Muhyiddin dan Fayhsal muncul daripada Gerakan Sheraton
Saya menaruh harapan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta penggiat-penggiat politik yang seangkatan atau lebih dewasa sedikit daripada mereka.
Mungkin ramai tidak setuju dengan saya, tetapi saya terus menaruh harapan kepada watak-watak seperti Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Liew Chin Tong, Darell Keiking, Anthony Loke dan Ulya Aqamah Husamudin (Ahli MPT Bersatu) untuk menyebut beberapa orang.
Malang sekali, atau mungkin juga di sebaliknya, rahmat, maka berlakulah rampasan kuasa Langkah Sheraton (the Sheraton Move) yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbongkarlah rahsia sebenar di sebalik dua watak ini.
Saddiq memilih untuk menongkah arus kerana berpegang kepada prinsip perjuangan dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum 2018. Dia sudah pun mula ditekan dan diasak oleh pelbagai ‘forces’ tangan hitam di peringkat pusat dan negeri Johor. Fayhsal pula memilih untuk mengambil laluan laju bagi mengisi citi-cita politiknya yang sangat tinggi melalui persekongkolan dengan konspirator Langkah Sheraton.
Saddiq menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari dan akhirnya hilang jawatan Menteri. Fayhsal memilih untuk bersama-sama dengan yang menang, dilantik Senator dan menjadi Timbalan Menteri. Sekarang dia sedang mencabar Saddiq untuk jawatan Ketua Armada Bersatu.
Dalam percubaan mempertahankan cabarannya terhadap Saddiq agar tidak nampak oportunistik, Fayhsal menulis catatan berikut dalam platform sosial medianya yang berbunyi:
“Wait for my nationwide tour to campaign for my Ketua Armada candidacy (sic). I will clear the air. I did not betray Saddiq neither Tun (sic). Our political differences in Bersatu are akin to Saydina Ali vs Mu’awiyyah. Those who called others as TRAITOR is (sic) an extremist like the Khawarij.”
(“Tunggu sehingga saya menjelajah negara untuk berkempen bagi jawatan Ketua Armada. Saya akan beri penjelasan. Saya tidak mengkhianati Saddiq atau Tun. Perbezaan politik kita dalam Bersatu adalah umpama Saiyidina Ali melawan Mu’awiyyah. Mereka yang memanggil orang lain PENGKHIANAT adalah pelampau seperti Khawarij.”)
Ya, dia memilih untuk menulis prakata kepada manifestonya dalam bahasa Inggeris seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang menggulung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonominya 27 Mac dalam bahasa Inggeris juga.
Dalam penggulungan bahasa Inggeris itu, Muhyiddin antara lain, berkata: “And, this government may not be the government that you vote (sic) for.” (Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih.) Adakah Fayhsal dan bos nombor satunya dalam kerajaan dan parti tidak berani membuat pengakuan masing-masing dalam bahasa Melayu kerana bimbang difahami oleh lebih banyak orang?
Fayhsal dan Syed Saddiq
Jawapan saya mudah saja. Tidak ada Saidina Ali, tidak ada Mau’awiyah dan tidak ada Khawarij dalam keputusan MPT Bersatu pada 23 Februari untuk keluar PH!
Itu hanya cerita budak cerdik yang belum pandai politik tetapi cuba mengabui mata khalayak dengan cerita-cerita kayangan yang dipelajarinya di kuliah-kuliah universiti yang tidak ada makna dalam tendang terajang politik yang sedang dia dan feksyennya dalam Bersatu sedang mainkan.
Saya ada di situ, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, dalam bilik mesyuarat yang amat dingin pada siang hari, 23 Februari lalu, bagi menghadiri mesyuarat tergempar MPT Bersatu.
Tidak ada Ali. Tidak ada Mu’awiyah. Tidak ada Khawarij. Yang ada adalah kegilaan kepada kuasa dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat jelata dalam PRU 9 Mei 2018.
Manteranya adalah, kalau Bersatu tidak keluar PH, ia akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk itu, kata Muhyiddin dengan disokong kuat oleh para pengikutnya, “kita wajib keluar hari ini juga.”
Sorak-sorai, berebut pembesar suara dan menghentak meja menenggelamkan rayuan Dr Mahathir agar beliau tidak ditekan dan dipaksa untuk mengorbankan prinsip dan memungkiri janji.
Yang tinggal menyokong beliau boleh dikira dengan jari tangan saja. Sebagai seorang demokrat, Dr Mahathitr secara terbuka mengaku bahawa beliau tidak lagi mempunyai suara terbanyak dalam MPT.
Yang beliau minta hanyalah sedikit masa untuk berfikir. Itu pun tidak dihiraukan. Malam itu juga Langkah Sheraton dilaksanakan.
Demikianlah buruknya layanan yang mereka berikan kepada orang tua yang memimpin mereka bagi mengalahkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional dan menaikkan mereka menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan pelbagai lantikan lagi.
Maaf kalau saya katakan dengan rasa kecewa dan dukacita bahawa Fayhsal kini muncul sebagai simbol kepada hipokrasi, ketamakan kuasa dan pengkhianatan terhadap keunggulan, prinsip dan perjuangan yang melahirkan Bersatu. - A.Kadir Jasin
Lebai penipu kantoi...
Ini bukan nak bangkit isu perkauman .. tetapi isu kemunafikan. Dulu bukan main gedebum gedebang bila PH lantik 2 Cina dlm BOD Khazanah.
Tup tup .. bila kerajaan atap Melayu Islam merintah ... terus lantik 3 orang. Para walaunchai pun terus menyorok dalam kerandut masing-masing.
Tetapi sekarang bila kepala Penyamun Nasional (PNipu), Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Khazanah semalam, kenapa lebai penipu tak bising malah diam jadi syaitan bisu?
Ternyata lebai penipu cuma penunggang agama menghalalkan apa saja penipuan mereka demi mendapat kuasa tidak kira bermaruah atau tidak.
Kalau PH memerintah ni mahu 40 Hari 40 Malam kena ratib Cina Dap,Cina DAP...tapi China MCA boleh pulak la... - f/bk
Duta Khas ke Timur Tengah...
Dulu bangkang gila-gila. Hari ini bila ketua depa dilantik duta taraf menteri, pakat puji melambung. Jenis cakap lidah cabang-cabang tapi pakai jubah serban ni memang susah la aku nak hormat! Nak panggil apa dengan puak macam tu?
Siap la Pas ni semua org timur tengah mabuk wei.. dengar jawapang Hadi org tanya lain dia jawab laing.... kartun apa lagi pasni? Menteri Rinaemon ada, Menteri teletubbies, Menteri i swear 3suku.... malu Malaysia wei...
Apa rasionalnya perlantikan Duta Khas bertaraf menteri ke negara timur tengah...?
Kita sedang bergelut mengurus bencana wabak Covid 19 yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan dijangka selepas ini kita akan berhadapan dengan krisis ekonomi. Perbelanjaan negara akan bertambah dengan lantikan politik sebegini.
Skala kabinet yang besar sudah memperlihatkan perbelanjaan yang besar. Apakah dengan lantikan sebegini boleh mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
Kita maklum negara timur tengah sedang teruk bergolak.Apakah dengan lantikan ini boleh mengurangkan pergolakan atau mungkin boleh mengheret Malaysia ke kancah pergolakkan mereka??
Di setiap negara dimana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik di situ sudah ada konsulat Duta Besar Malaysia. Apa sebenarnya fungsi lantikan jawatan ini??.. Atau sekadar lantikan ini untuk membalas budi ??
Keje duta tapi gaji menteri... Hebat betul manusia yang selama ini gunakan agama dalam semua game politik...
Adakah ini sahaja habuan untuk seorang yang bertaraf presiden???... sepatutnya sebagai presiden parti yang menyumbang 18 kerusi bukan dihantar ke luar dari negara... jawatan ni bukan standard untuk seorang presiden parti ..
Beliau sedar atau tidak?? Atau mmg suka dipermainkan??
Lantaklah ko aji.... kene game ngan Din,BN dan...semburit....
Arwah Dato' Bakar Daud kena hantar jadi Duta Malaysia di Mesir.. Tan Seri Wan Mokhtar kena hantar jadi Duta Malaysia di Arab Saudi.. Abdul Hadi Awang kena hantar jadi Duta mewakili PM untuk Asia Barat..
Nampaknya sejarah tidak menipu kita.. Pejuang terkenal bertaraf ulamak seperti Abdul Rahman Limbong juga menerima nasib yang sama.. Pernah dibuang negeri lalu dihantar ke Mekah..
Semua berlaku demi kuasa politik.. Sayonara Ayah Chik..! - f/bk
Amaran Presiden Duterte...
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran keras bahawa rakyat negara itu akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.
“Saya sendiri akan kebumikan anda!” , ujarnya tegas.
“Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.
“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.
“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan 'kebumikan' kamu,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas media tempatan melaporkan berlaku kekecohan dan penahanan dalam kalangan penduduk kawasan miskin di negara itu yang mempersoalkan bantuan bekalan makanan oleh kerajaan.
Dalam pada itu terdapat juga insiden diskriminasi terhadap pasukan perubatan di hospital yang didakwa diserang secara fizikal. - f/bk
Tangkap saja tok sah cakap banyak...
Polis jalankan tanggungjawab. Ini arahan kerajaan. Kamu rakyat Malaysia kenalah akur arahan kerajaan. Kesian kat polis. Penat jalankan tugas tak kira hujan, panas, ribut.
Polis juga memantau kepatuhan PKP masyarakat. Kamu berkasar kpd polis. Paling semak dan menyakitkan perasaan bila berurusan dgn manusia yg berhati batu, mulut longkang, tak punya perasaan.... bahkan kamu suruh polis hormat kamu! Kalu dah sombong ajaq camna Presiden Duterte tu buat...
Apa teruk sangat kau ni? Jiwa kacau? Kamu boleh diambil tindakan mengganggu tugas penjawat awam dan boleh dihukum penjara dan denda, bila dah ada kes polis, rekod perkhidmatan kamu buruk (jika bekerja sbg kakitangan awam atau swasta) dan gelap masa depan. Fikir2 kan. - f/bk
Polis juga memantau kepatuhan PKP masyarakat. Kamu berkasar kpd polis. Paling semak dan menyakitkan perasaan bila berurusan dgn manusia yg berhati batu, mulut longkang, tak punya perasaan.... bahkan kamu suruh polis hormat kamu! Kalu dah sombong ajaq camna Presiden Duterte tu buat...
Apa teruk sangat kau ni? Jiwa kacau? Kamu boleh diambil tindakan mengganggu tugas penjawat awam dan boleh dihukum penjara dan denda, bila dah ada kes polis, rekod perkhidmatan kamu buruk (jika bekerja sbg kakitangan awam atau swasta) dan gelap masa depan. Fikir2 kan. - f/bk
A giggling gaggle of Doraemon ministers...
Housing and Local Council Minister Zuraida Kamaruddin has been receiving a lot of mockery and brickbats ever since she chose the Jalan Othman wet market in my neighbourhood to show her presence in the front line battling the deadly Covid-19.
Why the negativity? In this trying time, we should be supportive. Give her a break.
It is comforting to know that, after her visit, patrons to the market could safely run/rub their hands on the encircling road surfaces, and not get contaminated.
But minister, what about subsequent days, and a stray contaminated person spitting or running his hand on the road? The management of my condo disinfects the lifts and common doors and areas four times a day. I suggest you do the same for the roads around the market during its daily operating hours for the duration of the lockdown.
And it’s good to see that you were there to do a job, and not to promote yourself like several of your colleagues in your tied-up coalition, with their ugly mugs largely visible on packages of food, hand-sanitisers, etc, that are distributed to those in need.
You just had a modest label "Menteri" stuck on top of your Hazmat suit, in case the slow-witted thought it was just an MBPJ officer hidden in the suit and dismisses the importance of the occasion and the need to keep our road surfaces disinfected.
Like the coronavirus, but in a positive way, the crowd who attended and watched you do your job would start “infecting” other people with your message of clean roads.
Yes, in defending herself, Zuraida (photo) reveals that she is clueless about what she is battling: “Thus far, there is no accurate formula on how this coronavirus spreads. One moment it’s coughs and sneezes, this and that, maybe it’s airborne and so on.”
One, I think she should be commended for her bravery for going into battle even though she doesn’t know anything about the enemy.
So, in case, you missed it, minister, the World Health Organization (WHO) says Covid-19 is spread primarily through respiratory droplets, which can be inhaled by anyone within one metre of an infected person.
The droplets, landing on various surfaces, can contaminate hands touching them, and if the hands touch eyes, nose or mouth before being sanitised... dang, dang, dang.
Note too, what Dale Fisher, an infectious diseases expert in Singapore who chairs the Global Outbreak Alert and Response Network coordinated by the WHO, says about spraying roads: “The virus does not survive for long in the environment and people do not generally touch the ground."
Then it was the turn of the Women, Family and Community Development Ministry, helmed by Rina Harun (photo, below), with a sagely advice for wives and working mothers that stirred up a hornets’ nest of stinging criticism.
If they were honest, men would have no quarrel with the intent of the now aborted campaign – no arguing or nagging, no sarcasm about being a lazy lay-about. What’s not to like or approve?
The major obstacle: twenty-three years of experience tells this battle-scarred marriage veteran that if I were to suggest to my wife that the ministry’s campaign had merit, I would immediately be the focus of a broiling, sarcastic tempest, even if I were to concede that she didn’t need to wear make-up. I could also do without the giggling. That would get on my nerves
With MCO confining me? I am not sure police at a roadblock will accept the excuse of a volatile wife at home to justify my being out on the streets.
And I am totally baffled by the ministry’s choice of Doraemon, a cat robot from the 22nd Century, as a role model. I had to search the internet to acquaint myself with him. The cartoon characters that populated my childhood were Tom & Jerry, Mr Magoo, Popeye the Sailorman.
A robot? Okay. I can see the ministry considering a robotic wife equivalent to a wife amenable to commands. But a cat? And not only a cat, but a male cat, a tomcat?
I listened to a bit of one episode dubbed in Bahasa Malaysia, where Doraemon had a gruff, raspy voice. The ministry wants Malaysian women to sound like Lauren Bacall or Eartha Kitt, voices cured in cigarettes and whiskey?
The campaign also reminded working women not to become too focused on their work and neglect their families.
Both Doraemon ministers should take heed, put the advice into practice and set an example for the nation – stay at home, put on make-up and your office-clothes, coyly giggle and teach your husband how to hang up clothes. Let us into your homes. Post videos on Facebook. It will be instructional. - Thor Kah Hoong,mk
cheers.
Sumber asal: Jangan selindung di sebalik tragedi Ali Mu’awiyah....
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment