Pentadbiran Kerajaan tempang tanpa TPM...

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 10 March 2020

Pentadbiran Kerajaan tempang tanpa TPM....

Walaupun jawatan TPM tidak termaktub dalam perlembagaan dan hanya semata-mata lantikan berasaskan konvensyen atau amalan kebiasaan, tetapi keputusan Muhyiddin Yassin tidak mewujudkan jawatan tersebut tentu saja agak mengejutkan.

Ia bukan saja memperlihatkan Muhyiddin seolah-olah ingin kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak diancam atau diganggu gugat, bahkan juga memperlihatkan ketidakpercayaannya kepada pemimpin-lain dalam Perikatan Nasional (PN) untuk memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Sebelum ini, hangat diperkatakan bahawa UMNO kuat menuntut jawatan tersebut memandangkan jumlah Ahli Parlimennya dalam PN adalah terbesar iaitu seramai 39 orang.

Meskipun Muhyiddin dilaporkan agak keberatan untuk memberikan jawatan TPM itu kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi berikutan perbicaraan kes mahkamahnya sedang berjalan, terdapat juga kecenderungan yang mahu Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO diberikan jawatan tersebut.

Selain itu, beberapa nama lain seperti Presiden Pas, Hadi Awang, Azmin Ali, Hishammuddin Hussein dan wakil GPS turut dirasakan sesuai dijadikan TPM untuk membantu Muhyiddin mengurus kerajaan. Apakah tidak ada salah seorang daripada mereka itu yang layak untuk dijadikan TPM? Tetapi, dengan Muhyiddin akhirnya tidak melantik sesiapa sebagai TPM, ia dengan sendirinya menjadikan kerajaan PN ini tempang dan tidak sempurna.
Image may contain: 6 people
Yang Isnin tu kasi tukar takut dia lambat bangun, 
yang hari Selasa tu pula kuat ponteng...- f/bk

Peranan dan tugas TPM bukan saja untuk membantu Perdana Menteri, tetapi juga menjalankan tugas mengurus negara apabila Perdana Menteri melawat ke luar negara atau bercuti dalam tempoh yang agak lama. Biasanya ketika itulah TPM akan mengambil alih tugas mempengerusikan mesyuarat kabinet atau membuat keputusan-keputusan penting yang perlu disegerakan.

Ini bermakna, sekiranya Muhyiddin bercuti atau melawat ke luar negara dalam tempoh yang agak lama, dua atau tiga minggu misalnya, bererti tidak akan ada mesyuarat kabinet dapat dijalankan. Apakah ini baik untuk negara?

Sebab itulah sejak merdeka lagi jawatan TPM itu diwujudkan dan tidak pernah ditiadakan kerana ia adalah perlu untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dan keputusan-keputusan penting tidak dilengah-lengahkan.

Walaupun Muhyiddin menggantikan ketiadaan jawatan TPM itu dengan melantik empat menteri kanan, namun ia tentu saja tidak sama dari segi fungsi dan kedudukannya. Empat menteri kanan yang dilantik Muhyiddin ialah Azmin Ali (Bersatu), Ismail Sabri Yaakob (UMNO), Fadzilah Yusof (GPS) dan Radzi Jidin (Bersatu).
Image may contain: 1 person, sitting, possible text that says 'Ambe balik jadi nelayang dulu geng... Kalau ada projek pintu belakang lagi wosap la ambe...'

Ada yang bertanya, mengapa wakil Pas yang menyumbang 18 kerusi Parlimen dalam PN tidak diberikan jawatan menteri kanan? Kalau Hadi Awang dirasakan tidak layak dijadikan TPM, apakah tidak boleh melantiknya sebagai menteri kanan?

Begitu pun, empat menteri kanan yang diwujudkan itu mungkin dapat berfungsi dengan baik dalam membantu Perdana Menteri, tetapi ia tidak sama dengan kedudukan seorang TPM yang lebih mudah untuk berperanan mempengeruskan mesyuarat kabinet apabila Perdana Menteri tiada dalam negara.

Dalam pada itu, ketiadaan jawatan TPM juga menjadikan kedudukan penggganti Perdana Menteri tidak jelas dalam kerajaan PN ini. Mungkin Muhyiddin selesa dengan keadaan itu kerana beliau tidak berasa terancam kedudukannya atau terlepas daripada diganggu dengan desakan melakukan peralihan kuasa, namun harus disedari Perdana Menteri ke-8 ini bukanlah benar-benar sihat orangnya.

Beliau baru lepas menjalani pembedahan kanser dan disusuli menerima rawatan kimoterapi serta sebelum ini dilaporkan kerap tidak hadir mesyuarat kabinet atau hanya mengadakan mesyuarat pasca kabinet di rumahnya saja. Soalnya, jika berlaku sesuatu yang tidak diiingini terhadap Muhyiddin, dengan tiada TPM yang dilantik, siapa akan jadi Perdana Menteri selepasnya? - ShahbudinHusin

Image may contain: 31 people

Image may contain: one or more people and people standing, possible text that says 'TPM PUN TAK BOLEH NATANG'
Image may contain: 3 people, beard, text that says 'Kah Kah Kah Kah...'
Kelmarin Hadi kata kalau tak lantik jadi TPM, dia nak balik jadi nelayan... Pagi tadi ternampak pulak gambar Haji Hadi sedang mengenakan pakaian hulubalang istana.... Kemudian dapat pulak senarai tertulis Hadi jadi Menteri Dalam Negeri... Aku percaya lah.Rupanya Hadi tak dilantik jadi apa-apa pun.... Sia-sia je dia berfalsampah tentang demokrasi ada banyak pintu... 
- f/bk

Image result for tengku zafrul abdul aziz
Tengku Zafrul,the new Finance Minister...

Isnt this the same Tengku Zafrul,the CEO of CIMB Bank,now appointed as Finance Minister,who closed both eyes and kept quiet as the very same bank received and paid out 1MDB stolen 1MDB money to corrupt kleptocrats? Isnt he the buddies with Nazir Razak and his MO1 brother Najib Razak??

Din,you are basically appointing a puppet of Nazir Razak,brother of MO1 Najib Razak to be in charge of our money!!! Is like asking a monkey to guared a banana.. - f/bk


Malangnya setelah ditapis pdrm dan sprm kabinet Din masih terpalit dengan penyangak dan penyamun.

Annuar Musa kita tahu ada isu dan skandal dengan MARA dulu, kini telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan

Hishamuddin Hussein juga ada isu dan skandal dengan Kementerian Pertahanan dan kes masih dalam siasatan SPRM apabila Abang Mat Sabu bagitahu mengenai helikopter tak sampai dan sebagainya kini sebagai Menteri Luar Negeri.

Khairy Jamaluddin pula dengan skandal RM100 juta kini sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menteri Belia dan Sukan kini pula diterajui oleh orang berumur hampir separuh abad dengan skandal-skandal zaman Pak Lah dulu. - f/bk

Everybody to blame but Mahathir...

Hearing Mahathir talk about how the whole Pakatan Harapan (PH) house of cards came tumbling down can be exasperating. In his own mind his actions were exemplary; it was all somebody else’s fault.

He had everything going for him, mind you – a popular mandate, a comfortable majority in parliament and coalition partners who were more than happy to give him the time and space he needed to implement the Malaysia Baru agenda.

Instead of making the most of the opportunity, he started playing his political games, pushing his old discredited policies (including yet another national car) and stoking discord within his coalition.

Despite the PH consensus that Anwar would eventually take over from him, he went out of his way to undermine Anwar. It was clear then, as it is now, that he was determined to shut Anwar out never mind his repeated assurances to the contrary.

He created this instability. He was the puppet master behind the whole move to replace PH with a Malay unity government. What he didn’t anticipate what that some of the puppets had both ambitions of their own and very sharp knives.


Nak kutuk saya lagi buat apa? Tanya Anwar pada Tun Mahathir...
Dr Mahathir kritik Anwar gila nak jadi PM? Anwar tidak setuju konsep 
"Unity Government" Tun M?  Ini Penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim

And even now, when PH leaders are desperately trying to find the numbers to mount a challenge in parliament to Muhyiddin’s backdoor government, Mahathir cannot resist attacking his erstwhile coalition partners. PH was indecisive, he says. They did not move fast enough to endorse his proposal for one-man rule, as if that was really an option.

He also says that Anwar insisted on being appointed deputy prime minister during subsequent negotiations to restore PH to power. What’s wrong with that? Wasn’t there an agreement for Anwar to succeed him eventually? Wasn’t Anwar’s party one of the biggest in the coalition? It would have, in fact, made perfect sense and end the uncertainty over the succession issue once and for all.

Mahathir claims that he turned down Anwar’s request to be DPM because “two prominent civil society leaders” met him “to complain about Anwar’s apparent lack of leadership skills,” that Anwar was “more in tune with politicking rather than as an administrator.” How convenient.

Since when has Mahathir ever listened to civil society leaders? Did he heed their calls to abolish anti-democratic legislation? Did he act on their demands for a transparent inquiry into the enforced disappearances of Raymond Koh, Amri Che Mat and Ruth and Joshua Hilmi? Was he attentive to their concerns about Lynas?

For him to use the opinions of unnamed civil society leaders to justify excluding Anwar from the post of DPM is simply disingenuous. It just shows how determined he was to keep Anwar out. The whole country was hoping that PH would somehow pull together and salvage itself from looming disaster but Mahathir was only interested in pursuing his vendetta against Anwar.
Image may contain: text

He did not, of course, mention who the two “prominent” civil society leaders were but, if what he says is true, they should be ashamed of themselves for conspiring against Anwar. Civil society leaders have an obligation to be transparent; they shouldn’t be playing political games in private while publicly promoting transparency, democracy and good governance.

All that is, of course, water under the bridge now. With Mahathir attacking his own coalition partners instead of trying to build consensus, banish any thought about a confidence motion in parliament to bring down the Muhyiddin’s administration.

Like it or not, we are stuck – at least for now – with a backdoor government that makes a mockery of our elections. Thank you very much, Dr Mahathir! - Dennis Ignatius 

Anwar kata kenapa terus mengkritiknya dipercayai beliau tuju kepada Mahathir yang tetap tidak mahu melantiknya sebagai TPM kalau Mahathir berpeluang jadi PM semula selepas letak jawatan.

Iya kenapa terus menghina Anwar. Apa tidak cukup lagikah apa yang berlaku sekarang sehingga runtuhnya kerajaan PH.

Apabila kerajaan runtuh patut sama² insaf dan bangkit, bukan cuba lolos diri dan menyalahkan pihak lain. Dasar orang berasa dirinya terbaik kesalahan diri tak pernah nampak. - mso
Image may contain: 1 person, possible text that says 'AKU DAH PAKAI LAWA-LAWA SEKALI NAMA TAK NAIK'
Ini olang yang betoi2 gila kuasa...

Image may contain: text that says 'Kabinet PH- 55 jawatan Kabinet PN- 70 jawatan Kepada rakyat, selamat menanggung gaji & elaun mereka. Kegawatan ekonomi kian menyinggah'
cheers.

Sumber asal: Pentadbiran Kerajaan tempang tanpa TPM...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment