MELAYU CAMERON SAJA KE YANG BODOH???

Posted by Kerah Lekung on Friday, 15 February 2019

MELAYU CAMERON SAJA KE YANG BODOH???.
#MaluApaBossKu vs #GilaApaBossKau

Baru ni, aku ada dengar ucapan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland.

Maka timbul sedikit persoalan mengenai kenyataan Azmin itu, Adakah dia menganggap orang Melayu di Cameron Highland bodoh hanya semata - mata kerana mereka mengundi calon Barisan Nasional ketika PRK yang lalu?

Adakah Azmin juga terlupa bahawa Orang Melayu di 56 Parlimen lain juga masih lagi mengundi Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum tempoh hari? Itu tidak termasuk Melayu yang undi Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka semuanya bodoh belaka?

Sebagai ahli Politik, Azmin mungkin terlupa atau sengaja buat - buat lupa bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang calon itu dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka bukan dipilih hanya semata - mata kerana parti yang diwakili sahaja.

1. Faktor Calon - rakyat memilih wakil mereka berdasarkan kepada kredibiliti calon itu secara langsung. Dalam kes PRK Cameron Highland, Ahli Parlimen yang mewakili BN itu dari kalangan orang Asli Islam yang berpendidikan tinggi serta merupakan anak tempatan. 
Maknanya, bukan Melayu sahaja yang memilih wakil mereka di Cameron Highland tu. Sebaliknya, masyarakat Orang Asli sendiri mahu diwakili oleh kaum mereka. Maka, adakah Orang Asli itu pun dianggap bodoh?
2. Faktor Kerjasama PAS dan UMNO - buat pertama kalinya dalam sejarah Politik di Malaysia, sebuah parti yang selama hari ini berseteru diantara satu sama lain bergabung bagi menentang pemerintah Rejim Pakatan yang secara jelas dikuasi oleh DAPigs.
Adakah Azmin terlupa bahawa kedudukan dia sewaktu berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim dahulu pun adalah disebabkan sokongan dari PAS? Adakah Azmin juga anggap penyokong dan ahli PAS ini semuanya bodoh?
3. Faktor Kegagalan Rejim Pakatan - ini faktor paling ketara yang menyebabkan Orang Melayu di Cameron Highland menolak calon DAPigs yang mewakili Rejim Pakatan Hancing tu sebagai Ahli Parlimen mereka. Kegagalan Rejim Pakatan ini tak perlu dinafikan.
Realitinya, Perdana Menteri Rejim Pakatan itu sendiri sering mengakui secara sinis atau pun secara terbuka mengenai kekecewaannya terhadap kepimpinan Rejim Pakatan itu. Adakah Azmin cuba nak menutup kegagalan dirinya sendiri?

Ini baru 3. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan rakyat di Cameron Highland dan kemungkinan di Semenyih serta seluruh menolak calon yang mewakili Rejim Pakatan itu walaupun mereka sudah menguasai pemerintahan di Putrajaya.

Pokok pangkalnya, rakyat di Cameron Highland memilih wakil rakyat bukan hanya berdasarkan kepada faktor kehadiran BOSSKU semata - mata. Tetapi hakikatnya, rakyat dah muak dengan permainan Politik Rejim Pakatan yang GAGAL menjaga kebajikan mereka!!!

Sumber asal: MELAYU CAMERON SAJA KE YANG BODOH???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment