Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menarik semula SD yang dibuat sebelum ini.
Kemudian diikuti pula dengan perubahan pendirian yang dibuat oleh DAPigs yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi beralih kepada Anwar Ibrahim pada hari ini.
Ia sekaligus meranapkan impian Mahathir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada wakil pelbagai parti Politik Tanpa Pembangkang mengikut acuan Mahathirisme.
Malah hasrat Mahathir mahu memiliki "Absolute Power" dan menjadi 'Supreme Leader' dalam Kerajaan baru itu juga turut terlerai. Kini jalan keluar yang paling tuntas adalah dengan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya semula.
Bagi pihak Pakatan Hancing pula, agenda mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga menemui jalan buntu apabila jumlah sokongan yang diperolehi tidak mencukupi bagi membentuk Kerajaan PH 2.0.
Jika dilihat dari satu sudut, agenda Politik kedua - dua belah pihak sama ada Mahathir mahupun Pakatan Hancing hanya berkisar mengenai kepentingan induvidu dan bukannya memberi keutamaan kepada rakyat.
Sebelum ini puak Pakatan Hancing yang terdiri daripada PKR, DAPigs dan PAN selalu membicarakan soal "MANDAT RAKYAT". Mereka kata ia jalan yang paling demokratik dan mengikut Perlembagaan yang dianggap "constitutional".
Jadi, kenapa tidak mereka menyokong agar Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum untuk diadakan? Adakah mereka hanya sekadar mampu menyalak tetapi dalam masa yang sama Takut Pada Bayang - Bayang sendiri?
Sewajarnya Pakatan Hancing tidak perlu bersembunyi disebalik slogan 'Mandat Rakyat' bagi meneruskan agenda buruk yang telah mereka lakukan selama memerintah. Sebaliknya, mereka perlu berikan kuasa kepada rakyat. Lagi pun, Malaysia ni bukan BAPAK diorang punya!!!
Sumber asal: #BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment