Janji Din,kawaq2 dlm UMNO & PAS tak dapat tiduq malam...

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 9 May 2020

Janji Din,kawaq2 dlm UMNO & PAS tak dapat tiduq malam....

1. Perkembangan terbaru ini tidaklah memeranjatkan jika dilihat dalam konteks apa yang telah berlaku sejak "Sheraton Move" 23 Februari lalu.

2. Melalui persekongkolan di antara Muhyiddin Mohd Yassin (feksyen Bersatu) dan Mohamed Azmin Ali (feksyen PKR) dengan bantuan Umno dan Pas, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

3. Bagi setiap tindakan akan ada tindak balas. Jadi, usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ini adalah tindak balas kepada konspirasi rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipilih rakyat.

4. Apatah lagi Muhyiddin sendiri mengaku bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata.

5. Justeru itu, sokongan terhadapnya adalah dakwaan dan andaian semata-mata. Malah sampai hari pun, rakyat jelata tidak tahu berapa ramai ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau apabila dilantik menjadi Perdana Menteri 1 Mac lalu.

6. Sama ada usul Dr Mahathir Mohamad itu dibahaskan atau tidak dalam sidang satu hari 18 Mei adalah isu lain.

7. Isu pokok ialah ada usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang dikemukakan dan diterima mengikut peraturan Dewan.

8. Cuma kalau kedudukan Muhyiddin tidak diputuskan segera, keadaan tidak menentu akan berterusan dan ini tidak baik kepada negara dan rakyat jelata.

9. Apatah lagi, rakan kongsi Muhyiddin sendiri iaitu Umno dan Pas sudah pun mengisytiharkan secara terbuka bahawa penyertaan mereka dalam kerajaan PN adalah sementara saja.

10. Jadi elok sangatlah usul undi tidak percaya ini disegerakan. Lagi lama ditangguhkan lagi tidak berwibawa kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. - a.kadir jasin
...dan gomen dah kecut teloq...

Takiyuddin Hassan menteri yang bertanggungjawab terhadap parlimen telah tampil memberi tahu sidang parlimen 18 Mei akan mengutamakan urusan kerajaan. Pemberitahun itu jelas menunjukkan usul undi tidak percaya tidak akan dibahas dalam sidang itu.

Kita sudah dapat baca dengan kenyataan Takiyuddin itu berhawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak akan dibahas pada persidangan berkenaan. Tidak mengapa, yang penting usul itu diterima oleh Yang diPertuan Dewan kerana bila ia diterima bermakna, parlimen tidak boleh mengelak daripada untuk tidak membahasnya.

Nampaknya pencuri (curitokrasi) sudah mengelabah dan ketakutan. Semua jalan sudah dikepung, dan lorong sudah ditutupi. Jalan selamat sudah kantoi.

Nah kalau kerajaan rasa benar kenapa perlu takut. Dan sekiranya pelantikan Muhyiddin sebagai PM mencukupi angka, kenapa perlu berdalih. Biasanya orang yang berdalih orang yang salah.

Ketakutan dan dalih diberikan Takiyuddin itu membuktikan bahawa Muhyiddin adalah PMTN adalah betul. - mso
Lebai mangkuk PAS ni kata PH "gila-kuasa" PH tak buat pun usul undi tak percaya kpd PM pintu belakang. Usul tu di buat oleh MP Langkawi dari Bersatu.Lebai2 masih bermimpi kot. Padahal yang rampas kuasa dan masuk melalui pintu belakang ialah Kerajaan PN.Yang terang2 gila-kuasa dengan semua lantikan politik dalam syarikat2 GLC tu adalah gomen PN pintu belakang - f/bk

Usul tidak percaya di dalam Parlimen adalah tindakan yang demokratik dan bermaruah. Samada ianya berjaya atau tidak, itu soal kedua. Yang buat usul undi tak percaya kat PM tu bukan PH, tapi MP Langkawi dari parti Bersatu. Bersatu ni parti dalam kerajaan. Yang mengigil dan meraban ketakutan PAS pulak..

Apa pasai ada pembesar Bani Lebai marah2 kat PH katanya PH gila kuasa? meroyan ke? Bila usul persendirian, pihak Kerajaan boleh mengambil pendekatan untuk melengah-lengah masa persidangan bagi mengelakkan Usul Undi Tidak Percaya.‬ 

‪Justeru itu, Usul Undi Tidak Percaya(VoNC) itu akan ketinggalan ke bawah dan tidak sempat dibawa oleh pencadang usul dan perbahasan Dewan serta pengundiannya tak berbangkit.‬ Tapi dengan pre-emptive strike macam ini pun dah boleh timbulkan kegentaran di jiwa. 

Macam orang yang guna kabel jadi laksmana, baru guruh berdentum di langit pun dia dah kecut teloq dan terkencing dalam seluaq, tu belum dengaq bunyi meriam sebenaq.

Sabit tulah depa panggil sidang parlimen ni untuk sehari saja,supaya depa boleh cari jalan untuk elak VoNC tu. Tapi takat lama mana nak delay? Kalau delay sidang Mei, sidang Julai ada lagi, sidang Oktober waktu nak bentang budget pun ada lagi. - f/bk

Motion of no confidence 
against PM explained...

The Speaker of the House of Representatives (Dewan Rakyat) has accepted a motion by Tun Dr Mahathir Mohamad, MP for Langkawi, that the present prime minister (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, does not command the confidence of the majority of the Dewan.

The speaker said he made this decision to be fair and just and to uphold the integrity of the Dewan and Parliament. He is perfectly within his rights to so decide.

What next?

The motion must be put (tabled) at the sitting of the Dewan. There will be a debate on the motion, at the end of which there will be a vote by MPs present in the Dewan. If the motion is carried, by a simple majority of those present and voting, then the PM must tender his resignation together with that of his Cabinet.

The PM may also, instead of tendering his resignation, request the King to dissolve Parliament. The King is not obliged to agree to the request. Recall that the then sitting MB of Perak made this request to the then Sultan Azlan Shah of Perak in the Perak State Assembly crisis. The request was not acceded to.

If the King agrees to the request to dissolve, and the Dewan is accordingly dissolved, a general election must be held within 60 days of the dissolution.

The King may, as an alternative to dissolution, invite an MP to form the next government. This person must be one who, in the King’s judgment, is likely to command the confidence of the majority of the Members of the Dewan Rakyat. This is at his subjective discretion. It is his judgment and based on who he thinks is likely to have the majority confidence.

How the King decides who has this majority confidence depends on His Majesty. He can invite members and interview them as to whom they support, as was done by the King recently when deciding on the appointment of the present PM. But he need not do so by this method. His Majesty can choose any method he thinks most appropriate to decide who in his judgment is likely to have the confidence of the majority.

There is also the possibility that this issue of who has the confidence of the majority will be decided by the Dewan on a fresh motion, if accepted to be tabled by the speaker. – May 8, 2020 - Gurdial Singh Nijar,FocusMalaysia

Sudah Khianat Parti, Lagi Mahu Bising?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, Alfatihah...

cheers.

Sumber asal: Janji Din,kawaq2 dlm UMNO & PAS tak dapat tiduq malam...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment