven't seen them for quite a while.

There's an aide of Pribumi Bersatu president TS Muhyiddin Yassin who used to be quite close to me.

The guy was all smiles when he saw me. We chit chatted for a bit but I didn't want to hold him up too much as he was very busy at that time.

Another Muhyiddin's aide also said "hi" to me. We are old friends but I last saw her more than two years ago and at first didn't recognise her. She's now wearing tudung and much slimmer. It was fun meeting her again.

Then there's another old friend who is an aide of party chairman Tun Dr Mahathir Mohamad who was very happy to see me.


He cracked a joke about me not being on his side and we shared a laugh on it. I think he understands my position and that's why he still regards me as a friend.

I also bumped into Pribumi Bersatu deputy president DS Mukhriz Mahathir and shook hands with him. He still remembers me. He's the only politician I have ever had selfie with.

The AGM itself felt very much like an Umno function, which is understandable as most of those present are former Umno members.

I think you all can find the stories on it all over the net by now. So, no need for me to write more on it, I think. - Annie,life with annie

Image may contain: 1 person
UMNO asal dah mampuih.Yang ada la ni UMNO(BARU).
Adakah orang Melayu mati selepas UMNO asal mampuih dulu?


Terima Kasih kepada orang yang tumbangkannya...

cheers.
Credit: http://ift.tt/2DC0wwt
More about → Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya...