Kelantan akan dapat 4-5 menteri....
Beberapa orang ahli parlimen Kelantan disebut-sebut akan dilantik menjadi menteri. Antara mereka yang sudah pasti akan diambil menganggotai kabinet Muhyiddin ialah ialah bekas menteri kabinet dan timbalan menteri, ahli parlimen Ketereh Annuar Musa, ahli parlimen Jeli Mustapa Mohamed dan ahli parlimen Machang Jazlan Mohamad.
Mereka sedang menunggu kabinet siap.
Yg hijau tu dok angan2 nak jadi TPM...f/bk
Yg hijau tu dok angan2 nak jadi TPM...f/bk
Sementara dua lagi ahli parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pada itu ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga ikut disebut akan dibawa masuk ke dalam kabinet.
Mereka berpotensi untuk dilantik menganggotai kabinet memandangkan mereka orang kanan dalam parti masing-masing. Mustapa dan Tengku Razaleigh walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti tetapi pengalaman yang ada kepadanya memungkin keadaan itu.
Dengan empat atau lima orang menteri dan seorang timbalan menteri, ia merupakan sejarah kepada negeri Kelantan, pertama kali mempunyai anggota kabinet sebanyak itu.
Sudah tentu dengan jumlah anggota kabinet hampir setengah dozen itu ia akan membantu untuk membangunkan Kelantan yang masih banyak ketinggalan dalam aspek pembangunan materialistik. - mso
Ada pulak yang menawarkan diri supaya TIDAK dilantik jadi TPM? Gila ke apa? Tawaran itu dia buat selepas sah2 dah tahu kot PM tak akan lantik dia. Ini politik tahap dewa kah ni. Mungkin dia tahu yg dirinya tak di calonkn kerana baggagenya terpalit dengan 87 pertuduhan kes rasuah... Hanya yg bersih je boleh tawar diri. Semua dok perasan dia akan dilantik jadi PM, so dia pura2 tolak le tu. Sandiwara nak test market jaa tu..! Moga2 kutu macai2 penjilat dia akan bagi backing nanti. Sia2lah rampas kuasa kalau habok apa tak dapat...Dulu betoilah dia TPM pasai orang ramai tak tau cerita penuh. La ni dah kena cekop SPRM dengan pertuduhan rasuah dan cara penjelasan yang cuba dibuatnya tu hangpa pikiaq dia ini layak jadi timbalan kepada Din??? - f/bk
Dr.M says "NO" kepada Din...
Katanya, dia tidak sedia untuk jumpa Muhyiddin selagi Muhyiddin tidak putus hubungan dengan pemimpin Umno yang terpalit dengan kotoran. Antara pemimpin itu, Zahid Hamidi, Teuku Adnan, Najib Razak dan lain².
Jelas beliau juga tidak keperluan untuk dia berjumpa dengan Muhyiddin.
Dalam pada itu Muhyiddin dilihat tidak yakin dengan sokongan yang membolehkan dia angkat sumpah sebagai PM. Kalau PMTCN itu yakin untuk apa dia datang balik kepada orang yang dia sakiti? Sebelum ini Mahathir kata dia terluka hati dengan perbuatan Muhyiddin yang membawa Bersatu keluar daripada PH.
Itulah kalau nak menebang balak ukur dulu dengan kudrat diri. Jangan balak tumbang kita tak daya memikulnya. Wooohhh. - mso
Hari Pengkhianatan...
Penjelasan Dr Mahathir kepada MPT Bersatu pada 23 Februari umpama mencurah air ke daun keladi. Maka terpahatlah tarikh itu sebagai hari pengkhianatan, mabuk kuasa dan strategi hambar oleh majoriti ahli MPT. Rayuan Dr Mahathir pada mesyuarat itu mudah saja: “Jangan paksa saya langgar prinsip saya. Jangan halang saya tunaikan janji saya.” Itu pun tidak dihiraukan.
Seolah-olah dirasuk syaitan, majoriti ahli MPT menekan dan membantah sehingga Setiausaha Politik Dr Mahathir ketika itu, Muhammad Zahid Mat Arip, menepuk meja dan berkata “buat kali pertama saya menyokong Tan Sri Muhyiddin.” Adalah diketahui umum bahawa Zahid bukan saja tidak sukakan Muhyiddin malah sering mempersendakan Presiden Bersatu itu.
Selapas Bersatu keluar PH, adakah ia lebih kuat dan dihormati? Adakah orang Melayu berduyun-duyun menyertainya? Adakah Umno yang rosak itu kini hancur lebur? Apakah penyingkiran Adun Bersatu, Sahruddin Jamil, sebagai Menteri Besar Johor dan digantikan oleh Adun Umno tanda kekuatan dan kejayaan Bersatu selepas keluar PH? Atau memang strategi Muhyiddin dan para penyokongnya hendak menyerah balik Johor kepada Umno?
Kuat dan Berani?
Kalau Bersatu kuat dan “Perikatan Nasional” kuat mengapakah tidak umumkan berapa orang ahli Dewan Rakyat yang tandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin?Kalau kuat kenapa takut ke Parlimen sehingga memaksa sidang ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei?
Kalau Bersatu kuat dan dihormati, mengapakah Adun Bersatu ditendang macam anjing kurap oleh Umno di Melaka? Nampaknya Umno tetap Umno – hegemonik – dan Bersatu jadi lembu dicucuk hidung. Kalau orang Umno mengenang budi, tentulah mereka iktiraf jasa bekas Adun Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bermati-matian mahu Bersatu keluar PH sehingga ada orang berkata kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Umno.
Rafiq(duduk kanan sekali)kena main dengan UMNO...
Di Perak belum tentu apa akan jadi. Buat masa ini Bersatu telah hilang kerusi MB. Adun tunggal Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menjadi MB sejak PH menang, juga mahu Bersatu keluar PH. Tapi dia main kayu tiga. Sehingga saat akhir, iaitu pagi Ahad, 1 Mac dia masih kelihatan di kediaman Dr Mahathir di Mines, Sungai Besi. Tetapi selepas itu hilang dan tidak lagi muncul bersama Dr Mahathir. Dia ini juga “budak” Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu.
Rupa-rupanya dia mengidamkan atau dijanjikan jawatan menteri pusat kerana dia juga ahli Parlimen. Sekarang khabarnya nama dia tidak ada dalam senarai Kabinet maka dia pun cuba berjalan balik ke Ipoh. Ini pemimpin PH Perak yang bagi tahu. Jadi Bersatu yang dijanjikan akan lebih kuat setelah keluar PH sudah hilang jawatan MB Johor (negeri Presiden Bersatu), Adunnya di Melaka dibuat macam sampah, hilang jawatan MB Perak dan belum tahu lagi apa akan terjadi di Kabinet dan di negeri-negeri lain.
Dulu, walaupun tidak menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Bersatu dapat juga banyak jawatan Kabinet, Exco dan MB. Hal ini bukan kerana Bersatu kuat, tetapi parti itu dihormati di bawah pimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.
Sekarang bukan Ahli Parlimen, Exco dan Adun Bersatu sahaja yang rugi akibat perbuatan cetek akal ini, tetapi semua orang yang dilantik oleh Bersatu dan PH ke pelbagai jawatan juga mungkin hilang kedudukan kepada orang Umno dan Pas. Tak tahulah kalau Muhyiddin dan ahli MPT yang beria-ia sangat mahu Bersatu keluar PH ada jampi azimat ala tikar terbang “zam zam alakazam” Almarhum P Ramlee untuk terbang ke angkasa lepas.
Atau mereka sangka apabila pintu gua terbuka dengan jampi “niat insun mata aji semar ngiseng” maka bertimbun harta karun yang boleh dikaut untuk memuaskan nafsu tamak haloba. Satu saja mereka kena ingat. Silap-silap yang mereka temui ialah "ngiseng" (najis air besar). - A.Kadir Jasin
Which man will Muhyiddin be?...
Since being sworn in as Malaysia’s 8th prime minister, Muhyiddin Yassin has retreated to his office in Putrajaya saying little and doing even less. He knows people are angry with him, that they feel betrayed and let down by his treachery.
And he knows that he has to plan his next moves very carefully. He is vulnerable. His government could be unstable. Being so heavily dependent on UMNO, PAS and GPS, he will have to make many concessions. In Malaysia’s murky politics the price of support can be exceedingly high and very costly.
Managing the expectations of both his capricious political bedfellows as well as the public’s demand for good government is going to test his political acumen and skills to the hilt. He has long been overshadowed (if not dismissed) by the likes of Mahathir, Anwar, Najib, Zahid and Hadi; let’s see if he’s up to the challenge, that he has what it takes to run with the big boys.
Despite the despicable way he came to power, he can still redeem himself if he acts with wisdom and courage. What the people want more than anything else is a government that prioritizes the needs of the people, that acts fairly and justly to all ethnic groups, that ends endemic corruption and nurtures strong institutions.
If he can quickly show his commitment to such a vision, people might just be willing to forgive (but not forget) his treachery and suspend their verdict on him for now.
After all, it was not like everyone was wildly enthusiastic about Mahathir; people were already tiring of him especially after he started abandoning the reformasi manifesto, playing his own political games and engaging in racial rhetoric. Truth be told, not many will weep for Mahathir; they wanted him gone, just not this way.
The choice before Muhyiddin is clear: he can either fall back on the old UMNO political culture of race-baiting, abuse of power, corruption and failed approaches to nation building or demonstrate that he is his own man with his own (and better ideas) for the future.
He can unite the nation or divide it yet further. He can serve the people or enrich the cronies. He can be inclusive and fair or extremist and bigoted. He can prove himself a good leader or just another unscrupulous politician in an already overflowing pantheon of vile and venal leaders.
The possibilities to leave behind a great legacy and outshine his predecessors are endless. He could unite east and west by appointing someone from Sarawak as deputy prime minister. He can signal his commitment to clean government by excluding all the rogues and rascals from the old regime. He can bring the people together by making it clear that he will not allow extremists and bigots to target Malaysia’s minorities or undermine the secular foundations of our nation. He can show his determination to helping the B40 group by adopting a needs-based approach to economic development.
After sixty-something years of independence, it’s a crime that not all Malaysians have access to things like running water, decent housing, adequate healthcare and jobs that pay a living wage. There’s been so much talk about serving the people but so few have actually given it the attention it deserves.
Can Muhyiddin be that man that will finally provide the leadership to steer our nation out of the morass of economic stagnation, corruption, race politics and religious extremism? He has his baggage, of course, and his Brutus-like behaviour will long shadow him, but a man’s past doesn’t necessarily have to determine his future.
He can be the great leader few expect him to be or he can be the duplicitous politician many think he is. Which man will he choose to be? - Dennis Ignatius
Is it game over for Malaysia's Mahathir Mohamad?...
cheers.
Sumber asal: Jelajah Harapan...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment