PSYWAR MAHATHIR TAK MENJADI , INGAT MUHYIDDIN MACAM DIRINYA KE ? .
Ada ENAM Ahli Parlimen UMNO yang ada kes di Mahkamah. Dari kes tuduhan songlap hingga ke kes di bawah AMLA.
Mahadet dakwa mereka semua akan didapati TIDAK bersalah oleh Mahkamah kerana Muhyiddin Yassin perlukan mereka kekal sebagai Ahli Parlimen dan tidak hilang kerusi kerana Muhyiddin hanya ada sokongan majoriti yang tipis.
Ada kelas psywar Mahadet kali ini.
Mahadet cuba bayangkan Muhyiddin Yassin pun macam dia jugak, boleh tentukan hasil perbicaraan di Mahkamah ikut kehendak dia.
Semasa Mahadet jadi Perdana Menteri, tuduhan terhadap Zahid Mad Arip (kes Felda bersama Isa Samad) yang jadi Setiausaha Politik PM telah digugurkan. Akhirnya Zahid Mad Arip jadi saksi pihak pendakwaan, bukan lagi tertuduh.
Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng telah ditarik balik oleh Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet sendiri walaupun kes sudah mula perbicaraan dan memanggil saksi-saksi. Keputusan yang telah membuat SPRM terkejut.
Pertuduhan terhadap Rizal Mansor juga ditarik balik oleh Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet. Rizal Mansor katanya kini jadi saksi pendakwa pulak dalam perbicaraan pertuduhan rasuah terhadap Rosmah Mansur. Plea bargaining jugak kut.
Cuma satu silap dalam psywar Mahadet ini bagi mereka yang tahu sikit sebanyak tentang Undang-undang.
Mahadet beri contoh pengguguran pertuduhan kes terhadap Riza Aziz dan Musa Aman.
Pengguguran kes terhadap Riza Aziz, anak Rosmah Mansur dibuat atas persetujuan Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet juga iaitu Tommy Thomas sebelum Tommy atau nama sebenarnya Mohan letak jawatan bila kerajaan persekutuan berubah tangan.
Pengguguran kes terhadap Riza Aziz, anak tiri Najib Razak dibuat dengan sokongan oleh Gopal Sri Ram, Penolong Pendakwa Raya yang dilantik oleh Tommy Thomas, Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet sendiri.
Gopal Sri Ram dikatakan salah seorang antara "budak suruhan" Mahadet. Pendedahan oleh Apandi Ali, bekas Peguam Negara beberapa hari lalu boleh dirujuk.
Pengguguran 46 kes terhadap Musa Aman dibuat oleh Peguam Negara berdasarkan afidavit oleh Gani Patail. Gani Patail adalah seorang lagi bekas Peguam Negara yang dikatakan rapat dengan Mahadet malah Gani Patail dituduh sebagai salah seorang Tan Sri dalam komplot menangkap dan mendakwa Najib Razak sebelum PRU14 lalu.
Kes SRC International Najib Razak sudah selesai bicara. Keputusan sama ada Najib Razak akan disabitkan atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui pada 28 Julai.
Kes rasuah Ku Nan pun pula tergantung setelah Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ku Nan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes yang sedang dihadapinya itu.
Kes-kes Empat Ahli Parlimen UMNO yang lain masih di awal peringkat perbicaraan. Lambat lagi nak ada apa-apa keputusan.
Lagi pula, kalau Makhamah Tinggi menjatuhkan hukum bersalah terhadap Enam Ahli Parlimen UMNO berkenaan pun, mereka masih belum lagi akan kehilangan kerusi mereka. Mereka masih ada peluang untuk buat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Selepas PRU15 pun belum tentu akan selesai ...
Azizi Safar
Sumber asal: PSYWAR MAHATHIR TAK MENJADI , INGAT MUHYIDDIN MACAM DIRINYA KE ?
Home » Generasi Pejuang Bangsa » PSYWAR MAHATHIR TAK MENJADI , INGAT MUHYIDDIN MACAM DIRINYA KE ?
PSYWAR MAHATHIR TAK MENJADI , INGAT MUHYIDDIN MACAM DIRINYA KE ?
Posted by Kerah Lekung on Saturday, 13 June 2020
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment