Timbalan Ketua PKR bahagian Ampang, Hamsah Djabir mendakwa wujud pakatan jahat daripada beberapa pemimpin parti itu yang mahukan Zuraida Kamaruddin dipecat dan disingkirkan.
Beliau berkata tersebar satu pesanan WhatsApp yang dihantar Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Johari Abdul yang berbunyi:
“Salam. Saya difahamkam Zuraida akan turun di Sik. Saya ingatkan semua PKR Kedah jangan beri ruang untuk mereka fitnah kita. Jangan buat apa-apa provokasi, termasuk berhimpun tunjukkan kekuatan kita.
“Jangan layan puak-puak kartel. Mereka memang harap kita provok jadi nyawa Zuraida akan panjang. Ingat bulan Februari 2020 akan dipecat. Saya ingatkan sekali lagi jangan ada apa-apa aktiviti dan jangan layan mereka. Terima Kasih.”
Hamsah mendakwa dalam pesan WhatsApp itu, Johari merujuk kepada Zuraida dengan mengutarakan ayat yang berbunyi “ingat bulan Februari 2020 akan dipecat”.
Beliau berkata PKR bahagian Ampang juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan itu dan meminta Johari menjelaskan dengan terang maksud mesej tersebut.
“Kami cabar beliau (Johari) nafikan wujud pakatan jahat segelintir pemimpin kanan PKR mahukan Zuraida dipecat dan disingkirkan.
“Kami PKR bahagian Ampang desak Presiden PKR Anwar Ibrahim tampil ke depan dan arah pemimpin PKR ini hentikan kerja jahat mereka,” katanya satu sidang media khas bersama pimpinan PKR bahagian Ampang.
Sumber asal: PENAT FITNAH ORANG, PKR FITNAH SESAMA SENDIRI PULAK???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment