Bunyi macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya, itulah yang sedang berlaku di Sabah pada ketika ini. Shafiee dakwa Musa Aman sedang merampas hak rakyat Sabah dengan membeli beberapa orang ADUN dengan niat mahu meruntuhkan Kerajaan pimpinannya.
Tapi Shafiee sedikit pun tidak rasa bersalah apabila dia juga telah mengambil langkah yang sama sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. Pada ketika itu, banyak cara dilakukan. Bukan setakat dibeli sahaja ADUN Sabah tu. Tapi mereka juga turut diugut.
Realitinya rakyat Sabah juga sama seperti rakyat di Semenanjung. Mereka juga sudah muak dengan permainan Politik yang dipamerkan oleh pemimpin diperingkat atasan. Tapi, perkara itu pun tidak diakui oleh Shafiee. Dia dakwa itu hanya spekulasi semata - mata.
Jika benar ia hanya spekulasi, kenapa parti pimpinan Shafiee KALAH dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis sebelum ini? Tidakkah keadaan itu membuktikan bahawa rakyat Sabah sudah tidak lagi percaya dengan kepimpinan yang diterajuinya?
Masa Shafiee berusaha nak merampas Sabah sebelum ini, alasan yang digunakan ialah Sabah tidak mungkin dapat sehaluan dengan Rejim Pakatan Hancing sekiranya mereka masih kekal menyokong Barisan Nasional pimpinan Musa Aman.
Dengan alasan sebegitu yang membuatkan ramai ADUN terpengaruh dan ada juga dikalangan mereka yang melompar keluar parti. Kebanyakkannya bimbang nama akan dipanggil mengadap SPRM dan kemungkinan hilang jawatan sebagai ADUN.
Tapi dalam situasi sekarang, ADUN yang tampil memberi sokongan kepada Musa Aman memberikan justifikasi yang sama. Sekali lagi Shafiee cuba menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa usaha yang dijalankan adalah dengan membeli ADUN tersebut.
Inilah dilema seorang Perompak apabila hasil rompakan dia dirompak oleh oleh lain. Nak bagi alasan kononnya tindakan yang dibuat selama hari ini adalah untuk rakyat. Tapi apabila keadaan tidak menyebelahi dia, banyak pulak alasan lain yang diberikan. Dasar manusia tak sedar diri sungguh!!!
PS: Yang paling untung dalam situasi sekarang ialah PKR. Hari tu nama Shafiee menjadi sebutan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan. Tapi hari ini, peluang Anwar kembali cerah. Yang hilang kemaluan sudah pastinya Tun Mahathir yang mencalonkan Shafiee sebelum ini!!!
Sumber asal: BILA PEROMPAK MENGADU DIA DIROMPAK!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment