POLITIK NEGARA IBARAT "AIS BATU"

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 3 March 2020

POLITIK NEGARA IBARAT "AIS BATU".
Kemelut Politik yang menyelubungi Negara lebih seminggu yang lalu boleh dilihat sama seperti ketulan ais batu yang pada asalnya membeku namun menjadi air sedikit demi sedikit. Itulah metafora yang paling hampir untuk dijelaskan.

Sifat Ais Batu ini pada asalnya kukuh dan utuh. Namun ia menjadi cair apabila hadirnya haba yang membuatkan ketulan ais batu itu berubah bentuk. Demikian juga dengan situasi Politik yang berada di Malaysia.

Pada awalnya, Politik di Negara ini dilihat begitu utuh pada ketika kita menyambut kemerdekaan. Rakyat hidup berbilang kaum dan bersatu pada dalam keadaan yang sangat harmoni. Masyarakat majmuk saling hormat menghormati.

Namun kemelut Politik yang melanda membuatkan suhu sekitar semakin meningkat sehingga menyebabkan konflik berpanjangan. Bahang itu menjadi semakin panas sehingga mencairkan ais batu tersebut.

Dalam keadaan cair itu yang kita dapat lihat perubahan Politik sejak seminggu lepas mudah berubah tanpa mengikut waktu. Pagi lain pendirian yang diberikan. Tiba waktu tengahari, lain pula kenyataan yang keluar. Belum sempat 24 jam, berubah lagi.

Perubahan itu bergantung kepada arah mana bekas yang menakung ais batu itu sendiri. Jika ia condong ke kanan, maka ke kanan ia pergi. Kalau ke kiri, ke kiri jawapnya. Apa yang pasti, ia sudah mula mencair dan membimbangkan.

Mujur ketulan ais batu itu tidak mencair keseluruhannya. Yang cair setakat ini hanya sifat pemimpin Politik, kestabilan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kepincangan undang - undang. Yang masih utuh hanya Kedaulatan Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan.

Maka sebab itu jika kita kihat ketulan ais batu itu masih ada yang terapung dipermukaan. Pada permukaan itu kita harapkan suhu sekelilingnya juga akan menurun. Jika suhu itu dibiarkan berterusan panas, maka cair la ia. Belum tentu ia akan menyejukkan rakyat secara keseluruhan!!!

Sumber asal: POLITIK NEGARA IBARAT "AIS BATU"

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment