PEMIMPIN JANGAN GELOJOH, KEMARUK KUASA!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday, 24 February 2020

PEMIMPIN JANGAN GELOJOH, KEMARUK KUASA!!!.
Selepas fiasco yang berlaku semalam, ia mula bersambung hari ini apabila pelbagai spekulasi terus hangat diperkatakan khususnya melalui laman media sosial. Pelbagai pandangan diberikan dari beberapa sudut.

Bukan tak setuju. Bukan juga tidak menyokong. Tetapi seharusnya pemimpin perlu memikirkan soal ini dari pelbagai sudut. Khasnya buat pemimpin pembangkang. Mereka harus mendapatkan pandangan dari akar umbi terlebih dahulu.

Realitinya, ahli tidak bersetuju jika peralihan kuasa berlaku melalui pintu belakang seperti yang berlaku di Perak sebelum PRU yang lalu. Ahli melihat ia satu langkah yang tidak wajar diambil jika ia hanya melibatkan kepentingan pemimpin atasan.

Bagi mereka yang berada diatas pagar, senario yang berlaku beberapa hari ini membuatkan mereka lebih muak melihat Politik Negara. Nak pulak dikalangan anak muda. Mereka dah meluat menengok gelagat ahli Politik yang huru hara.

Sewajarnya apa yang perlu dihidangkan kepada rakyat ialah jaminan yang juga digelarkan sebagai "New Deal" yang hangat diperkatakan sebelum ini. Apa jaminan yang dapat diberikan kepada rakyat secara menyeluruh?

Adakah pembentukan Kerajaan Baru itu kelak dapat menjamin kehidupan rakyat bertambah selesa dari keadaan sedia ada? Adakah pembentukan Kerajaan Baru itu kelak akan dapat memastikan kos sara hidup rakyat kembali stabil?

Mampukah pembentukan Kerajaan Baru tanpa penglibatan DAPigs, PKR Pro Anwar dan PAN itu menjamin kesejahteraan rakyat? Mampukah pemimpin Kerajaan Baru itu kelak memastikan ekonomi Negara bertambah mampan?

Bolehkah Kerajaan Baru itu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat dan memastikan kehidupan mereka kekal aman serta harmoni? Persoalan itu yang perlu dijelaskan kepada rakyat terlebih dahulu.

Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini hanya mempamerkan kemaruk kuasa dikalangan ahli Politik Negara semata - mata demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Perlu diingatkan, rakyat hari ini bukan kembali menyokong BN atau Muafakat Nasional.

Tetapi mereka sudah mula menyampah melihat gelagat pemimpin Politik Pakatan yang sekadar pandai bercakap tak serupa bikin dan hanya tahu memberi alasan bertaraf longkang semata - mata. 

Muafakat Nasional perlu ingat! Jangan Sampai Yang Dikejar Tak Dapat, Yang DIkendong Pulak Berciciran!!!

Sumber asal: PEMIMPIN JANGAN GELOJOH, KEMARUK KUASA!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment