Bekas perdana menteri, Najib Razak berdepan dengan pelbagai pertuduhan menggunakan dana 1MDB yang disalurkan ke atau dari akaun Tanore Finance Corporation (Tanore) yang dibuka di Bank Falcon, Singapura.
Wang yang diperolehi dari penggelapan dana 1MDB kemudian disalurkan ke atau dari akaun AmIslamic Bank milik Najib di Malaysia.
Ini bermaksud, akaun Tanore Finance Corporation di Bank Falcon digunakan sebagai transit atau tempat simpan wang haram yang dicuci di luar negara sebelum dihantar ke akaun AmPrivate Najib di Malaysia.
Yang menjadi isu ialah pemilik akaun Tanore ini menggunakan identiti palsu iaitu Eric Tan Kim Loong yang akhirnya dikenal pasti sebagai Lho Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki FBI Amerika Syarikat dan Kerajaan Singapura.
Inilah jasa dan sumbangan terbesar Najib hingga bank itu ditutup kerana didapati bersalah menjadi institusi kewangan bagi aktiviti pengubahan wang haram oleh Kerajaan Singapura.
Ini juga bermakna Panglima Bugis itu mencatat sejarah peribadi berjaya menutup beberapa bank di republik itu dengan hanya satu skandal kewangan terbesar di dunia, 1MDB.
Dan inilah sebabnya nama perbicaraan 1MDB kini dikenali dengan perbicaraan Tanore. - f/bk
Najib Razak telah menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan bagi melaksanakan transaksi meragukan dalam 1MDB melangkaui keputusan lembaga pengarah syarikat.
Pasukan pendakwaan akan membuktikan kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib akan menunjukkan juga bahawa ahli perniagaan yang diburu, Lho Taek Jho atau Jho Low adalah merupakan ‘cerminan’ terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh Najib.
Najib turut memainkan peranan penting dalam meminda artikel syarikat yang kemudiannya membenarkan beliau mempunyai kawalan penuh terhadap perniagaan dan hal ehwal 1MDB.
Jho Low alter ego Najib...
Najib juga memainkan peranan dalam menukar nama 1MDB daripada nama asalnya Terengganu Investment Authority (TIA).Derma Saudi’ palsu, cubaan tutup skandal "Dokumen palsu dihasilkan utk menggambarkan kononnya ada derma dari putera Arab.
Antaranya ialah surat2 dan empat cek yang setiap satu berjumlah AS$25 million kononnya ditulis oleh pihak yg dikatakan penderma Arab,
Tetapi cek2 tiada niat untuk ditunaikan,” kata Gopal
Ringkasnya, Najib ialah wakil penuh kerajaan (plenipotentiary). - f/bk
Shafee suruh buktikan yang Najib tahu "Derma Arab" itu palsu. Of course Najib tau.
Dalam interview dengan Al-Jazeera, Najib sendiri cakap yang dia TAK check pun samada betul ke duit billion² tu daripada Tok Arab.
Dia Menteri Kewangan masa tu, dia boleh check tapi apa dia peduli kalau duit tu BUKAN dari Tok Arab. Tapi mati² dia BERTEGAS pada 2hb Julai 2018 yang duit itu dari Tok Arab.
Tapi 3 bulan lepas tu, pada 26hb Oktober 2018, tetiba dia jadi bodoh, TAK tau pulak mana datang duit harramjuaddah tu !
Yang pelik bin ajaib... Dalam kebodohan Najib TAK tau duit tu datang dari mana, "pandai" pulak dia pulangkan balik duit tu kepada the "source" iaitu akaun Tanore, kepunyaan proxy Jho Low nama Eric Tan Kim Loong, seorang fujitif yang diburu polis.
Kalau nak menipu tu, nombor satu ! Tapi mesti kantoi punya.
Btw gaji kasar bulanan bekas perdana menteri, Najib Razak ialah RM58,605.15 dari 3 April 2008 hingga 9 Mei 2018.
Najib juga pernah mendapat pemberian khas sebanyak RM1 juta pada Mei 2018 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-14 diadakan pada 9 Mei 2018.- f/bk
Kerusi #Bosskurr duduk sampai sakit pungkok...
Pakatan on way out of Putrajaya
Sumber asal: Perbicaraan 1MDB dikenali perbicaraan Tanore - Mengapa?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment