Nur 2 Ganggu Jiran Tetangga

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 6 April 2019

Nur 2 Ganggu Jiran Tetangga Drama Nur 2 Episode 1 Sedutan Mengaji Al Quran Mengganggu Jiran Tetangga Adakah Mengaji Quran Ganggu Jiran Tetangga. Nilai-nilai Islam dalam Drama Nur 2 Episode 1 Islam mengutamakan hubungan kemasyarakatan. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, "Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman", lalu ditanya, "Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?", jawab baginda, "Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya". Riwayat Bukhari dan Muslim Dalam riwayat muslim "Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya". Huraian Hadith: 1. Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran. 2. Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh islam. 3. Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak sempurna imannya. 4. Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak. 5. Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara. #Nur2 #Fiqh #Masyarakat #Islam


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment