SIFAT "POLITIK DENDAM" TIDAK KE MANA!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 3 March 2020

SIFAT "POLITIK DENDAM" TIDAK KE MANA!!!.
Rumah Terbakar, Boleh Nampak.
Dendam Di Hati, Siapa Yang Tahu!!!
Fiasco Politik Negara yang bermula sejak seminggu yang lalu memperlihatkan betapa kuatnya perasaan dendam dikalangan pemimpin Pakatan Hancing itu sendiri. Mereka tanpa segan silu mempamerkannya secara terbuka dikhalayak ramai.

Malangnya, sifat Politik Dendam pemimpin Pakatan Hancing itu yang menyebabkan mereka tumbang. Sifat itu turut didorong dengan hawa nafsu serakah yang tidak terkawal serta diselubungi kemaruk kuasa pada tahap tertinggi.

Asalnya Pakatan Hancing itu menyimpan dendam terhadap Datuk Seri Najib. Lalu pelbagai fitnah dilemparkan dengan penipuan demi penipuan dihidang kepada rakyat. Ia menyebabkan BN Kalah dalam PRU yang lalu.

Tapi kitaran hidup itu sentiasa berubah. Dulu kita buat orang. Hari ini, orang lain pula buat perkara yang sama terhadap kita. Dulu, Tun Mahathir yang desak Tun Abdullah letak jawatan. Dia hasut orang UMNO untuk jatuhkan Tun Abdullah.

Kemudian Tun desak pula Datuk Seri Najib letak jawatan kerana menggugurkan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Mukhriz di Kedah. Sekarang, Tun pula diasak oleh pasukannya dalam Pakatan Hancing dan didakwa dikhianati oleh Presiden partinya sendiri.

Namun, sifat Dendam itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia terus memekar apabila perseteruan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim kembali disemarakkan oleh pengikut masing - masing. Diapikan pula oleh DAPigs dan PAN menjadi 'Tukang Kipas'.

Api dendam itu membuatkan nafsu serakah yang tersemat didalam jiwa Anwar Ibrahim semakin membara. Dia dan konco dia tentu tidak akan lupa tindakan Tun Mahathir sebelum ini. Tun Mahathir yang buat mereka merana.

Maka pelbagai percaturan diatur supaya. Desakan terhadap Tun Mahathir dibuat setiap hari sehingga membuatkan Pengerusi PPBM itu menjadi muak. Anwar tetap mahu menjadi Perdana Menteri. Tapi Tun tetap tak nak bagi laluan.

Itu belum cerita pasal dendam Azmin terhadap Anwar Ibrahim. Dendam itu yang membuatkan PKR berada dalam kemelut kepimpinan sehingga berpecah dua kumpulan. Malah sifat Dendam itu juga yang menjadi pendorong kepada serakah Kuasa yang menggila.

Pokok pangkalnya, bak kata seorang Veteran Politik, dalam hidup ini jangan berdendam kerana khuatir ia akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Bila Manusia itu hilang pertimbangan, apa pun sanggup dilakukan. Waima menggadai Negara sekali pun!!!

Sumber asal: SIFAT "POLITIK DENDAM" TIDAK KE MANA!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment